ERTI MERDEKA SEKEPING SETEM
Setem itu kata
31 Ogos 1958 Malaya merdeka
Aah.. baru menuai hasil tanaman jagung setahun
Aku meraikannya
Di dunia bukan seperti ini
Merdeka! Bebas!! Lepas!!!
Sepinya sebuah gema laung
Sunyinya sebuah tempikan sorak
Tanpa ledakan senjata
Tiada cemar kimia
Namun masih basah dengan hanyir darah
Merdekalah kita di cuti ini
Murid dibebaskan
Guru pun lepas
Ibu dan ayah terasa ringan
Merdekakan itu semua
Bila cuti berakhir
4 comments:
salam merdeka.. kibarkan jalur gemilang semoga ceria
salam kemerdekaan
salam merdeka Cikgu
salam merdeka jua buat anda semua..maiyah, n@m@n & cookie devine.
Terima kasih atas kunjungan. Cerita merdeka takkan berakhir selepas 31 Ogos...
Post a Comment