MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, August 23, 2009

KISAH MERDEKA


31 Ogos 1957. Satu peristiwa bersejarah menjadi sempadan yang jelas memisahkan penghujung suatu era dan permulaan era yang baru. Akhirnya, pada tarikh itu sebuah tanah jajahan muncul sebagai sebuah negara bebas, yang mampu menentukan halatuju masa depannya sendiri.
Akhirnya hasil perjuangan nenek moyang kita semenjak 1511 telah diraih dengan kejayaan ini selepas 400 tahun. Bersama-sama warga Sabah dan Sarawak, Malaysia terus maju jaya, berkat kegigihan dan kesungguhan rakyatnya.
Kemajuan ini dipandu oleh insan-insan berwawasan yang mengabdikan diri mereka kepada usaha membina Malaysia yang lebih gemilang. Sumbangan individu-individu ini menggambarkan contoh teladan yang terpuji, yang menjadi sumber ilham kepada warga Malaysia yang lain untuk menuruti jejak langkah mereka.
Malaysia telah jauh berubah semenjak detik itu, namun perjuangan ini tidak pernah padam. Tibalah giliran generasi baru rakyat Malaysia untuk menyahut cabaran memperkasa kedudukan Malaysia sebagai negara abad ke-21 yang dinamik dan kompetitif, yang unggul di persada dunia dalam pelbagai bidang utama, dari Sains dan Teknologi, hinggalah bidang Kemanusiaan.
Seperti ada suatu jalinan yang menghubungkan tokoh-tokoh masa lalu dan hari ini, iaitu wawasan yang sama dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan. Dengan hasrat ini, bahagian ini dicipta untuk memberi penghormatan kepada warisan yang ditinggalkan golongan terdahulu. Besarlah harapan kami agar anda mendapat inspirasi dari kisah-kisah mereka.
Petikan:
“Sebutir bintang baru muncul di langit Timur – suatu bintang kemerdekaan untuk rakyat Asia yang lain. Muncullah harapan baru. Impian yang diangan-angankan sekian lama tercapai jua akhirnya.”
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Perdana Menteri Malaysia yang Pertama

9 comments:

mantan August 23, 2009 at 9:51 PM  

Myri,
Masa saya kanak-kanak, sekitar tahun 50-an, sambutan Hari Merdeka amaatlah meriahnya. Saya snggup berjalan kaki bersama kawan-kawan sejauh embat batu, untuk menyertai sambutan. Dari pagi sampai ke malam.
Sambutannya sampai 2 atau 3 hari. Yang seronoknya ia peraraka kereta b erhias dan pelbagai pertunjukan seni dan kebudayaan.

Kalau ada peluang, nak cerita dlm blog.

ahmad humairi August 24, 2009 at 3:02 AM  

Mantan,
seronok mendengar cerita-cerita dari seorang berpengalaman seperti anda...ceritalah lagi..kita berkongsi pengalaman...

Maiyah August 24, 2009 at 10:57 AM  

salam.. luas erti kemerdekaan ini

abuyon August 26, 2009 at 3:36 PM  

salam cikgu,

Merdeka! merdeka!
merdeka!

Jangan laung hanya
jiwa tak merdeka

ke guane :)

salam kenal dari
abuyon
sajak
http://hijau-tinta.blogspot.com
artikel
http://abuyon.blogspot.com

Salam Ramadhan. Moga putih-putih,
biar bersih-bersih

Moga malam kita, taraweh
dan baca

pecinta_Islam August 26, 2009 at 8:31 PM  

sy cintakan malaysia..dan saya cintakan islam..merdeka!!
klu de kelapangan cikgu buat la satu puisi semperna bulan kemerdekaan ni..taruk kt blog cikgu.br best.hehe....

ahmad humairi August 27, 2009 at 2:20 AM  

syahbandar87,
ada sebuah puisi - 'salam merdeka' dalam posting saya yang terdahulu. Sila klik dalam 'older posts'. Hayatinya..

Kang nasir August 27, 2009 at 8:35 AM  

Aslkum.w.w.
slm ramadhan & slm perkenalan.

slm MERDEKA.
alhamdulillah.
saya dilahirkan dari keluarga yg daif.
negara yg aman & maju membolehkan saya merayap mencari rezki kurniaan & keredaan illahi.

smga keamanan ini akan terus di kecapi selama2nya sehingga diakhir nyata.

abu muaz August 28, 2009 at 3:34 PM  

Salam ramadhan dan salam kemerdekaan.

SSS Admin August 28, 2009 at 9:23 PM  

Tuan,

Maafkan kami kerana membuat jemputan kepada Tuan secara am seperti dibawah:-

Yang berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Dengan segala hormatnya kami memaklumkan bahawa kami akan melancarkan portal “Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)” di

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

Kami menjemput anda untuk melayari laman web tersebut selepas Sambutan Merdeka 12tengahmalam pada 31 Ogos 2009. Anda dipersilakan untuk melayari tab “e-patriot”

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/)

di mana kami telahpun menyenaraikan laman citra anda di bawah senarai “e-patriot” (“Patriots with blog entry”). Kami ingin merakamkan rasa penghargaan kami yang tidak terhingga di atas sokongan anda secara langsung ataupun secara tidak langsung terhadap Kempen SSS ini apabila, anda telah memuatkan sekurang-kurang satu tulisan/artikel/bahan di laman citra anda. Terima kasih di atas sokongan anda terhadap Kempen SSS ini.

__________________

It is our honor to inform you that we will be launching "Satu Sekolah Untuk Semua (SSS)" portal at

http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com.

Please visit the website after the 12midnite Merdeka celebration on 31 August 2009 and check out the "e-patriot" tab

(http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/).

We have listed your blog site under the "e-patriot" list (Patriots with blog entry). We wish to record our upmost appreciation for your support toward SSS campaign by having at least one blog entry/article/item, written in support of the SSS campaign, directly or indirectly. Thank you for your support toward the SSS campaign.


Terima kasih.
Satu Sekolah Untuk Semua



rujukan Artikel Tuan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

Blog Archive

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP