MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, August 12, 2009

PADA YANG PERNAH KULETERI

terkilat cahaya di atmosfera
aku jadi rindu kini
pada anak-anak didikku di jengka dua
yang taat mencium tanganku
tika berpisah

tika solat jumaat berakir
kau berusha mencariku
tiba-tiba kau muncul
mencelah-celah sesak jemaah
meninggalkan kesan kucupan di tanganku

teringat jua akan anak-anak
di selat pulau
di bandar tun razak
di raja chulan
di pulau tiga kiri
di pasir kubu
di pasir salak...

anak-anakku
andai ada ketentuan
isyaratkanlah kunjunganmu.

5 comments:

Hanisham Ab Halim August 12, 2009 at 6:49 PM  

Salam Cikgu,
Leter seorang cikgu lah yang buat seseorang tu jadi orang. Kalau takde leter tu tak taulah jadi apa...

ahmad humairi August 12, 2009 at 7:43 PM  

terima kasih Echam,
apakhabar agaknya Hafiszam Mohd Hatta,
Jamarulnizam, Ishamuddin,Salinda Bakar dan yang lainnya?...apa khabarmu semua...

fatah85 August 12, 2009 at 7:47 PM  

cikgu dan anak2 muridnya.
susah nak pisah. ;)

pecinta_Islam August 12, 2009 at 10:40 PM  

bg sy pensyarah adalah pengajar dan hnya bntu pelajar dlm hal2 pelajaran shja.sape yg nk blaja akan diajar tp sape yg x nk blaja terpulang pd mereka.diorng x kn paksa.sbb dh besar panjang..fikir sendiri..tetapi cikgu berbeza,mereka adalah pendidik...jauh lebih besar tanggungjawab seorng pendidik berbanding dngn seorng pengajar..mereka mendidik pelajar menjadi manusia yg berguna dan berjaya.bukan berjaya dlm akademik shja malah berjaya dlm kehidupan sbgi seorng manusia..walau apa pun kedua2nya tetap melakukan kerja yg murni..cikgu dan pensyarah,sme2 menyumbang ilmu yg ada..tahniah untuk semua warga pendidik dan pengajar
:)

Saliza August 13, 2009 at 2:12 AM  

Cikgu Myri,

Kalau kita masih rajin nak berleter dan marahkan anak2 didik tu tandanya kita nak jadikan dia seorang manusia tapi bila seorang guru dah buat tak tahu.., maknanya tak jadi apa la budak2 tu..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

Blog Archive

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP