MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, August 31, 2011

Kemenjadian

Orang mula berkira. Poket kosong, mula ingat nak puasa. Mula fikir fasal kerja. Lalu segalanya semula.

Kira, campur , darab, bahagi
Dalam diam buat kira
Baju baru jadi lama
Lauk pauk jadi telur
Kuih muih jadi tepung
Kek jadi serbuk
Lemang kembali ke tanah
Pelbagai menjadi serabut
Makhluk dibelenggu turut merdeka di hari merdeka


Yang masih tak menjadi, ialah saya


Masih mengharap ramadan datang lagi
masihkah sempat

38 comments:

IMANSHAH August 31, 2011 9:44 PM  

selamat hari raya cikgu..puasa enam ada lagi cikgu

yangbaik August 31, 2011 10:20 PM  

selamat hari raya, maaf zahir dan batin... dah mula puasa 6 ke cikgu?

ahmad humairi September 1, 2011 12:02 AM  

imanshah,

puasa enam....ok2, jom!

ahmad humairi September 1, 2011 12:03 AM  

YB,

Blom lagi, insyaAllah..

ORLANDO AHMAD September 1, 2011 8:03 AM  

sama2 kite doa cikgu, moga jumpe lagi ngan next ramadhan. amiin

aby September 1, 2011 9:11 AM  

salam AH,
3 raya bajet masih ngam lg ..
masuk minggu ke 2 baru mula memerah .. masing2 dah tanya bila Open House .. lps open house baru bajet tipis.
nasib baik stock utk Bulus dah sedia siap2 ...

luahfikiran September 1, 2011 7:07 PM  

SALAM SYAWAL,
SAMA2 KITA MENDOAKAN AGAR KITA DIBERIKAN KESEMPATAN UNTUK BERTEMU RAMADHAN TAHUN DEPAN

abah khalisha September 1, 2011 11:57 PM  

Semoga dapat bertemu ramadhan akan datang lagi
Pesanan Buat Superman Raya

Mohamadazhan.com September 2, 2011 8:44 PM  

insyaAllah, moga bertemu lagi...

DDrfauziah September 3, 2011 9:33 AM  

Aslmkm.
Sebagai Hamba Allah yang amat kerdil, kita hanya mampu memanjat doa yang tulus & kudus.
Semoga penentuan akhir di SANA tetap Syurga jua. Amin.

ahmad humairi September 3, 2011 7:24 PM  

Orlando,

Moga panjang umur serta dimurahkan rezeki jua...amin.

ahmad humairi September 3, 2011 7:26 PM  

w/salam aby,

Alhamdulillah, rezeki aby tebal, setebal bulu bulus tu.

....open house untuk bulus????

ahmad humairi September 3, 2011 7:27 PM  

w/salam LF,

salam syawal kembali.
insyaAllah, kita sama-sama doakan yang terbaik untuk kesejahteraan kita semua.

ahmad humairi September 3, 2011 7:29 PM  

abah khalisha,

Terima kasaih atas kunjungan syawal ke sini. Andai tidak berkesempatan lagi....doakan agar Allah mematikan kita dalam iman...

ahmad humairi September 3, 2011 7:30 PM  

mohamadazahan,

insyaAllah, Aallah maha pengasih...

ahmad humairi September 3, 2011 7:36 PM  

w/salam kak G,

Kita pasti kan ke syurga jua. Mungkin cara perjalanan ke syurga itu mungkin berbeza. Ada yang sepantas kilat, dan ada yang se slow kura-kura.

Setelah di basuh, di sental dengan pelbagai detergent, kita pasti kan bersih semula.....mahukah kita di 'cuci' begitu rupa?, yang terkadang 'terkoyak' di sana sini....sehingga bersih dan dijemput ke syurga????

....kita hanya mampu berdoa. Moga bertemu next ramadan juga, insyaAallah.

Silbiabigail September 5, 2011 12:22 AM  

yang inilah yang buat senyuman lebar bertukar menjadi senyum kelat. Hehehe... Masa beraya, senyuman manis, lupakan semua.. menuntut untuk meraikan kemenangan melawan nafsu diri.

Amy Syaquena September 5, 2011 12:24 AM  

Selamat hari raya cikgu.. puasa 6 masih sempat lagi cikgu...

ahmad humairi September 5, 2011 5:20 PM  

fatin mraz,

Salam lebaran buat anda juga. Terima kasih berkunjung. Ceria selalu.

ahmad humairi September 5, 2011 5:22 PM  

Silbiabigail,

Moga kita terus diberikan kekuatan untuk menjadikan segalanya sebagai ibadah yang diterima Allah.

ahmad humairi September 5, 2011 5:24 PM  

Amy Syaquena,

ermmmm...insyaAllah, lepas ni kita sambut raya enam pulak....Selamat raya nam buat Amy.

zue September 5, 2011 8:14 PM  

selamat merdekaraya cikgu...kita baru mula puasa 6..mungkin cikgu dah sambut raya 6.

ahmad humairi September 5, 2011 9:16 PM  

zue,

Selamat merdekaraya kembali dan selamat hari raya enam juga....maaf zahir dan batin.

sahromnasrudin September 5, 2011 9:38 PM  

assalamualaikum cikgu..

pas hari raya nie poket dah mula kosong kan...nak tunggu 24hb lamanya huhuhuhh...

selamat berpuasa enam utk cikgu sekeluarga

ahmad humairi September 5, 2011 10:01 PM  

w/salam sahrom,

...ada lagi sket balen duit raya kat lam sampul.....lom usik lagi.

Selamat raya 6 buat sahrom sekeluarga.

Abd Razak September 6, 2011 4:54 PM  

Assalamualaikum cikgu...

Ya Ramadhan sudah pergi menemui Allah dengan amalan-amalan umat manusia. Jika baik maka baiklah balasannya dan jika disebaliknya, sukar untuk menterjemahkannya

ahmad humairi September 6, 2011 6:38 PM  

w/salam Abd Razak,

Setuju dengan anda,
...baik dibalas baik,
...jahat di balas jahat.

Allah Maha Adil.

Amy Syaquena September 6, 2011 7:27 PM  

Saya x sempat nak raya enam la cikgu sebab puasa 6 pun masih x mampu lagi nie , perut asyik berdangdut je ha...

ahmad humairi September 6, 2011 8:17 PM  

Amy Syaquena,

Ko cuba pandu terai test....jangan surrender dulu.

Kakzakie September 6, 2011 9:09 PM  

Walau ramdahan telah berlalu syukur kakak masih dapat sambung lagi tapi di bulan syawal ini... Insya-Allah esok last day puasa.... Moga kita dapat bertemu ramadhan tahun seterusnya cikgu.

Buka blog hari ini banyak sungguh hidangan menggamit rasa.... menggodalah juga hihi...

ahmad humairi September 6, 2011 10:43 PM  

Wah, lusa kakzakie beraya nam pulak, tahniah dan selamat raya enam buat kakzakie.

Temuk September 7, 2011 10:19 PM  

Salam Syawal. Camne ni Cikgu? KZ dah raya6. Bimbang raya1 pun tak dapat. Pasal tak boleh start (lagi!). Walau apa pun, semoga kita semua bertemu Ramadhan lagi, insyaAllah.

Wanita2u September 8, 2011 6:01 PM  

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

Cikgu Tie September 9, 2011 3:08 AM  

Salam syawal...sama-samalah kita berdoa semoga Allah akan panjangkan umur sehingga dapat bertemu lagi ramadhan tahun hadapan. Insya-Allah mudah-mudahan.....

ahmad humairi September 10, 2011 10:36 PM  

Abang Temuk,

Waalaikum syawal.

KZ kuat semangatnya...awal lagi dah raya nam...kita nih ntahla....asyik pegi open hause je....mana nak membuatnya...

Kalau ada Open Hause sehingga waktu Maghrib/ iIsyak....kot boleh....hehe

ahmad humairi September 10, 2011 10:37 PM  

Wanita2u,

...InsyaAllah aku join...

ahmad humairi September 10, 2011 10:38 PM  

Cikgu Tie,

InsyaAllah...mudah-mudahan kita sama-sama panjang umur.....selamat hari raya dan maaf zahir batin buat cikgu...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

Blog Archive

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP