MUTIARA KATA HARI INI

Saturday, November 28, 2009

KIAN KAU HAMPIRI

Kau kini kian menghampirinya

Matamu yang bersinar terang
Tangkas mentafsir
Font Times New Roman bersaiz 10
Tercetak di kertas A4 - pada jarak 100 sentimeter
Mudah kau baca
..........berbantukan kaca mata
..........kini kabur

Kulitmu nan halus
Tanpa sebarang garisan
Lihat "me at thirteen"
Sungguh fotogenik
Bak tomato ranum
..........berbantukan moisturiser
..........kini kendur

Gigimu yang tegap
Kuat mengokak epal
Krup, krup, rangup
Geraham dicabut
Missed-match - atas dan bawah
Tak dapat mengunyah
..........berbantukan pengisar
..........kini satu satu gugur

Rambutmu yang hitam berkilat
Di remos berjambul ala Elvis Presley
..........berbantukan gel penahan
..........kini uban bertabur

Mata kabur,
Kulit kendur,
Gigi gugur,
Uban bertabur,
Kau hampiri kubur,



**Kau adalah aku
Masih bersemangat
Untuk terus berlari di muka bumi ini.........

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, November 27, 2009

SALAM RAYA KORBAN

Salam aidiladha.
Seseorang bertanya kepada Imam Ja'far as Sadiq.

"Kenapa Ka'bah bersisi empat arah?"

Imam jawab,
"Kerana Baitul Ma'mur. Tempat para Malaikat
berkiblat dan bertawaf, bersisi empat arah."

"Kenapa mesti empat arah?"

Imam jawab,
"Kerana Tauhid berasaskan empat perkara."

"Apa perkara itu?"

Imam jawab,
"SUBHANALLAH

WALHAMDULILLAH
WA LAAILAHAILLAH
WALLAHU AKBAR. Itulah tasbih para malaikat."

"Macam mana asalnya?"

Imam jelaskan hinggalah kepada ALLAHUAKBAR..

..Kisahnya ketika Allah perintahkan Ibrahim AS untuk sembelih anaknya, Ismail AS. Ismail AS redha dengan perintah Tuhannya. Ibrahim AS Melawan perasaannya. Mana yang perlu dikorbankan, rasa kasih kepada anaknya atau rasa kasih pada Tuhannya? Ibrahim AS korbankan kasihnya kepada anak kerana ALLAH MAHA KASIH kepada dirinya dan anaknya. Ibrahim AS sembelih Ismail AS. Pisau yang tajam tak lut di leher Ismail AS.

Lalu Allah berfirman,
"Engkau dan anakmu telah menang dalam ujian."

..Ketika Ibrahim AS melihat kibash sebagai ganti, dia terus bertakbir, ALLAHUAKBAR. Lalu dalam solat raya, kita ucapkan tasbih itu...





*mesej tarbiah dari ustaz/pakcik kamarudin*

(fatah - ismiaku.blogspot.com)

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, November 25, 2009

KORBAN TAMAN MURNI


Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia



Tahun ni sekor kerbau tumbang. Majlis diadakan pada Hari Sabtu, 9.00 pagi. Siapa ada kelapangan .....jemput hadir.

Selamat Berkorban Apa Saja, Selamat menyambut Aidil Adha... Bersama menyahut Lambaian Kaabah...

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, November 19, 2009

TAHNIAH......KHAS BUAT AEYMAN SYAFIQ


Hari ini 19 November, telah diumumkan keputusan penuh UPSR bagi tahun ini di dewan SKSG.....Seramai 6 orang telah mendapat 5A. Mereka ialah Nurul Najwa, Nor Emma Zarima, Muhammad Azeem, Muhammad Fikri, Muhammad Khairullah Hafiq dan Nor Maisaratul Ain. Sementara itu 2 orang telah mendapat 4A 1B iaitu adik Nor Aini dan Nursyazwani manakala adik Anisah Nur Shahira telah mendapat 3A 2B...TAHNIAH kepada semua yang berjaya!!!!

Peratus lulus keseluruhan juga meningkat dan mencapai 75% pada tahun ini. Tahniah buat seluruh warga SK Sungai Galah.

Tahniah juga buat khas Aeyman Syafiq kerana telah berjaya walau hanya mendapat 1A, tapi anda telah menunjukkan peningkatan dari prestasi yang agak lemah dan anda berjaya mendapat 1A, 1B, 2C. Jangan kecewa, anda boleh berjaya dengan lebih cemerlang lagi pada peperiksaan seterusnya...

Klik untuk maklumat selanjutnya..

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, November 18, 2009

HARI KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN GRADUASI PRASEKOLAH SK SUNGAI GALAH TAHUN 2009.

KLIK TAJUK INI UNTUK MEMBACA SETERUSNYA

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, November 11, 2009

IMBASAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

Tirai 2009 hampir melabuhkan tirainya.
Macam Cikgu Yiee...tup tup dah setahun rupanya.

Bermacam perkara dilalui....pahit dan manis.
Yang berjaya..dimantapkan lagi..
Kurang berjaya...tingkatkan usaha.

Jom imbas kembali aktiviti sekolah teman... SK Sungai Galah..

Klik pada tajuk untuk mengimbas kembali peristiwa berkaitan..


rombongan-ke-daerah-larut-matang-dan-selama.
hari-kokurikulum-2009.
malam-anugerah-kedap.
sekitar-hari-pertandingan-line-of-five.
sambutan-hari-raya-sk-sg-galah.html
perasmian-sambutan-bulan-kemerdekaan.
karnival-pra-sekolah-kelompok-kg-gajah.
jambori-dan-hari-puteri-ppim-2009.
lunch-bersama-guru-besar-di-ipoh.
jamuan-di-pra-sekolah.
foto-teknik-menjawab-soalan-sains-upsr.
latihan-dalam-perkhidmatan-ladap.
koleksi-foto-foto-sambutan-hari-guru.
majlis-perpisahan-bekas-bekas-warga_02.
kejohanan-bola-tampar-pkg-kg-gajah-2009.
kejohanan-bola-baling-peringkat-zon.
kejohanan-bola-jaring-daerah-perak.
kejohanan-olahraga-peringkat-zon-pkg-kg.

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, November 6, 2009

KITA PEMUSNAH ALAM


Mengikut kajian Bank Dunia, bencana alam meningkat kepada 30 peratus sejak 1990. Peningkatan ini berpunca daripada perubahan cuaca akibat dari tindakan manusia yang menipiskan lapisan ozon. Negara-negara sedang membangun dikatakan sangat terdedah kepada kesan negatif perubahan cuaca, dengan kenaikan suhu sebanyak 2 darjah celcius dijangka berlaku tahun depan dan kejadian bencana diramalkan sebanyak 75 hingga 80 peratus. Proses industri yang meningkatkan tahap karbon dalam udara, kesan rumah kaca menaikkan suhu dunia dan pembakaran hutan adalah antara punca kerosakan alam. Begitu juga tindakan manusia yang menggunakan sumber alam secara boros dan berlebihan. Semuanya menyumbang ke arah kejadian bencana yang mengerikan. Kecut perut dibuatnya apabila membaca laporan demi laporan mengenai kemerosotan alam dalam Blog Woldbank. Setiap kali membaca kisah sedih mangsa bencana alam di negara jiran baru-baru ini, kita pasti teringat lagu Berita Kepada Kawan nyanyian Ebiet G Ade. Rangkap terakhir lirik lagu itu sangat mengesankan.


Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita,
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa,
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita,

Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang...



Kita menuju kehancuran. Dunia makhluk tidak kekal...

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, November 3, 2009

TIGA ABDUL



Al kisah ada seorang ibu dengan tiga menantu daripada perkahwinan ketiga-tiga puterinya yang cantik. Si ibu mentua ingin tahu adakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mentua atau cuma anaknya sahaja.

Lalu dia memutuskan untuk menguji mereka secara perseorangan. Suatu hari dia mengajak menantu yang pertama naik perahu bermotor ke tengah laut.

Di sana, dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu ke dalam laut. Si menantu, tanpa berfikir panjang terus terjun menyelamatkan ibu mentuanya.

Esoknya ketika keluar rumah, si menantu pertama melihat kereta Nissan Grand Livina diletakkan di hadapan rumah dan sehelai kertas bertulis : "Dari ibu mentuamu".

Giliran menantu kedua pula diajak ke tengah laut. Sekali lagi si mentua berpura-pura terjatuh dari perahu. Menantu kedua terus terjun menyelamatkan mentua tercinta.

Esoknya di depan rumah, menantu kedua melihat Toyota Alphard dengan sehelai kertas tercatat tulisan : "dari ibu mentuamu".

Kini giliran menantu ketiga (agak cerdik orangnya dan selalu mengambil tindakan lain dari orang lain) diajak ke tengah laut. Si mentua kembali mengambil tindakan terjun ke laut. Tetapi malang, kali ini si menantu bercekak pinggang memandang ibu mentuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Dia berkata, "Rasakan!!!", sambil memusingkan perahunya ke daratan.

Esoknya ketika menantu ketiga itu bangun, di hadapan rumahnya kelihatan Mercedes S-Class terbaru bersama sekeping nota tertulis : "Daripada ayah mentuamu".

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP