..nie dwet raya dari Daddy Cool..pemurah betul sbb dia yang jadik gabenor bank...
sekeping nota...kujumpainya tertonggok - dikesani retina mataku di suatu sudut yang tak dipedulikan orang - besebelahan antara tandas murid lelaki dan perempuan. entah mengapa hatiku terdetik menghampirinya. tangan pula gatal mengambilnya dan membawanya bersama, tapi tak jadi sebab ada warna dan bau yang agak kurang menyenangkan. ku tandai tempat itu agar bolehku lewatinya semula bila perlu. ku tinggalkan objek berkenaan insitu. murid-muridku, mereka semuanya berkumpulan. sudah berkumpul sebaik selesai solat isyak mengikut sebagaimana yang dijadualkan. ini malam kedua perkhemahan mereka. tengah hari esok mereka semua akan bersurai. malam ini penentu kumpulan mana yang akan menjadi juara mengikut pelbagai kategori yang berterma dan bersyarat. sebenarnya itu urusan mereka. aku sepatutnya tiada kaitan. Sebab objek itu, dan dek kerana rasa bertanggungjawab, aku berjalan perlahan. hati berkata-kata - mengapa ini boleh berlaku? aku terus merampas mikrofon...apa ni haa??? tadi cikgu pergi ke tandas. cikgu terjumpa suatu benda. siapa punya ni???? baik mengaku kalau tidak....???
amendenye cikgu?
bende wana ungu, biruke entahle.. kuning pun ade. budak lelakike perempuan yang punye entahle sebab cikgu jumpe di antara tandas lelaki dan perempuan.....baauunye....hish. kok ye pun tak sempat...janganle tinggalkannye kat situ...!!!!????
selua kecik sape tu agaknye...terdengar murid-murid berbisik.
bukan seluar dalam....ada yang tak sempat terus melepas kat situ...
hish... ada yang menutup hidung.
tapi cikgu tahu. ini budak perempuan yang punya....
hoooo... budak lelaki bersorak kerana terlepas dari tuduhan.
...tapi budak lelaki pun...jangat ingat tak de... cikgu mesti cari siapa punya angkara ni....
tuduh menuduh, tunjuk menunjuk berlaku. ada beberapa nama disebut. yang dituduh malu, tak mengaku..menuduh pula orang lain...riuh, gawat...kalau tak ngaku takpelah, biar cikgu ambil bende itu dan bawak sini. semua boleh tengok... nanti kita tahu siapa yang punya...
iee...jangan cikgu!!!! tidakkk!!!
aku ditemani beberapa orang guru dan dua orang murid sebagai saksi menghampiri tempat yang telah aku tanda.
sekeping not lima puluh ringgit....masuk dalam tabung kebajikan..
hmm... janganle harap bebudak nak mengaku.... sumpah kerat dua pun mereka tak mengaku. di sekolah kalau terjumpa seluarke, bajuke, setokinke....alamat reputle dia kat situ....
Baca selanjutnya Kisahku...