malas
Hari ini sekolah buka balik. Rasa malas sangat sebab baru je cuti raya korban. cuti bersambung dengan cuti peristiwa - sukan sekolah Khamis lalu . Rasa malas nak ke sekolah!
Ada Pasukan Ala-Ala Brass-Band - memulakan lintas hormat. Pasukan genderang yang tak seberapa memainkan lagu-lagu rangkaian - Lagu Sekolah, Barisan Kita, Enjit-Enjit Semut dan Aku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang. Pasukan yang mencetus tabik pada sekolah.
Terserlah keasliannya!!!
13 comments:
Cantik anyaman di kepala anak-anak. Ada yg terkelup tak nampak mata hahaha...
Salaam Cikgu.
Rasa malas? Pakcik cakap pada budak budak Alamanar tak usah kacau Pakcik seminggu! Ada yang kata seminggu tak cukup. Ini belum lagi minta bayar.
Sajeje deme tutup mate tu....paneh beno....hehe
Al Manar,
Malas jugalah kiranya tu ya????
Fitrah manusia yang sentiasa tidak cukup.....yang kaya nakkan lebih kaya.
Namun sebenarnya sedikit pun sudah cukup, banyak pun akan habis jua!
ater memang yang asli tu ori kan? hehehe
YB,
aje yang ye yong!!!
IM dulu masuk skuad kawat. Kawat jenaka...
IM,
Owh!....Kawat jenaka kat Sekolah Raja Chulan, Ipoh tu ye?...Saya plak masuk Kelab Seni SRC....kalkau kumpulan saya masuk sebarang pertandingan....jadi johan punya...
cantiknye yg dipakai kt atas kepala tu..
Ladybird,
Terima kasih sudi mampir.
...memang cantik dan ori. Itu belum lagi ditayangkan hiasan khemahnya pula....
Assalam Cikgu Humairi
Teringin betul nak ke sekolah cikgu satu hari... Teringat pernah ziarah RPS Banun, rasai sejuk sungai tingginya + kesungguhan anak-anaknya di sekolah (yang sebenarnya Dewan Masyarakat, kalau tak silap). Komuniti Orang Asli apa tempat cikgu bertugas tu?
W/salam Abang Temuk,
RPS Banun - atau Rancangan Pengumpulan Semula Banun di Hulu Perak didiami oleh Orang Asli atau lebih suka didengari dengan panggilan Orang Kita di mana dua suku utama orang asli di sini ialah JAHAI dan TEMIAR. RPS adalah usaha Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) untuk membangunkan pusat pentadbiran, perumahan peserta, kemudahan infrastruktur dan projek pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli. JHEOA telah melaksanakan program penempatan semula melalui 17 RPS.
Kat sini (Chenderong Kelubi) majoritinya adalah dari suku SEMAI. Ada juga dari suku SEMELAI, TEMUAN dan lainnya yang mengikut keluarga dari ikatan perkahwinan. Mengamalkan kehidupan 'mudah' - hanya perlu beli beras - yang lainnya mereka tangkap dan tanam sendiri!
Kalau Abang Temuk nak datang sini, tersangatlah di alu-alukan. Mungkin boleh merasmikan program-program anjuran sekolah nanti (saya boleh cadangkannya) Bagaimana?
Nak lihat lebih banyak tentang sekolah saya - sila klik ke Laman Sekolah Saya - http://skck8247.blogspot.com/
Terima kasih beri banyak cerita. Memang seronok dapat ke kawasan2 begitu sekali sekala. Mengajar kita tahu peduli kehidupan orang! Hihi, merasmi program sekolah, Cikgu? Kena tunggu saya masuk bertanding dulu dlm PRU 14. Dah jadi YB nanti bolehlah beli baju elok + kereta elok, masuk ke Ch. Kelubi... InsyaaAllah akan ke laman SKCK nanti. Thanks again.
Post a Comment