MUTIARA KATA HARI INI

Saturday, August 17, 2013

MERDEKA - SUATU PENGERTIAN



Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara. 

Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.
Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh. 

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden. 

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.

7 comments:

Al-Manar August 19, 2013 at 5:33 AM  

Kepada saya erti kemerdekaan bertambah pudar disusuli rasa sedih. Sewaktu sambutan kemerdekaan yang sulung saya berseorangan jauh dari tanah air. Berita BBC lah yang membawa berita laungan kemerdekaan. Saya sedih kerana tidak bersama rakyat. Hari ini sedih kerana bangsa ku mendur secara perbandingan dengan kemajuan orang lain. Jurang bertambah. Bukan bersatu menurut lunas keislaman berpecah - dimerata dunia Islam, tidak ada jiwa Islam. Wa'tasimu bihablillah wala tafarraku .... Dibaca tanpa jiwa.

Tapi DIA lebih mengetahui.

aby August 19, 2013 at 8:36 AM  

salam AH ..
wlupun kita telah 50 thn lebih merdeka, tp kesan perjajahan mental pd anak2 jajahan bukan berlaku secara kebetulan, malah hasil dari proses perancangan yg teliti ...
anak2 jajahan sekarang dah terlalu terikut cara hidup penjajah ..
kita dah mula lupa mengguna nama melayu, budaya seluar jean yg tk perlu dibasuh utk beberapa hari diguna, halwa telinga dengan bunyi2 hip hop, santapan mata, yg terlalu aneh dengan pemandangan semasa kita kecil2 dahulu .. itu belum masuk bab makanan fast food nya, kencing berdirinya ..ahhhh panjangnya klu disenaraikan ikutan anak2 jajahan ni ..
apapun ,
tanggal 31, bulan 8,57 ..

Merdeka .. Merdeka ...Merdeka ..

Kakzakie Purvit August 19, 2013 at 8:25 PM  

Merdeka disambut meriah oleh pemimpin dan badan-badan tertentu tapi sayangnya mentalliti rakyat masih banyak yg belum merdeka..

ahmad humairi August 19, 2013 at 9:00 PM  

Al Manar,

Pengertian Tuan dinilaikan dengan 'kesan horn' yang membawakan erti yang sayu, pilu dan sengsara. Benar ada Melayu yang miskin, mundur dan ketinggalan. Namun sudah ada Bangsa Melayu yang maju, dinamik dan berjaya yang layak kita banggakan.

Ada perkataan yang tertinggal dari petikan Surah Ali 'Imran yang tuan bawakan (Ayat 103) yang sepatutnya berbunyi :

"wa' tasimu bihablillahi jami 'an wala tafarraku...." (Allah maha mengetahui..)

bermaksud :

"Dan berpeganglah teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai..."

....benar....kita membacanya tanpa jiwa dan telah berlaku di Mesir kini.....kita berperang sesama saudara....Wallahualam bissawab, wailaihi marjiuu wal maab.

ahmad humairi August 19, 2013 at 9:12 PM  

w/salam aby,

SALAM MERDEKA buat aby.

Perkara baik kita terima dengan penambahbaikan yang lebih murni lagi. Boleh sahaja berseluar jeans asal terjaga bab-bab taharahnya. Dengarlah muzik asal tidak lalai-leka pada suruhan Allah. Makan ayam goreng yang halal....Burger Ramly yang dah kita ketahui status halalnya....
(Sebenarnya saya tabik pada pengetahuan agama aby yang lebih baik dari saya....jom kongsi).

Salam Merkeka yang ke 56 tahun!

ahmad humairi August 19, 2013 at 9:14 PM  

Kakzakie,

tulah......takde yang gantong bendera kat premis memasing.....

Jim meriahkan merdeka ke 56!

Unknown August 23, 2013 at 1:54 AM  


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP