MAULIDURASUL 2010
Maulid Nabi atau Maulud, adalah peringatan hari lahir Nabi Muhammad SAW, yang disambut pada 12 Rabiul Awal tahun Hijrah. Perkataan maulid atau milad, dalam bahasa Arab bererti hari lahir. Perayaan Maulid Nabi sudah menjadi tradisi masyarakat Islam setelah Nabi Muhammad SAW wafat. Sambutan ini adalah merupakan penghormatan kepada Rasulullah SAW.
Perayaan Maulid Nabi pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang pemimpin di Iraq pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193). Tujuannya adalah untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum muslimin pada ketika itu yang sedang terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristian Eropah dalam merebut kota Juruselem.
Masyarakat muslim umumnya menyambut Maulid Nabi dengan mengadakan perayaan-perayaan keagamaan seperti pembacaan selawat nabi, pembacaan syair berzanji, pengajian, perarakan (di P.Pinang dibatalkan (?)) serta ceramah.
Marilah kita sentiasa memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW, tidak hanya di bulan maulud ini sahaja.
24 comments:
perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW... sesuatu yang wajar dilakukan dan bukannya merugikan,
tanda kita sebagai umat islam sentiasa mengingati Nabi Muhammad SAW, mengambil contoh keperibadian rasulullah, mengikut hukum Allah SWT yang berpaksikan kepada al-Quran dan hadis rasulullah SAW. Matlamat hidup manusia untuk menjunjung tinggi kalimah Allah SWT tetap diletakkan di hadapan. Rasulullah SAW terus menjadi tokoh dan ikon unggul sepanjang zaman...
ya izakhairi,
pengucapan mudah,
agar bibir dibasahi,
kalimat indah...
Alhamdulillah... jom selawat ramai2.
jom, jom, jom...
Di sekolah biasanya Panitia Pendidikan Islam akan menguruskan majlis Maulidur Rasul....adakan beri ceramah & peringatan kepada anak2 didik ni....kemungkinan ade ibubapa yang tak memberitahu sepertimana cikgu tahu...jadi cikgu perlu beritahu kepada anak2 didik ni....
( bimbang budak2 ni ingat nanti ...bila Maulidur Rasul cuti umum...tapi tak tahu apa itu Maulidur Rasul...)
salam cikgu
kalau boleh kita nak, Maulidul rasul ini disambut bukan setakat seronok berarak, dan berselawat...hanya tika itu...tetapi amalan dan sunnah nabi semakin jauh dari umat Islam. kalau boleh, kita bangkitkan rasa kecintaan kita pada Kekasih Allah ini setiap masa. Moga generasi ummah Islam lebih sayang dan cinta akan Rasulullah lebih dari artis pujaan mereka....
selawat keatas junjungan besar nabi yg mnjd tunggak umat Islam
sonata,
cikgu-cikgu serta ustaz-ustazah di sekolah sentiasa membimbing anak-anak didiknya serta memberitahu hal berkaitan dengan ilmu yang ada, tapi kita insan yang lemah - mudah alpa dan kadang-kadang degil dan tidak mahu mendengar nasihat. Salam maulidurasul..
Ustaz,
Berselawat dengan nada dan melodi yang patriotik cukup mengesankan apatah lagi jika dialunkan beramai-ramai. Ianya meremangkan 'bulu tengkok' dan boleh menitiskan air mata cinta, kasih dan sayang kita terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ayuh lakukannya.
maiyah,
Ayuh lakukannya sepemuh hati...
tentang kes perarakan semperna maulidul rasul di penang saya difahamkan ianya satu fitnah lawan..mainan politik untuk memburukkan lawan.hmm..saya tidak percaya kepada mana2 pihak pun.sapa2 sahaja mungkin betul.namun sejauh mana kebenarannya kita boleh lihat bila smpi waktunya nanti..jika tiada berlansung maka jelaslah mereka memang sudah melampau..namun jika ada berlansung jg maka jelas la pulak lawannya sengaja berbuat jahat dengan menyebarkan fitnah...debaran...:)
tiada salahpun menyambutnya.malah saya juga akan turut sama menyambutnya.hehe..kerna ia suatu perbuatan yang baik dan tidak pula bercanggah disisi syarak.namun kita semua harus faham dengan jelas,masih tidak cukup untuk kita menyatakan cinta kita kpd rasulullah memadai dengan program2 ini sahaja.Peranan yang lebih besar adalah mengikut sunnahnya dan meninggalkan yg dilarang serta menegakkan syariat islam..rasulullah pernah bersabda sesunggunya kekasihnya adalah orang2 yang mengikuti sunnah2nya.
:)
salam syahbandar87,
Perarakan Maulidurasul di Pulau Pinang mencetus kontroversi. Pembatalan perarakan oleh pemimpin menguji prestig iman masyarakat Islam di sana. Lim Guan Eng nak tengok...boleh makan ke tidak.
Kita tengok jela. Kalau tiada bermakna dia menang. Kalau ada...masyarakat Islam di sana menang. (Nak campur bab politik susah sket nih..). Kita sama-sama ada kepentingan.
Ada faktor dan sebab-musabab mengapa sesuatu itu dibatalkan...
Kita merancang, Allah SWT menentukan.
tapi lim guan eng menafikan pembatalan tersebut..kalau betul dia bertegas untuk membatalkan mesti dia akan membuat kenyataan rasmi menegaskan pembatalan membuat sambutan tersebut dan menyatakan sebab2nya..hanya pihak lawannya sahaja yang menyatakan ketua menteri pulau pinang tidak membenarkan.tetapi beliau pula tidak mengaku dan menyatakan ianya sebagai fitnah musuhnya malah beliau berkata akan diadakan seperti biasa sahaja dan pimpinan parti lawan jugak turut digalakkan untuk turut sama terlibat...
jawapannya kita tengok lah nanti sejauh mana benarnya dakwaan yang dibuat oleh parti lawannya tersebut.jika benar memang kurang ajar la si lim guan eng nih..namun jika sebaliknya pula maka kita dpt nilai la pula peribadi si yang menuduh pula.
iyelah cik Anony,
Orang bersalah biasanya tidak terus mengaku salah (bukan semua). Mereka minta dibicarakan. Dimahkamah dunia mungkin terlepas jika ada keraguan munasabah. Kita kena nilai sendiri. Ikut perintah pemimpin asalkan tidak menjurus pada perkara-perkara mungkar.
Terpulang kepada kepercayaan anda pada Lim Guan Eng. Jika perarakan terus diadakan di Pulau Pinang - tidak bermakna Lim Guan Eng hundred percent betul...pengakuan manusia sekelip mata boleh berubah.
'kurang ajar'...ermm saya tak sanggup menggelarnya begitu walaupu saya juga agak marah!
cikgu masuk perarakan nanti ke??klu masuk jgn lupe upload kat blog erk..mesti meriah dgn baju yg sedondon kan..
salam sahromnasrudin,
tiap tahun dapat sut melayu free masa menyertai perarakan hari kebangsaan mewakili JKKK..Perarakan maulidurrasul...kat peringkat sekolah memang ada dibuat sebagai simbolik...insyaAllah.
teringat zaman sekolah, sy mesti menyertai perarakan. tapi kini hanya menyaksikan di tv saja.
selamat menyambut maulidul rasul buat semua umat islam di dunia ini.
zue,
selamat berselawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW..
sekarang Majlis Maulud pun dipolitikkan..alahai
YE NAMAN,
DEME PANTANG ADA POINT!
Salam Cikgu Humairi
Sesungguhnya amat banyak sekali pengajaran yg boleh diperolehi drpd peristiwa isra' & mi'raj Nabi Muhammad SAW. Juga dari sunnah Nabi sendiri. Terasa amat kerdil benar diri, kerana pelbagai keterbatasan dalam usaha memanfaatinya. Selawat & salam ke atas baginda!
salam maulidurasul Abang Temuk,
peristiwa israk dan mikraj adalah ilham manusia meneroka atmosfera. Ilmu Allah maha luas dan tidak mustahil jika diizinkanNya. Kerdilnya manusia dikurniai akal dan fikiran untuk menjadi 'besar'..
Selamat Memperingati Maulidurasul.
salam maulidurassul...
salam maulidurasul kembali..
Post a Comment