TERLENTANG
Tidak pula aku perhatikan jari manisnya, sama ada bercincin atau tidak. Jika bercincin, aku akan lepaskannya pergi tanpa dakwa dakwi. Jika tidak......ohhh tidak aku telah melepaskan semburan racun tepat ke atasnya tanpa pemeriksaan itu. Dia sepertinya lipas kudung (sememangnya lipas). Menggeletik dan kemudian mati. Terlentang. Anakku mempersoalkan mengapa lipas mati terlentang. Satu persoalan yang pernah 'diinkues' ketika kanak-kanak sehingga kini dia mempersoalkannya semula pada malam sebelum dia membuang undi ketika PRU 13 yang lalu.
Oh Tuhan. Ampunkanlah aku. Aku telah menculik satu nyawa. Sampaikanlah mesej ini pada roh suami atau isterimu dalam doamu selepas menyembah tuhan. Yakni aku telah menculik nyawanya kerana dia telah menceroboh ke dalam pelekatku.
....mesej yang tidak terjawab, keluarganya mungkin menangis.
8 comments:
Setiap detik, ada saja yang bernyawa kehilangan nyawanya...
Masuk kain pelekat hahaha.... jangan-jangan bukan mati kena sembur tapi lama sesat tak dapat jalan keluar dari dalam pelekat itu:)
Euuuw! Klu sy, jgnkan jari....keseluruhan pun tak sgp. Racun tu entah2 separuh botol sy kerjakan. Uwekk!
Kakcik,
....dan setiap detik ada sahaja makhluk Allah yang bernyawa lahir ke dunia.
Kakzakie,
eh!, mana boleh lama sesat...on the spot dikesan dek sistem saraf saya....psssssssss...gas dilepaskan...gas beracun!
fara,
geli ek????
perkara-perkara accidental tak terelakkan walau kita telah mengambil langkah-langkah untuk meminimakannya!
salam AH ..
lipas !!! dapat kt meow2 aby ..
alamat kene kerumon lipas tu ..
dibuat mcm main bola jer ..
w/salam aby,
Kembang dan anak-anaknya dah lama meninggalkan rumah....lipas kemain eksyen lagi....
Meow2 aby kalau nak men bola, jomla ke umah saya....hehe
Post a Comment