MUTIARA KATA HARI INI

Monday, May 20, 2013

TABIK


Cik Bibik mengarang bunga, 
Mari karang tali rotan; 
Minta tabik pada semua, 
Saya tak karang hikayat syaitan.


Perang tamat. Kesan tinggalannya masih terlihat. Yang menang pastinya bergembira. Yang kalah terluka.Namun adat dalam berperang, pasti ada menang dan kalah. Menang bermaruah. Kalah pun bermaruah. Usahlah menyanggah.

Maruah dibaratkan segendong tabik yang kita pikul di belakang atau di pinggang kita. Jika gendongan ini tiris, maka tabiknya mengurang. Jatuh satu satu ibarat tinggalan perang pilihan raya yang baru berlalu -  sepertinya bendera parti di tepi jalan yang tidak diangkut, jatuh satu persatu. Hayut lalu di air tenang. Atau tenggelam ke dasar samudera. Jika gendongan ini diikat kemas, dan sentiasa dipikul gagah, maka tabiknya tetap padat. Inilah maruah.

Akal berkait maruah. Haiwan tiada akal walau terdapat otaknya. Andai saya seekor lembu jantan dewasa. Tidak berjanggut seperti kambing. Meragut rumput. Saya membesar. Saya juga belajar membaca mengikut cara saya. Saya juga berzikir dengan cara saya. Saya mandi walau jarang. Saya bertarung sesama jantan lain bagi menunjuk lagak kepada bakal isteri. Saya juga bertanggungjawab sebagai suami (kerana sudah punya isteri atau lembu betina) dan bertanggungjawab sekali gus sebagai bapak.

Kita serupa. Tidak jauh beza kalau ikutkan semua itu. Saya lembu. Kau lembu (Betul cow lembu).

Bodoh. Tak berakal. Gila. Insane. Nonsense. Entah apa-apa lagi....

Benar. Kita makhluk Allah. Tepat. Tidak terpesong  walau sedikit nanometer. Tetapi hujah sebegini perlukan diplomasi bagi mengurangkan rasa kecil hati saya seekor lembu. Makhluk Allah yang akan menempuh frasa hidup yang sama. Berakhiran yang sama.

Menang dengan maruah. Kalah juga biarlah bermaruah. Tabik spring. Kuat tapi lembut! Jangan berdemonstrasi tak tentu hala.





21 comments:

Kakzakie Purvit May 20, 2013 at 10:55 PM  

Menang bersorak kata bermaruah
yang kalah terus mengorak langkah

atuk May 21, 2013 at 4:09 AM  

Assalamualaikum Cikgu

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

"Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan mereka( pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu”

(Riwayat Muslim)

Adek Abigail May 21, 2013 at 6:11 AM  

Pemimpin adalah orang yang boleh mengajar orang lain memimpin.

ahmad humairi May 21, 2013 at 5:11 PM  

Kakzakie,

Kemenangan - wajib dibanggakan secara bermaruah. Bersorak boleh sahaja asal tidak 'tiris gendongan'.

....yang kalah terus mengorak langkah, pastinya secara bermaruah juga.

ahmad humairi May 21, 2013 at 5:20 PM  

w/salam atuk,

Terima kasih memurnikan entri saya dengan riwayat hadis di atas.

Kini mereka (rakyat) telah memilih pemimpin mereka....wajib bagi pemimpin pula menepati janji yang telah dibuat.

ahmad humairi May 21, 2013 at 5:23 PM  

Silbi Abigail,

Terima kasih sudi mampir.

Benar seperti yang anda katakan, namun maruah perlu diambil kira.

aby May 21, 2013 at 10:44 PM  

Salam AH,
Demontrasi utk mncari jalan hala tuju.
Cume usha tu adakan satu yg d redhai atau yg d murkai

Al-Manar May 26, 2013 at 2:00 AM  

Kecewa. Yang menang berlagak. Yang kalah menyimpang dendam. Aku kalah bukan kerana kamu gagah. Engkau menang bukan kerana aku lemah. Gajah sama gajah. Lembu sama lembu. Kucing jantan sama kucing jantan. Aku bermaruah. Aku, aku, aku ....

ahmad humairi May 26, 2013 at 8:10 PM  

w/salam aby,

Demonstrasi terpimpin, aman dan mencari hala tuju...itu sangat dipersetujui....bukan mengacau-bilaukan....

ahmad humairi May 26, 2013 at 8:15 PM  

Al Manar,

Yang menang berhak bangga. Yang kalah berhak kecewa. Kedua-duanya berhak berlagak...makanya berlagaklah seperti diri di mana kita berada.


Aku adalah aku,
engkau adalah engkau.
Jika ditakdirkan yang engkau dan aku, bertemu menyatukan pendapat - alangkah cemerlang! - ilham pujangga.

Anonymous,  May 30, 2013 at 6:03 AM  

Someone necessarily help to make significantly articles I would state.
This is the very first time I frequented your web page and so
far? I amazed with the analysis you made to make this particular publish incredible.
Excellent task!

Feel free to surf to my homepage; maquillage pas cher

ahmad humairi May 30, 2013 at 8:44 PM  

maquillage pas cher,

merci prêt de s'arrêter. Je n'aime pas. Merci encore.

Anonymous,  June 3, 2013 at 6:42 PM  

I do believe all of the concepts you've offered to your post. They're really
convincing and will certainly work. Nonetheless, the posts are too short for newbies.
May just you please lengthen them a bit from next time?
Thanks for the post.

Take a look at my website :: Roland Garros

Anonymous,  June 4, 2013 at 12:43 AM  

Very good write-up. I сertainly loѵе thіѕ website.

Κeеp wгiting!

mу web site - paroi de douche

Anonymous,  June 5, 2013 at 6:30 AM  

It's remarkable to visit this web site and reading the views of all friends regarding this piece of writing, while I am also eager of getting experience.

Visit my web page ... voyance

Temuk June 9, 2013 at 6:17 AM  

Assalam Cikgu Humairi
Terima kasih kepada Cikgu di atas entri ini. Hadis riwayat Muslim yang Atuk paparkan pula, sangat mengajar! Terima kasih juga kepadanya.

Pak Temuk juga teringat kita diajar, apabila perlu memilih antara dua penjahat (apa lagi kalau kita anggap kedua-duanya memang penjahat), pilihlah penjahat yang lebih baiknya. Benarkah, Cikgu?

ahmad humairi June 10, 2013 at 5:30 PM  

Roland Garros,

Félicitations! Vous êtes super!

ahmad humairi June 10, 2013 at 5:32 PM  

paroi de douche,

Félicitations! Vous êtes également très bien!

ahmad humairi June 10, 2013 at 5:34 PM  

voyance,

Félicitations! Votre blog est très intéressant.

ahmad humairi June 10, 2013 at 5:41 PM  

W/salam Abang Temuk,

Saya teringat pada pepatah "Berkawan biar seribu, bermusuh biar tiada"

Benarlah seperti yang abang Temuk maksudkan. Penjahat membenarkan dirinya di hasut syaitan makanya dia diistilahkan sebagai penjahat. Dan janganlah memilih penjahat kerana kedua-duanya tetap telah menerima bisikan syaitan. Jangan bersubahat!

....maaf kerana tidak menerima respon dari saya di Blog saya yang satu lagi tu...ia membisu beribu makna....maafkan saya.

Anonymous,  June 12, 2013 at 4:55 PM  

Hі therе to eνerу one, bеcause I am trulу
keen of rеading thіѕ blog's post to be updated daily. It contains good information.

Also visit my weblog ... disque ssd

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP