MUTIARA KATA HARI INI

Tuesday, May 7, 2013

PAS BERGABUNG DENGAN BN - CANTEK


Kiak punya kiak, dalam stor umah mak, terjumpe benda ini.



Kami menyebutnya geselin. DBP kata gasolin. Tempat lain tak tahulah saya.

Geselin juga di sebut lampu gas (lampu pam) yang menggunakan tekanan udara (angin) untuk menaikkan minyak. Kali terakhir keluarga saya menggunakannya ialah pada tahun 1972. Berpindah dari kuaters MMC Sg Galah ke Kampong Makmur, Sungai Galah.



Rumah sendiri. Tiada bekalan elektrik lagi. Kami adik beradik ditugaskan secara bergilir untuk menyalakan geselin ni. Terkuat hentaknya, mentol pecah (mentol abu - yang telah terbakar). Mula-mula masukkan minyak tanah (minyak gas) ke dalam tangki. Kemudian masukkan minyak spirit dalam mangkuk yang disediakan. Nyalakan. Pamkan angin dan meter tekanan angin akan naik. Pastu pulas jarum minyak ketika minyak spirit masih menyala. Minyak akan naik dan mentol akan menyala. Terang benderang. Bolehle mengulangkaji pelajaran.

Bila bekalan elektrik disalurkan, geselin ini tersimpan dalam stor.

Tengokje geselin ni, saya ambik. Pasangkan mentol elektrik. Sambungkan wayar.....menyale weh! Menjadi hiasan mengalu-alukan tetamu di pintu masuk rumah saya..........antikke???? kat kedai ade jual lagi kot????...tahla.



Gabung dan jalin. Memang cantik. Sulam menyulam. Membujur. Melintang. Menghasilkan corak yang amat indah. Alangkah indahnya jika PAS bergabung dalam BN. Namun bukannya mudah. Tak semudah cerita geselin ni....

16 comments:

Kakzakie May 7, 2013 at 6:56 PM  

Terkenang masa kakak kecik dulu pun guna lampu pam ini cikgu.

Kalaulah betul bagai dikata dua ideology berbeza ini bersatu kakak pun gembira cikgu.

ahmad humairi May 7, 2013 at 7:01 PM  

Kakzakie,

Moga direalisasikan....jangan sensasikan udahlaaa..

aby May 7, 2013 at 10:08 PM  

Salam AH,
Itu yg sebaik baiknya.
Gabungan keilmuan dunia dan akhirat
Blh melanjutkan lg martabat ugama dan bngsa.
Kreatif sungguh cikgu ni

ahmad humairi May 8, 2013 at 8:11 PM  

W/salam aby,

.....taaapiii.... Nik Aziz akan ludah saya....

.....saya pasangkan mentol jer...!

Al-Manar May 10, 2013 at 5:56 AM  

Disini kita paggil gesoling - loghat Terengganu. Dimasa dahulu kalau ada lampu ini menunjukkan rumah orang2 yang berada.

Temuk May 10, 2013 at 8:14 AM  

Assalamu'alaikum CIKGU HUMAIRI
Wow, cantik benda tu. Susah nak cari, payah nak dapat. Para Mat Salleh dulu barangkali menyebutnya sebagai "gas lamp", lalu kita mempelatkannya hingga berbunyi geselin. Dulu, bapa saya punyai gaselin cap kupu-kupu. Kalau tak silap, yang terbaik masa tu cap mata.

Untuk gaselin cikgu tu eloklah tukarkan capnya kepada "bulan-bulan dalam mangkuk-mangkuk dacing". Kewmudian, jual kepada peminat lampu, bukan peminat roket, hihihi.

ahmad humairi May 11, 2013 at 4:53 AM  

Al Manar,

Betul tu!
Rumahnya memang ada (berada) - ada lampu geselin!!!

ahmad humairi May 11, 2013 at 4:56 AM  

w/salam Abang Temuk,

Hah ha!
Bagus gak idea tu. Yang faham pasti tak meludah saya!!!

Nanti saya copkan....saya takkan juai...yokan die tegantong kat situ....

Mohamadazhan.com May 14, 2013 at 5:18 AM  

salam cikgu, mmg cool geselin tu, kadang2 kembali kepada silam lebih menenangkan.

Dulu pernah bersatu menubuhkan BN, dicerainya pula, mungkin cedera dan parut lama masih berdarah amat sukar untuk bertaut semula. =)

Encik Wan May 15, 2013 at 5:30 AM  
This comment has been removed by the author.
ALIAAZUAN May 15, 2013 at 5:32 AM  

salam..

sy suka. sy suka.

-suka tang ayat last tu.

ahmad humairi May 16, 2013 at 5:08 PM  

w/salam Mohamadazahan,

Benar. Terkadang kita perlu 'UNDUR KE HADAPAN' daripada 'MAJU KE BELAKANG'.

.....memang sukar untuk menghasilkan sesuatu yang baik yang perlukan kesabaran dan komitmen tinggi.

ahmad humairi May 16, 2013 at 5:22 PM  

w/salam AA,

Kalau suka, ketawalah!, namun senyum sudah memadai....janji kontrol!!!

....apa khabar Sumayyah?

Kakzakie May 16, 2013 at 9:10 PM  

Menjenguk ingatkan ada N3 sambutan Hari Guru semalam. Moga cikgu bertambah ceria hari ini.

Selamat Hari Guru (terlewat sehari) dari kakak:)

ibuintan May 18, 2013 at 4:52 PM  

cantik lampu gasolin tu.. sya pun ada satu


setuju dengan cadangan tu demi perpaduan yg kian retak

Silbi Abigail May 20, 2013 at 5:12 PM  

teringat gunakan lampu ni masa tolong meniaga jual rambutan kat pasar malam..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP