HARI NAK HUJAN
Angin betiup..... awan berarak.
Itu tandanya hari nak hujan.
Kilat menyabung....... guruh berdentum,
Itu tandanya....... hari nak hujan.
Hujan pun turun.....membasah bumi.
Penghuni alam, rasa bersyukur.
Angin bertiup........awan berarak....
Itu tandanya........hari nak hujan.
Itu tandanya.......hari nak hujan.
Dengan diiringi Keyboard Casio, murid saya menyanyi dengan riangnya.
Sesiapa yang tahu, jemputlah nyanyi bersama.
Di luar, cuaca mendung. Langit gelap. Ada harapan hujan turun.
Sebaik habis kelas Dunia Muzik, matahari memancar terang.
Hujan tak jadi. Syukur. Hari ini saya naik moto ke sekolah. Kereta direhatkan. Kalau hujan di pertengah jalan, boleh aje berteduh di pondok menunggu bas.
Pondok tunggu bas tu. Saya dah tak boleh teka apa warna asalnya.
Semakin tebal dek tampalan iklan-iklan. Banyak sungguh.
Poster berwarna biru, hijau dan merah. Yang biru katanya ini. Yang hijau katanya begitu.
Yang merah katanya begini. Yang mampu fikir, fikirlah.
Yang tak mampu, bertanya. Moga rahmat berterusan tercurah ke bumi tercinta ini.
Moga penghuni alam terus besyukur.
18 comments:
Ishh....sampai hati. Hahahahahah! Tapi, syukurlah ujan tak jadi. Sekolah pun meriah, taklah mcm mati kutu je. Kan? Hahahahahah....
Menarik tng wrna warni pster tu...
Sntiasa suka pd yg wrna biru, mungkin mententramkan spt pndangn ke langit biru atau sedamai mmandang lautan biru
Hari nak hujan
Air tempayang dibuang
Nampak bulan sabit
Sebelum matahari terbit
Selamat bermuzik cikgu
Fara,
Yang seronoknya....saya jamak kelas-kelas Tahun 1, Tahun 2, dan Tahun 3 sebab ramai guru keluar, hantar murid menyertai pertandingan hoki lelaki dan perempuan di stadium hoki Manjung. Happening yo....sibbaek tak hujan....kalau hujan, huh, sahlah suara macam katak....dok panggil hujan.....
aby,
warna-warna yang mengharmonikan suasana - itu yang kita inginkan!
Segalanya boleh menjadi kawan dan lawan....macam api, angin, laut dan sebagainya, jika kecil, lembut - ianya sungguh nyaman dan mententeramkan jiwa, tetapi bila besar dan memberang....semua makhluk pun takut!
Al Manar,
Hujan tak jadi,
Kosong air di baldi,
Bulan sabit tidak menyendiri,
Bersama sang rawi di dinihari.
....ayuh lagukannya!
hujan rahmat
sesekali kena beringat
YB,
Tak boleh camtu.....
kena selalu beringat!
maknanya suara katak lagi merdu, tu sebab hujan turun
ibuintan,
Merdu - sesuatu yang subjektif. Ada penggemar suara sang kodok rupanya!!!
assalamualaikum cikgu..
selamat berkunjung tiba lama tak bertanya khabar..
Waalaikum salam sahrom,
Baik jugalah khabarnya....moga sahrom pun begitu...
Assalamu'alaikum Cikgu Humairi
Pondok Tunggu Bas boleh menjadi saksi, penjanjinya baik atau nakal.
Alahai, warna kegemaran saya tak ada pula di pondok tu. Ada dalam lagu, bernama Hitam Manis. Pemungut madu lebah tualang di kawasan Pedu suka memanggil lebah-lebah yang berjasa pada mereka dengan nama warna itu. Hihi, warna yang bakal dipangkah ada beradu di dalam hati.
W/salam Abang Temuk,
Memang menawan warna tu. Mampu menyerap pelbagai warna. Cantik pabila dipadan dengan warna-wana lain berlatar belakangkan dengan warna yang menawan itu.
Bila tanda-tandanya semakin galak, suatu kepastian bahawa hujan akan turun. Warna-warna payung pasti akan memayungi kita untuk memangkah. Pangkahlah ikut warna pilihan hati....
Salam.
Hujan dh turun...cpt agkat kain... :)
Salam,
Banyak hari dah langit gelap tapi hujan tak juga turun-turun. Bumi panas dan longkang merimaskan...
w/salam AA,
Itu dialog dalam Pendekar Bujang Lapok tu......
....x ujan pon
.....ujan siraman bunga jer..
w/salam IM,
....jangan rimas....depa tengah giat selenggarakan.....pilih undi yek!!!
Post a Comment