MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, February 6, 2013

OH BULAN MANA BINTANG

1

wa, wa wa.... tu bulan,
atas pucuk kayu ara......

atuk mengagah cucunya
sambil main tepuk-tepuk tangan

pok ame-ame belalang kupu-kupu
siang makan nasi kalau malam minum susu

(atuk memegang kedua-dua tangan heyqal
sambil mengarahkannya ke dagu)
por tok por
(tampar atuk tampar)
heyqal tersentak dek janggut atuk
yang tak dicukur sejak 2 hari

besar esok nak jadi ape?
nak jadi anjing!
petah heyqal menjawab.

haa?? terlopong atuk.

bes jadi anjing tuk.
leh kejo orang jahat.
leh gigit kaki dia.
anjing kuat lari.
garang tukkk...

ishh, cucu atuk...
(tak sempat fikir...heyqal sambung)

tapi tuk
jadi rama-rama lagi bes kan

tengok tu
seronok dia terbang tinggi
sampai ke awan

budak ni... kata atuk dalam hati
bertuah betul!

************************************************

2

 Masuk ke bilik. 
Saya didekati bulan. 
Bulan dipagar binatang. 
Memang cantik, tapi hati sakit. Sebab dia sombong. Mengada-ngada.

Saya jadi bengang. Otomatik. Bila pagaran binatangnya mengayat.

Saya panaskan sejuk pagi dengan ayat berapi. Sungguh saya tak percaya pada diri. Maaf. Benar-benar otomatik. Mengeluarkan asap bila ia semakin menyejuk. Saya dapat lihat asap itu ditelan bulan dipagar binatang. Berlalu dengan sombong sambil diekori asap itu.

Bulan dipagar binatang kuharap kau kan dipagari bintang.

****************************************************

3

bulan tetap kelihatan
 walau di siang hari
cuma kini semakin banyak
semakin galak
berkibaran.

18 comments:

atuk February 6, 2013 at 7:48 PM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

atuk ini tak ada cucu lagi...


Insyaallah
bulan akan menyinar di tanah air ku...

ahmad humairi February 6, 2013 at 8:10 PM  

w/salam atuk phd,

Bulan sentiasa memberikan khidmat...menerangi malam nan gelita!

Kakzakie February 6, 2013 at 10:57 PM  

Bulan terang tak perlu bintang memagari utk memberi cahaya. Bulan sabit perlukan bintang memberi cahaya.

Sebab itulah bulan terang walau sianghari terus gah berkibaran.

aby February 7, 2013 at 6:41 AM  

salam AH ..
wahhh ...dah jadi datok yer..
sentiasa dekat dengan bulan,
awal bulan, tengah bulan, hujung bulan ..semua tu berkaitan dengan bajet ..
he..he..

ahmad humairi February 8, 2013 at 5:50 AM  

Kakzakie,

Bulan dan bintang hanya berkongsi cahaya dari matahari untuk bersinar!

ahmad humairi February 8, 2013 at 5:54 AM  

w/salam aby,

main-main dengan cucu....
...seru-seru bulan...namun tidak jatuh ke riba....

bagus dekat dengan bulan....sentiasa berkira-kira dengan bajet!

Halimaton Ibrahim February 9, 2013 at 12:35 AM  

Assalamualaikum Cikgu,
Bijak cucu atok, jadi anjing kejor org jahat!
Bulan nampak bersinar-sinar laa ni...tak gitu?

Temuk February 9, 2013 at 7:02 AM  

Assalam
Yang cilik bijaksana, semua teruja lihat gelagatnya. Yang tua bijaksana, semua gusar mengintai muslihatnya.

Bulan, suluhilah penimbang itu
Penimbang, timbanglah bulan.
Engkau menyuluh siapa kesekian lama
Engkau menimbang apa kesekian waktu
Suluh dan timbang
Satu pertemuan.

yang baik Ishak February 10, 2013 at 3:57 AM  

bulan tidak pernah jemu menerangi malam mengikut pusingannya... itu hakikat!

ahmad humairi February 11, 2013 at 12:32 AM  

w/salam yong halimah,

Cucu atok memang bijak...suka berperi-peri ngan bulan...hehe

Al-Manar February 11, 2013 at 4:30 PM  

Lama sungguh tidak dengar Wa Wa Bulan. Kanak kanak Melayu zaman sekarang sudah ketandusan atok yang berkebulehan. Sayang sekali kepada saya yang berpeluang mengenangkan kebudayaan kita yang amat indah enam buluh tahun lebih dahulu. Kita sudah abaikan yang asli - tak habis habis saya menyalahkan DBP, maaf.

ahmad humairi February 12, 2013 at 10:25 PM  

W/salam Abang Temuk,

Andai,
Permukaan nan rata,
Cahaya dipantul takkan bersentuhan....
Cahaya tetap bergerak lurus yang memerlukan penimbang dan bulan berada bertentangan mencari titik sentuh cahaya itu.....insyaAllah

ahmad humairi February 13, 2013 at 12:09 AM  

YB,

Dan penimbang YANG BAIK tak pernah jemu jua menimbang secara adil - juga suatu hakikat!!!

ahmad humairi February 13, 2013 at 12:17 AM  

Al Manar,

Tak perlu minta maaf. Yang benar, dibenarkan, yang salah, pasti disalahkan!

Kanak-kanak Melayu di zaman sekarang kaya serta celik IT yang agak kurang mesra dengan bulan serta persekitarannya. Kalau dikenangkan, kita dulu main dengan biji getah, kemuncup, buluh bedil, batu seremban dan sebagainya. Kalau kita perkenalkan kepada mereka, pasti mereka tertarik!

Salahkan diri yang meninggalkan terus tradisi lama! Bukan salah orang lain!!!

sahromnasrudin February 17, 2013 at 6:36 PM  

assalamualaikum cikgu...

nk tanye cikit felda hot springs tue dekat uma cikgu erk?

ahmad humairi February 17, 2013 at 10:41 PM  

w/salam sahrom,

Jauh tu xle jauh mane....nek keta , 1 jam sampaile....Bile nak pegi nye?

Maiyah February 20, 2013 at 12:04 AM  

jgn pungguk rindukan bulan
jgn hrp bulan jtuh ke riba
harap dpt pndang keindahannya

ahmad humairi February 20, 2013 at 4:27 PM  

Maiyah,

Tak mengapalah.....

Ayam Jalak kita sudah merajuk dan kini terbang ke bulan....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP