MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, September 28, 2011

IA SEMAKIN MENYALA

Warna alam...
Aku teruskan.

Bertukar telur mata kerbau...
Aku semakin perlahan.

Menyala saga....
Terpaksa berhenti.

Lama berhenti di lampu merah. Menunggu untuk hijau semula.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, September 15, 2011

SAKAR

Laut yang madu berpantaikan sakar. Sakar di bibir kubiar basah senantiasa. Walau sesekali pedas terasa. Pedas menyelera rasa.

Aku adalah manusia yang fasih berpura-pura. Aku bisa menuliskan bahagia pada saat hatiku derita. Aku tega mengukirkan senyum tika hatiku benci. Namun tetap ada suatu yang pasti, aku nukilkan apa yang ada kerana pujukan niat untuk berkongsi sesuatu yang aku tahu.

Aku juga adalah manusia yang dekat kepada neraka. Semua sudah melangkah sebelah kakinya ke neraka saat semua menuliskan sesuatu yang jelek dan menghitamkan hati semua pengunjung ataupun menuliskan benci yang memusnahkan bahagia.

Aku juga adalah manusia yang sudah meletakkan sebelah kakiku dalam syurga, pada saat semua mengukirkan sesuatu yang membuatkan ramai manusia berusaha menjadi hamba yang mencari reda dan rahmat Tuhan. Namun yang paling pasti, dalam semua kisahku, bukan semuanya kisah bahagia.

Sakar dan upas, perlu perlukan kupasan nan teliti.

***klik pada KAMUS DEWAN di sebelah untuk mencari makna perkataan diingini.

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, September 10, 2011

Hadiah Buat Pengunjung

Saudara Zulkbo dah buat.
Ramai jugak Blogger yang dah buat.
Aku pun nak buat jugak.

Perhatikan kaunter Pengunjung Blog ini di atas.
Pengunjung yang ke 300,000 akan aku berikan hadiah.
Hadiah misterilah kiranya sebab aku tak bagi tau dulu nih.

Juga ada hadiah untuk pengunjung ke 300,200.
Juga ada hadiah untuk pengunjung yang ke 300,300.

Syarat :

1. Terbuka kepada para Blogger dari Malaysia sahaja.
2. Jika anda pengunjung bertuah pada angka itu, Print Screen Kaunter di atas dan e-melkan kepada humairi@ymail.com sebagai makluman buat saya beserta alamat yang lengkap.
'Print Screen' memaparkan header blog, 'Follower' dan kaunter Pengunjung bertuah tersebut.
3. Blogger yang sama hanya layak memenangi satu hadiah. Tak aci menang dua kali. Bagi can blogger yang lain ok.
4. Jika tiada pengunjung bertuah, atau mungkin saya sendiri yang bertuah, hadiah akan saya berikan kepada sesiapa yang bertuah pada perkiraan saya sendiri.
5. Terma dan syarat mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Bukannya apa....cuma rasa terbuku di hati kalau tak beri apa-apa penghargaan buat pengunjung sebelum Bulan menyepi panjang...

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP