MUTIARA KATA

Thursday, September 15, 2011

SAKAR

Laut yang madu berpantaikan sakar. Sakar di bibir kubiar basah senantiasa. Walau sesekali pedas terasa. Pedas menyelera rasa.

Aku adalah manusia yang fasih berpura-pura. Aku bisa menuliskan bahagia pada saat hatiku derita. Aku tega mengukirkan senyum tika hatiku benci. Namun tetap ada suatu yang pasti, aku nukilkan apa yang ada kerana pujukan niat untuk berkongsi sesuatu yang aku tahu.

Aku juga adalah manusia yang dekat kepada neraka. Semua sudah melangkah sebelah kakinya ke neraka saat semua menuliskan sesuatu yang jelek dan menghitamkan hati semua pengunjung ataupun menuliskan benci yang memusnahkan bahagia.

Aku juga adalah manusia yang sudah meletakkan sebelah kakiku dalam syurga, pada saat semua mengukirkan sesuatu yang membuatkan ramai manusia berusaha menjadi hamba yang mencari reda dan rahmat Tuhan. Namun yang paling pasti, dalam semua kisahku, bukan semuanya kisah bahagia.

Sakar dan upas, perlu perlukan kupasan nan teliti.

***klik pada KAMUS DEWAN di sebelah untuk mencari makna perkataan diingini.

34 comments:

ibuintan September 15, 2011 8:26 PM  

tak terkupas la cikgu... hehehe

selamat bercuti

zulkbo September 15, 2011 8:38 PM  

salam..
bahasa melayu memang indah
tapi kita semakin kurang
mengggunakannya..lebih kepada
bahasa pasar :(

nyanyisunyi September 15, 2011 8:50 PM  

Bahasa yg sangat puitis...dan cukup tersirat..

Abd Razak September 16, 2011 2:24 AM  

Assalamualaikum...

Ada juga yang sudah meletakkan sebelah kaki dalam syurga tapi ditariknya untuk ke neraka pula...

Rozali September 16, 2011 6:44 PM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

kan ku hayun kaki ini untuk melangkah ke Syurga...dengan izinNya jua

Wassalam

Cikgu Tie September 16, 2011 8:43 PM  

Ada 2 perkataan baru yang telah ku dapat setelah membaca N3 ini. Akanku cuba mencari makna perkataan itu agar ku dapat memahami sepenuhnya ayat itu.

cikgu norsha September 17, 2011 10:25 PM  

bahasa yg indah, dan mesej yg tersirat barangkali....

Kakzakie September 18, 2011 5:50 PM  

Kalau sakaratulmaut selalu kita sebut tapi tak sedar di mana arah kaki berpijak...utk kesyurga atau ke neraka....

sahromnasrudin September 18, 2011 6:29 PM  

assalamualaikum cikgu...

sebelah kaki sudah ke neraka dan sebelah kaki sudah ke syurga...

harapnya yang sebelah ke syurga itu mampu menarik sebelah lagi bukan yang sebelah ke neraka itu mengajak sebelah huhuhhhh

Mommy Fara September 18, 2011 9:43 PM  

Puitis. Siapa boleh lawan Cikgu? Sy nie cuma anak-anak yg masih bertatih. Tak tahu di mana mahu duduknya. Tak tahu bila saat mahu berdirinya...

Cikgu, rajin2lah karang entry baru. Sy rindu!

Amy Syaquena September 18, 2011 9:55 PM  

puitis sungguh sampai x dapat menangkap bait2 kata yang di tulis, anyway happy holiday cikgu..

Temuk September 19, 2011 4:10 PM  

Assalamualaikum CIKGU HUMAIRI
Manalah sakar tak terasa pedas, hati tahu 'aku ini diabetik'!

Alahai..... itu kata si kamus zahir, kan?

Si kamus batin cuba merisik, andai sakar itulah kata-kata yang bibir ucapkan, apalah sakarnya sehingga pedas pula rasanya. Mungkinkah itu sakar yang melangkahkan sebelah kaki ke tempat yang amat digeruni?

ahmad humairi September 20, 2011 5:16 PM  

ibuintan,

kupas pelan-pelan...Saya sedang 'mencuri' masa waktu sedang berkursus sekarang ni...

ahmad humairi September 20, 2011 5:17 PM  

zulkbo,

tiada kata secantik bahasa, untuk ku tunjukkan perasaan.

ahmad humairi September 20, 2011 5:18 PM  

nyanyisunyi,

baca di kala sunyi...mungkin lebih alunannya.

ahmad humairi September 20, 2011 5:19 PM  

orlando ahmad,

moga ketemu bahagia dicari.

ahmad humairi September 20, 2011 5:20 PM  

w/salam Abd Razak,

Moga kita diberikan kekuatan untuk terus mencari redha ilahi.

ahmad humairi September 20, 2011 5:21 PM  

w/salam Rozali,

Hayun langlah biar perlahan....asalkan jangan berhenti.

ahmad humairi September 20, 2011 7:58 PM  

Cikgu Tie,

Tak berat mana entri saya nie...mudah aje memahamkannya.

ahmad humairi September 20, 2011 7:58 PM  

cikgu norsha,

cintailah bahasa kita..

ahmad humairi September 20, 2011 8:00 PM  

Kakzakie,

pilihan di tangan sendiri...sakar atau upas, madu atau racun....syurga atau neraka...

ahmad humairi September 20, 2011 8:02 PM  

w/salam sahrom,

Yang sebelah lagi itu pasti mampu menaik ke arah antara keduanya.....yang mana kuat dia menang, harapannya agar yang baik akan menang!, insyaAllah.

ahmad humairi September 20, 2011 8:03 PM  

Mommy Fara,

Issyyyhhh....xdelah....Bahasa Melayu kite aje....Mommy Fara lagi hebat!!!!

ahmad humairi September 20, 2011 8:05 PM  

Amy Syaquena,

Holiday cuma tak pegi sekolah jer.... Nampaknya di penghujung tahun ni di penuhi pelbagai aktiviti yang mengesankan update blog serta kunjungan yang tak berapa aktif....maafkan saya.

ahmad humairi September 20, 2011 8:11 PM  

W/salam Abang Temuk,

Tiada sakar yang pedas. Cuma manisnya boleh mengundang diabetes. Mungkin yang ini sakar yang digeruni.

Pedas, hangat, tajam dan pedih boleh menjadi rahmat dan ramuan pengubat jiwa.

DDrfauziah September 24, 2011 7:11 PM  

Aslmkm Cikgu.
Maaf ya. Berselang hari baru dapat ke sini.
Di usia menggamit senja, Kak G berusaha mencari keredhaanNYA untuk kebahagiaan kekal abadi di SANA.

sahromnasrudin September 27, 2011 1:21 AM  

assalamualaikum cikgu..

kemana menghilang?? sepi tanpa khabar berita...

rindu nak dgr komen cikgu..harap kembali segera ya...

ahmad humairi September 28, 2011 6:38 PM  

w/salam Kak G,

Saya pun mohon maaf dari Kak G jugak.
Sekarang dah sampai masa sibuk.

ahmad humairi September 28, 2011 6:40 PM  

w/salam sahrom,

maaf ye....sibuk sikit sekarang nie....cuma sempat pandang-pandang, jeling-jeling...

MOH KEMBARA September 28, 2011 7:44 PM  

Assalamualaikum Cikgu,

Pe kabor? Lama saya tak mari sini. Cikgu sihat? Teman harap kita umat Islam semua masuk ke syurga, takmo le sebelah kaki sana sebelah kaki sini, tak sanggup!

Kunang-Kunang September 28, 2011 8:13 PM  

Syorga impian semua. cuma jalan dan cara untuk kesana saja berbeza.

ahmad humairi October 5, 2011 5:27 PM  

w/salam yong mohkembara,

Bila sebelah kaki dah masuk...pertingkatkan lebih usaha ke arah yang lebih baik, agar yang sebelah kaki yang 'tak baik' itu tertarik ke arah yang lebih baik.

.......ermmmm, teman pon x sanggup yong.

ahmad humairi October 5, 2011 5:28 PM  

Kunang-Kunang,

Jalan berbeza, cara ke sana juga berbeza...mengikut prestij iman.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

Blog Archive

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP