MASEH
Aku menulis bukan kerana nama
aku menulis bukan kerana warna
aku menulis kerana ada
ya, aku maseh ada
ada perkara
ada kesempatan
masuk hari ini
sudah dua puluh satu hari tidak hujan
tidak berhenti panas berhabuk
berlarutan dan bersambung
menjadikan rumput dan pepohon
separa pening
akibat mentari perang
termasuk aku
lalu cepat-cepat aku menelan kapsul terkandung bintilan puteh
yang berpasak percaya di dalamnya
ada bancuhan seribu penawar
dalam jerebu yang masih muntah-muntah
aku mencari urat-urat darah yang bersimpul
cuba membetulkan
agar tiada terasa sakit pinggang atau kepala.
11 comments:
Sesekali tulisan dititipkan kerana mahu memberi perkhabaran. Tempat kakak pun panas berdenting. Sesekali bila kepala berpinar makan juga pil utk menghilangkan rasa pening itu cikgu..
Moga cikgu sihat..
kakzakie,
alhamdulillah.....saya sihat...
masih lagi mampu menitip kata di sini
menyatakan perkharan baik... :D
Salaam Cikgu,
Agaknya 21 hari kekeringan membabitkan blog juga. Kasihan pembaca yang menunggu kehausan. Munking sepanjang itu juga berlaku ditepi pantai ini dengan kesan yang lebih buruk. Angin laut membawa air masim yang meniggalkan garam dipokok. Tanpa hujan garam mematikan pokok ysang tidak dapat bertahan.
Begitulah kebijaksanaan Pencipta yang lebih memgetahui.
Yb,
Atas izin Allah jua, alhamdulillah.
W/salam al manar,
Ya, blog turut kering berjerebu,bersawang,gersang - jadi bahan mewarnakan khabar - sihat atau sebaliknya.
biar berpanas memanjang,
biar tebal jerebu melanda ..
demi keluarga yg perlu ditanggung ..
ku redah itu semua ..
semata mata bagi meneruskan keperluan/kehidupan mereka
Tahniah aby,
....mnoga debu kan jadi permata,
....hina jadi mulia!!!
alahai... spelling error pula :D
YB,
xpe era,
eh era plak....yokannnn
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment