iPad kini
Tengok je iPad, saya teringat kepada papan batu. Mungkin idea menghasilkan iPad dicetuskan oleh alat ini. Ianya adalah sebuah alat pembelajaran di sekolah di Malaysia sebelum merdeka sehingga tahun 1960 (Fakta yang tepat tolong kongsikan bersama).
Saya tak merasa menggunakan alat ini bila saya bersekolah di darjah 1.
Papan Batu atau juga dikenali sebagai Papan Selisih diperbuat daripada kayu sebagai bingkai
dan lepaan permukaan batu sebagai medium tempat menulis (skrin).
Kaedah belajar ketika itu ialah salin dan hafal.
Hafal sebelum tulisan atau nota dipadam.
Penselnya dikenali sebagai Kalam Batu.
Jika menulis setiap hari, kalam ini boleh digunakan sehingga tiga bulan sehingga ianya menjadi pendek dan tidak boleh dipegang lagi.
Kalam Batu biasanya dijual bersama Papan Batu.
Kalau nak beli berasingan, harganya lebih mahal sedikit.
Ikut kata mak, 2 batang kalam ini harganya 5 duit (5 sen).
Bila bosan dengan mesyuarat, mendengarkan perkara sama berulang-ulang
dalam mesyuarat, tangan mulalah gatal menyentuh skrin iPad
membaca berita online, melayari karenah facebook dan
update blog.
OOOPPPSSS....fasilitator dah jeling dah!
20 comments:
Homestay&Hostel Lawatan Bas Ke Melaka. Hanya RM10pax! layari blog http://jasinhomestay.blogspot.com/ atau SMS 0123736548
Eh? Sy tatau pun mcm ne rupa papan batu tu. Mmg sebijik mcm Ipad la...
=D
Azman,
Dulu sekolah kami ada buat lawatan ke Melaka....blom terjumpa iklan ni....nanti saya kontek kalau nak buat trip ke Melaka lagi, tq.
Fara,
Tulaaa....apple amik idea nilaa buat iPad...hehe..
Assalam, Cikgu Humairi
Saya, dengan "gumbira" mengesahkan pernah merasa menggunakan papan batu. Tentu ramai lagi pemblog yang biasa dengan ipad zaman dulu ini.
Kebetulan, entri kedua saya (TERKENANG: CELIK, Disember 23, 2008) adalah mengenai papan batu. Dukacita tiada gambarnya.
Kakak tak pernah nampak papan batu itu cikgu, kalau ipad yg sekarang adalah...
Kalau ada boleh simpan dlm almari buat hiasan mesti dah mahal sebab ada nilai tersendiri.
w/salam Abang Temuk,
Suatu pengalaman yang tak ternilaikan. Kepada pengunjung lain saya sediakan pautan ini mengenai "PAPAN BATU" yang Abang Temuk nukilkan. Sila klik perkataan berwarna biru itu.
....ayah pernah kata...kalau ke sekolah, papan batu ini dilontar ke hadapan untuk 'melendat' lalang bagi memudahkan laluan....
Abang Temuk mungkin boleh kongsi lagi cerita papan batu ini.
Kakzakie,
Agaknya kakzakie nak beli tak kalau ada yang menjual????
Assalamualaikum Cikgu,
Ooopppssss...kan dah kena jelinggg he he he!
salam AH ..
aby pun tk sempat guna papan batu tu masa sekolah dulu..
zaman berubah ..
cara pembelajaran pun berubah ..
w/salam Yong Halimah,
.....dan saya pun membalas jelingannya.....huh, ngeto dbwatnye!
w/salam aby,
Cara pembelajaran berubah....serba canggih, tak sesusah dulu-dulu....alhamdulillah!
Assalamualaikum cikgu..
Sy hanya sempat tgk papan btu ni kt muzium.. Tapi kt sesetngah sekolah papan batu dijadikan bahan sejarah di pamerkn di arkib sekolah..
assalamualaikum cikgu...
semoga cikgu sihat dan senantiasa sihat walafiat ya..lama tak bersiaran....
Cikgu muda sangat tentu tak tahu papan batu. Diwaktu kerajaan Jepun memerintah saya guna papan batu dengan 'kalam batu' dipanggil didaerah saya. Dulu bahasa Melayu indah dan banyak bersandar kepada bahasa Al Quiran - Kalam, menara, mesyuarat, hasil, jiran, sahabat, ilmu alam, syukur, mentadbir, alim, darjah, darajat dll (sebelum PENGKHIANAT bahasa Melayu kita sediri membuang bahasa Quran dan membawa masuk geograpi, produk, member,grade, diskusi, inspirasi, ilusi, interperitasi, nasi basi dan sebagainya)
unduk memadamkan sesuatun tulisan kita bawa secebis kain lembab. Kadang kadang kami bawa sehelai daun tebal jenis cactus yang dopattahkan dan boleh mengeluarkan air.Yang mengelikan hati ialah bila tidak tiada sesatu ludah sahaja dan sapu sapu air liur dengan tapak tanggan dan keringkan dengan lengan baju! Boleh guna air liur jugakah atas ipad itu, cikgu?
W/salam Shahrom,
Selamat kembali melayang minda di sini...moga sukses selalu di tahun 2013 ini....
Tuan Al Manar,
Sudah tentu tidak boleh!
iPad dahuhu sangat tahan lasak - heavy duty, dan pelbagai guna juga bagi yang inovatif dan kreatif.....(maaf, ini berdasarkan pengalaman dan cerita orang tua saya - bukan pengalaman sendiri).
Pengkhianat Bangsakah saya bila menggunakan perkatan-perkatan ini? Pudarkah semangat patriotik kita pada Bahasa Melayu bila menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengucapan dan penulisan?
Bahasa Melayu kita sekarang sudah berkembang maju dan akan terus berkembang. Bahasa Al Quran yang Tuan maksudkan tidak dibuang, malah terus berada dalam kamus bahasa kita.
Lucu membaca coretan Tuan. Pengalaman Tuan bak gedung Menara Gading bagi saya. Mohon Tuan bercerita mengenai "Kalam Batu" tersebut dalam entri Tuan yang akan datang.
w/salam Shameel,
Saya pun tak sempat. Pengalaman orang-orang terdahulu mengenai papan batu ini boleh kita kongsikan bersama.
papan batu tu belum pernah lagi saya tengok cikgu, jauh sekali guna
nasib baik Epal tiru kan dapat jugak cgu berfesbuk masa meting
ibuintan,
betul tu......boring meeting membincangkan hal-hal yang sama......huuuuu
Post a Comment