MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, June 30, 2013

Perangsang buat Anak-Anak Didik

   
  
   
   
   
   
    

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, June 26, 2013

KLEF TREBEL

la, la, laa...
ria hari ini
hari ceria
laksana hari raya

la, la, laa...
lalang menyanyi
hari ini,
terang didinihari
tiada jerebu lagi

la, la, laa...
untuk esok-esok
untuk bulan-bulan
untuk tahun-tahun
yang cerah-cerah
jangan malap-malap
terus-terusan terang

la, la, laaa...

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, June 24, 2013

SETANGKAI ANGGERIK

 Setangkai Anggerik, hadiah dari Tuan Guru Besar
ketika Sambutan Hari Guru yang lalu.
(Klik pautan Sambutan Hari Guru untuk kembali ke masa lampau)


Digubah semula oleh isteri dengan sedikit tambahan.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, June 20, 2013

DUNIA BARU HELICONIA (PART 2)

Dunia baru heliconia (part 1) sila klik pautan ini.

Kebanyakkan kembangnya telah di musnahkan. Rizomnya juga telah di pugar.

Antara yang sempat kuabadikan di sudut bilikku di sekolah.

Camane kamu buat? Buatkan aku satu...sahut seorang teman. Tak susah....potong dan biokan dia kering disitu.......sahutku.


Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, June 18, 2013

TERLENTANG

Tidak pula aku perhatikan jari manisnya, sama ada bercincin atau tidak. Jika bercincin, aku akan lepaskannya pergi tanpa dakwa dakwi. Jika tidak......ohhh tidak aku telah melepaskan semburan racun tepat ke atasnya tanpa pemeriksaan itu. Dia sepertinya lipas kudung (sememangnya lipas). Menggeletik dan kemudian mati. Terlentang. Anakku mempersoalkan mengapa lipas mati terlentang. Satu persoalan yang pernah 'diinkues' ketika kanak-kanak sehingga kini dia mempersoalkannya semula pada malam sebelum dia membuang undi ketika PRU 13 yang lalu.

Oh Tuhan. Ampunkanlah aku. Aku telah menculik satu nyawa. Sampaikanlah mesej ini pada roh suami atau isterimu dalam doamu selepas menyembah tuhan. Yakni aku telah menculik nyawanya kerana dia telah menceroboh ke dalam pelekatku.

....mesej yang tidak terjawab, keluarganya mungkin menangis.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, May 20, 2013

TABIK


Cik Bibik mengarang bunga, 
Mari karang tali rotan; 
Minta tabik pada semua, 
Saya tak karang hikayat syaitan.


Perang tamat. Kesan tinggalannya masih terlihat. Yang menang pastinya bergembira. Yang kalah terluka.Namun adat dalam berperang, pasti ada menang dan kalah. Menang bermaruah. Kalah pun bermaruah. Usahlah menyanggah.

Maruah dibaratkan segendong tabik yang kita pikul di belakang atau di pinggang kita. Jika gendongan ini tiris, maka tabiknya mengurang. Jatuh satu satu ibarat tinggalan perang pilihan raya yang baru berlalu -  sepertinya bendera parti di tepi jalan yang tidak diangkut, jatuh satu persatu. Hayut lalu di air tenang. Atau tenggelam ke dasar samudera. Jika gendongan ini diikat kemas, dan sentiasa dipikul gagah, maka tabiknya tetap padat. Inilah maruah.

Akal berkait maruah. Haiwan tiada akal walau terdapat otaknya. Andai saya seekor lembu jantan dewasa. Tidak berjanggut seperti kambing. Meragut rumput. Saya membesar. Saya juga belajar membaca mengikut cara saya. Saya juga berzikir dengan cara saya. Saya mandi walau jarang. Saya bertarung sesama jantan lain bagi menunjuk lagak kepada bakal isteri. Saya juga bertanggungjawab sebagai suami (kerana sudah punya isteri atau lembu betina) dan bertanggungjawab sekali gus sebagai bapak.

Kita serupa. Tidak jauh beza kalau ikutkan semua itu. Saya lembu. Kau lembu (Betul cow lembu).

Bodoh. Tak berakal. Gila. Insane. Nonsense. Entah apa-apa lagi....

Benar. Kita makhluk Allah. Tepat. Tidak terpesong  walau sedikit nanometer. Tetapi hujah sebegini perlukan diplomasi bagi mengurangkan rasa kecil hati saya seekor lembu. Makhluk Allah yang akan menempuh frasa hidup yang sama. Berakhiran yang sama.

Menang dengan maruah. Kalah juga biarlah bermaruah. Tabik spring. Kuat tapi lembut! Jangan berdemonstrasi tak tentu hala.





Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP