MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, December 30, 2009

KIRA TERBALIK (COUNTDOWN)


Tik tik tik
Masa berdetik
Tik tik tik
Dikira terbalik
Berazam tak pernah serik
Masuk ke bilik
Lihat cermin berlarik
Buat mimik muka pelik
Jelir-jelir korek korek
Aku nak jadi lebih baik
Aku mau naik
Jadi lebih cantik
Lebih menarik
Asalkan tidak terbalik.

Pengisian malam ini.....baca yassin - kata Ustaz Eds.
Terima kasih ustaz.
Selamat Tahun Baru.


Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, December 27, 2009

DAH 10 HARI BERLALU....


10 hari berlalu...
10 hilang nyawa dalam kemalangan ngeri SANI Express...
10 hari lagi nak melangkah semula ke sekolah...
tik...tik...sangat pantas masa terus berlalu...

Hari ini 10 Muharram 1431 H. Sudah 10 hari kita berada di tahun baru 1431 H, semoga kita diberi hidayah dan petunjuk untuk melakukan kebaikan di muka bumi ciptaan Allah dan sentiasa tunduk kepada suruhannya selain menghindari daripada perkara-perkara mungkar.

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Sebagai peringatan sempena hari Asyura kita sebagai umat Islam disunatkan melakukan perkara-perkara berikut:

1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
2. Memuliakan fakir miskin
3. Menahan marah
4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah
(terpesong aqidah (tauhid) dan akhlaknya)
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
6. Bersedekah
7. Memelihara kehormatan diri
8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari
Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak
10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat:
"Sahaja aku sembahyang sunat hari empat rakaat kerana Allah Taala."
Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa
13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa
esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, December 23, 2009

SAMA-SAMA BERJAYA

Nostalgia itu menghantui fikirannya. Tak boleh jadi. Memang tak patut. mana mungkin si pantas kilat keturunanku boleh tewas dengan silembab. Tak boleh jadi....memang memalukan.

Lalu yang arif lagi bijaksana ditemui untuk membuat perhitungan. Setuju akhirnya dengan perlu mendaki bukit, menuruni lurah serta merenangi sungai lagak 'trofi unta'.

Saat tiba. penghuni berbilang spesis berhimpun untuk menyaksikan rekod baru yang bakal dicatat, tapi bukan sebagai 'Guiness World Of Records'.

Pheewitt..., bersiul yang arif setelah arahan ke garisan...tunduk sipantas di mana ketika itu silembab mengambil kesempatan melompat di belakang sipantas.

Zzzzuuusss...berdesup larian sipantas membawa bersama silembab. Ah!, biarkan, ini mungkin taktik silembab, aku harus waspada, hati sipantas berkata-kata. Terus berlari...tak mahu lagi tidur sebentar seperti dalam cerita nenek.

Gunung sudah didaki, lurah sudah dituruni. Kini sungai perlu direnangi. Garisan penamat ada di seberang sana. Apakan daya, sipantas tidak pandai berenang!!!

Silembab senyum. Perlahan, namun berkeyakinan...Burrr..timbul di permukaan air dan terus berenang.

Tap! tiba-tiba sebuah mentol menyala terang di atas kepala sipantas tanda idea datang! Sipantas melompat di belakang silembab...terhoyong hayang dibuatnya...kontrol...

Dibawanya sipantas bersama merenangi sungai sehingga sampai ke garisan penamat.

Pheeewiittt!!!! Siulan panjang dari yang arif tanda perlawanan tamat. Kedua-duanya menang. Rekod lama tidak dapat dipadam. Kisah kura-kura menewaskan arnab tetap menjadi teladan.

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, December 22, 2009

ADA JAWAPANNYA


Suatu petang yang redup
aku keluar menjala
mencari lauk untuk malam.

Sampai di tepi perparitan,
airnya mengarus perlahan.
Kulihat kocakan dipermukaannya.
Wah! sungguh riang ikan bermain.

Kutebarkan jala,
kembang tak seberapa,
belum sempat kutarik,
berkeliling sepasang dari tiga buah motor enam orang,
berhenti melihat aku.

Jala terus ku angkat...
hampir penuh
ikan sepat ronggeng
kukutip semuanya.

Issyyhhh....keciknya..kata mereka.
Alhamdulillah......sahutku,
ikan bilis lagi kecik....pun orang ambik!!!

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, December 19, 2009

HARIMAU KAYU



Ianya memang harimau,
bukan sembarangan harimau
Bukan pulak ukiran kayu harimau.
Tapi memang kayu

Telah menampakkan belang,
Gah di padang,
Juga di ranjang,
Kini semua memandang,
sentiasa diundang.

Harimau kayu,
atau pun

Tiger woods,
Itulah yang dimaksudkan,
kayu kan????

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, December 17, 2009

RENUNGAN AWAL MUHARAM

45 minit pertarungan separuh masa perlawanan bola sepak terasa singkat berbanding 45 minit berwirid dan membaca kitab Al Quran.

RM50.00 terasa besar untuk didermakan ke tabung masjid, tetapi begitu kecil nilainya untuk dibelanjakan di supermarket.

2 jam menonton wayang terasa cepat berlalu, hati teruja serta ingin kembali menonton. 2 jam mendengar ceramah pengajian cukup lambat sampai penghujungnya.

Tekak perit dengan sorak-sorai menyokong pasukan kegemaran tetapi tidak keluar suara langsung melihat kemungkaran di depan mata.

Punggung terasa panas serta gelisah duduk di karpet masjid berpenghawa dingin tetapi begitu selesa dan seronok tidak terhingga menonton konsert di padang berkerikil.

Renung-renungkan dan selamat beramal. Salam Maal-Hijrah buat semua.

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, December 15, 2009

SELAMAT BERTARUNG


Termakbul sudah impian rakyat menyaksikan pasukan bola sepak Malaysia ke pertandingan akhir sukan SEA di Vientian, Laos. Tahniah.

Kini, peluang keemasan membuktikan anda semua sememangnya hebat! Jangan hampakan rakyat Malaysia.

Berjuanglah!!

Baca selanjutnya Kisahku...

KASIH AYAH 2

Lulus SRP di SMR Tanjong Tualang. Sambung ke tingkatan 4 di SMJK Sultan Yusuf Batu Gajah. Ayah menghantarku ke asrama. Waktu menunggu teksi, ayah mengajarku beberapa doa untuk di amalkan. Dalam masa menunggu (lebih kurang 20 minit) aku dapat menghafalnya.

Malam pertama di asrama. Terasa sayu, lebih-lebih lagi terdengar wisel keretapi sayup ditelan malam.

Suatu hari di asrama, seorang kawan tetiba meraung di tengah malam. Dirasuk makhluk halus. Aku jadi takut.

Pada hujung minggu aku balik ke rumah. Kuceritakan pengalaman itu. Ayah berusaha membekalkan aku 'tangkal' dan dipakai di pinggang, walau hatinya tidak setuju.

Suatu malam aku ke tandas.."...isyyhh, apa nak takut..aku ada ni....", bisikku.
Aku balik ke bilik. Sambil baring aku tersentak dan beristighfar.

"Astaghfirullahal azim....., tak baik aku ni, bukan benda ni yang tolong aku..."
Aku sentap dan terus aku buangkannya ke lubang tandas.

Kuceritakan kepada ayah. Ayah mengangguk bersetuju.
"Bagus anakku..kuat semangat kamu...", sambil memeluk dan menepuk belakangku.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, December 14, 2009

SUSAH SENANG BERSAMA

susah menjadi senang
senang nak jadi susah

susah dahulu senang kemudian
senang sekarang susah pulak esok

ada orang senang
sebab susahkan orang lain
susah payah orang berusaha
senang-senang pulak dia sapu
susah hati lihat orang senang

tak senang lihat orang senang
senang lihat orang susah

ada orang susah
sebab senangkan orang lain
susah payah dia usahakan
senang-senang dia lupakan

sama-sama susah
sama-sama senang
senang walau susah
susah walau senang

tak susah faham kan?
aku yang susah
korang senang senang baca

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, December 13, 2009

KASIH AYAH


Musim hujan.
Sungai melimpah.
Parit dan longkang dipenuhi air.
Anak sepat ronggeng, anak pepuyu
yang baru kenal dunia, riang bermain,
meneroka keindahan alam.

Aku dengan kawan-kawanku sibuk menangkap anak-anak ikan tersebut.
Aku gunakan penapis pelastik ibuku sebagai sesauk untuk menangkap anak sepat ronggeng tersebut.

Kadang-kadang aku gunakan pancing - memancing anak-anak pepuyu. Sekejap je dah penuh tong cat 1 gelen. Aku bawak balik.

Humairi.....(memang ayah tak pernah memanggilku dan anak-anaknya yang lain dengan nama yang lain selain nama sebenar)
.....jom ikut ayah.

Ayah mengajakku ke kedai.
Membeli beberapa bentuk mata kail (taut) dan benang.
Pastu diajaknya ku mencari batang keduduk di belakang rumah.

Aku tengok je apa yang ayah buat.
Bagaimana dia mengikat mata kail dan batang keduduk.
Bismillahirrahmanirrahim...
terkumat-kamit menyambung bacaan...
Dicangkuknya anak pepuyu ke mata kail dan diletakkanya digigi air.

Anak puyu beso ni camana ikan nak makan....bingung aku mase tu..

Hari itu, ayah memasang 13 batang taut berumpankan anak-anak ikan sepat dan ikan puyu yang aku tangkap.

Tak sampai 10 minit...taut yang dipasang dah mengena...disambar haruan!!

Mak oiii...besonye!!!..aku exicited....

Hari itu je.....penuh kolah takungan di bilik air rumahku dengan ikan haruan...beso-beso belaka.

Lepas tu aku buat sendiri....
Beli sendiri....
Cari batang senduduk sendiri...
Pasang umpan sendiri....
Pacak sendiri....

Ayah senyum....
begitu dia mengajarku..
Kalau tak kerja gomen sok...dah boleh cari makan sendiri...

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, December 12, 2009

MIMPI JADI KENYATAAN

Malam aku bermimpi.
Ribuan manusia.
Melaut di persekitaran rumah ayahku.
Hadir ziarah terakhir.
Ayah pergi menyahut seruan Ilahi.

Esoknya aku ke rumah ayah.
Anak keduaku seminggu lagi akan lepas pantang.
Kubaringkannya sebentar di atas meja.

O...o..ooo cucu atuk... Tok tak nampak kamu....
Tok tak dapat tengok kamu lagi...cak...cak...sambil mengagah.

Aku mengekor ayahku ke pintu.
...Nah!, minyak wangi ni...kamu tak pakai pun..
(minyak wangi hadiah ayah balik dari Mekah)
Muka ayah agak sedih.
Ayah terus naik motornya ke Kg Gajah.
Hari itu ada Pekan sehari - Pekan Selasa.
Kampong Gajah agak sibuk.
Maklum musim durian.

Datang perkhabaran..ayah accident di Kg Gajah.

Ayah dah pun dibawa ke hospital Changkat Melintang.
Aku terus ke sana.
Ayah tidak dapat diselamatkan.

Aku balik bersama jenazah ayah
Memang aku melihat pemandangan serupa
seperti dalam mimpi semalam

Malaikat telah menggambarkannya kepadaku.
(atas perintah Allah)
Aku hanya mampu beristighfar.

Al Fatihah buat arwah ayah..
Dah 20 tahun dah...
Ayah...baru malam tadi kita bertemu....
sentiasa bersama....

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, December 10, 2009

PARANG PERINGATAN PERANG



Replika parang di Dataran Kg Gajah



Parang yang tegak tercodak
kini menjadi mercu tanda baru
di Daerah Bersejarah Kampong Gajah, Perak.

Kenapa parang?
Replika buah durian atau labu tu kira okla jugak.
Parang ni macam nak pergi berperang je..

Memangle Daerah ni
daerah berdarah...
Dato' Sagor, Dato' Maharaja Lela
gugur mempertahankan bangsa.

Itu hanyalah sebuah replika
semua harus berhati-hati.
Bukan mengundang kontroversi..

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, December 6, 2009

MUZIK-MUZIK akhir tahun


Assalamualaikum......
suara tetamu mengucapkan sejahtera
di bayu mesra - teratakku.

Waalaikumsalam...

Cikgu Humairi ke? Kengkawan bagi tau nile rumah cikgu...

Iye...pehal??

Nak mintak tolong buatkan minus-one lagu pertandingan nasyid pada 15 Disember 2009 ni, bolehke? Kata deme cikgu boleh buat...

Bebudakke?

Orang tua...kamile, perkumpulan wanita ni..

Apa lagunye? nak nengo sket..

Ni lagu kume sendiri, bolehke cikgu? Ni kesetnye.

Bak sini teman dengo dulu, insyaAllah.


.....teman bukannya handal sangat lam membuat lagu nih, tapi sempatle tamat Kursus Sijil Perguruan Khas Muzik selama setahun di MPIK masa muda dulu..

Tak de rotan, deme pi cari teman....bolehle lepas sesak. Pantang mulakan satu..... Satu-satu datang plak...rezeki Tuhan nak bagi - jangan ditolak!

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, December 1, 2009

ROCK BAND

Farhan sudahpun berumur 6 tahun.
Tahun depan masuk sekolah Tahun 1.
Budak yang rajin menziarah atuk dan neneknya
sebab rumah atuk dan neneknya satu taman perumahan.

Pagi lagi dah datang.
Pastu tengah hari berkunjung semula.
Kadang-kadang sampai ke petang,
dah senja baru pulang.

Farhan datang bukannya apa,
sesaja nak main di rumah nenek.
Bawa komputer riba.

Buat apa tu Farhan?, tanya nenek.
Aan ada broadband ni nek.
Aan leh akses internet dari rumah Aan
sebab ayah dah pasang modem wireless...
petah Aan menjawab.
Terlopong gak nenek dibuatnya.

Huh! buat apa beruk band,
terlompat-lompat main muzik..
rock band le tu konon!!
Toksahle...tak sio nenek...

Beruk band apanye ni nek..
Broadbandlah...jalur lebar
internet ni nek...
yang potong-potong tu...

Hmm....yeke?? Nenek salah ke???

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP