MUTIARA KATA HARI INI

Saturday, February 27, 2010

MAJLIS KECIL




Majlis kecil sempena cuti Maulidurasul . MAJLIS KHATAM QURAN - telah dilangsungkan di Sekolah Agama Rakyat Assaadiah Sungai Galah.

Seramai 12 orang murid telah ditauliahkan sijil Khatam Al-Quran. Majlis juga diserikan dengan acara menyuap pulut oleh guru Al Quran dan murid sebagai simbolik hubungan guru dan murid...moga berkekalan.

Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai dan diikuti dengan jamuan ringan dan majlis diteruskan dengan mesyuarat pembangunan sekolah yang telah diluluskan peruntukan baru RM ***,***.** untuk tambahan bangunan serta baikpulih.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, February 22, 2010

SELAMAT MEMPERINGATI MAULIDURASUL

Salam Maulidur-Rasul...Madad Ya Rasulullah..

Apakah kehebatan manusia sehingga diakui oleh para malaikat..Insan mampu keluar atau melintasi keluar dari Matrix ! Insan yang pertama melaluinya adalah Rasulullah s.a.w ke Sidratul Muntaha. Jika mengikut kalender ianya berlaku 1500 tahun tetapi dalam alam matrix ianya melipat masa atau dimensi maknanya setiap masa.

Ini menunjukkan sebelum Nabi Muhammad s.a.w belum ada individu yang paling hebat spiritual (yang melepasi matrix/alam manusia) yang mampu sampai ke peringkat itu, sekalipun Malaikat sebagaimana peristiwa Mikraj semasa di Sidratul Muntaha dalam peristiwa Isra` Dan Mikraj :

فقال جبريل : يعز علي فراقك يارسول الله ..
يارسول الله ..أنت إذا تقدمت إخترقت وأنا إذاتقدمت إحترقت !
والذي بعثك بالحق لو أني تقدمت خطوة واحدة لحترقت بنور الجلال.....

Peristiwa Isra` dan Mikraj cuba antara bukti kebesaran bahawa Nabi SAW mengatasi Malaikat Saidina Jibril A.s di mana malaikat Jibril tidak dapat meneruskan perjalanannya semasa dilangit Sidratul Muntaha sehinggakan Nabi s.a.w berpesan kepada Saidina Jibril a.s “Sekiranya kamu mendahului aku kamu akan terbakar” kerana kekuatan Nur-Allah tidak dapat ditangkis oleh nur malaikat…[sedangkan Malaikat dijadikan daripada Nur..]..Itulah kehebatan Nur Muhammad yang mengatasi Nur Malaikat.

Ini menunjukkan bahawa manusia adalah hebat ! walaupun tahap kedudukan manusia yang dikatakan neutral antara baik dan buruk..sekiranya ia ke arah kebaikkan mereka juga boleh mengatasi alam malaikat dan sekiranya mereka itu ke arah kejahatan mereka lebih sesat dan teruk dari haiwan !

Dalam peristiwa Isra` dan Mikraj juga sebenarnya menggambarkan kebesaran Nabi Muhammad s.a.w yang mana umat Nabi Muhammad s.a.w menerima syariat fardhu solat lima waktu sehari semalam berbanding umat sebelum ini lima puluh waktu.

Turun naik Nabi Muhammad SAW untuk meringankan beban ketika bertemu dengan Nabi Musa a.s dalam perjalanan tersebut baginda menasihatkan supaya Nabi Muhammad s.a.w meminta agar Allah mengurangkan bebanan, selain itu kerana nabi-nabi lain termasuk Nabi Musa a.s sendiri ingin melihat Nabi Muhammad s.a.w yang agung seolah-olah ingin melihat kekasih yang dirindui dan dicinta yang disebut-sebutkan sebelum ini dan tertulis pada dua kalimat syahadah di pintu syurga.

Nur Muhammad awal kejadian segalanya.Perlu difahami Nur-nya bukan Jasadnya kerana dikatakan di alam arwah atau ruh semua kejadian bermula daripada percikan Nur Muhammad atau sumber asal kejadian alam ini.
Hadis riwayat dari Imam Abdul Razak, "Dan telah meriwayatkan oleh Abdul Razak dengan sanadnya dari Jabir bin Abdullah radiallah anhu , beliau berkata;

" Ya Rasulullah , demi bapaku ,engkau dan ibuku ,khabarkanlah daku berkenaan awwal-awwal sesuatu yg Allah taala telah ciptakan sebelum sesuatu ! .
Bersabda Nabi saw : Ya Jabir, Sesungguhnya Allah taala menciptakan sebelum sesuatu, Nur Nabi mu daripada Nur Nya . Maka jadilah Nur tersebut berkeliling dengan QudratNya sekira-kira yg menghendaki Allah taala...hingga akhir al hadis.

Menurut Dr. Ali Jum'ah As-Syafi'i yang merupakan Mufti Republik Arab Mesir antara menjawab persoalan mengenai kedudukan Rasulullah s.a.w. Di dalam kitab "Al-Bayan Lima Yusyghil Al-Adzhan".

Benarkah Rasulullah s.a.w adalah cahaya atau manusia seperti kita?

Rasulullah adalah cahaya, itu adalah benar. Berdasarkan firman Allah s.w.t :

"Wahai Ahli kitab, telah datang kepadamu cahaya dan kitab yang menerangkan".

Allah juga berfirman: "Dan untuk jadi penyeru kepada agama Allah dengan izinNya dan untuk jadi cahaya yang menerangi".

Jadi, tidak salah bila meyakini beliau sebagai cahaya selama Allah sendiri yang menyatakannya.

Dalam banyak hadis juga akan ditemukan para sahabat mengatakan bahawa wajah Rasulullah s.a.w seperti bulan, dan kecahayaan tersebut bersifat fisikis dan bukan sekadar pujian saja dari para sahabat.

Namun, di waktu yang sama, kita tidak boleh menafikan kemanusiaan Rasulullah s.a.w. kerana Allah juga berfirman "Katakanlah: Aku manusia seperti kalian, akan tetapi aku diwahyukan". Mari kita yakini beliau sebagai cahaya berbentuk manusia, tanpa harus melakukan penelitian secara detail. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w lebih terang dari bulan dan lebih mulia dari semua ciptaan.

Adakah Rasulullah s.a.w. adalah awal ciptaan Allah s.w.t ?

Meskipun hadis yang menyatakan hal tersebut tidak sahih atau maudhu', namun kewujudannya boleh dikatakan benar, sebab alam-alam Allah begitu banyak seperti alam ghaib, alam roh, alam jin, alam mala'ikat, alam malakut, alam mulk, alam syahadah dan lain-lain. Di sana terdapat cahaya-cahaya ciptaan Allah. Kemungkinan jua Rasulullah s.a.w. adalah cahaya Allah yang pertama kali diciptakan sebagai penguat umat manusia di alam roh.


Benarkah Saidina Muhammad s.a.w. adalah ciptaan Allah yang paling mulia nasabnya [keturunannya] ? Apakah dalilnya?

Saidina Muhammad s.a.w. adalah manusia teragung sebagaimana sabdanya "Aku adalah penghulu seluruh manusia, dan aku pun tidak bangga". Bahkan beliau adalah ciptaan Tuhan yang paling agung. Beliau lebih mulia dari Arsyi. Dari itu, tidaklah layak jika dimuliakan seseorang (meskipun seorang nabi) atau makhluk apapun di atas kemuliaan beliau dalam hal apa pun.

Garis keturunan yang mulia adalah keutamaan terpenting yang dimiliki beliau. Allah s.w.t telah memuji garis keturunan beliau dalam ayat "Dan perpindahanmu di antara orang-orang yang sujud". Saidina Ibnu Abbas ra. menafsirkan ayat tersebut dengan perkataannya: "Dan perpindahan beliau dari (tulang rusuk) nabi ke nabi, dari Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, sampai akhirnya lahir menjadi seorang nabi terunggul". Maka Rasulullah Saw. adalah nabi tersuci nasabnya secara mutlak.

Dalam sebuah hadis dikatakan: "Allah telah memilih Nabi Isma'il dari keturunan Nabi Ibrahim, lalu Allah memilih Bani Kinanah dari Keturunan Nabi Isma'il, kemudian Allah memilih Quraish dari keturunan Bani Kinanah, lalu Allah memilih Bani Hasyim dari keturunan Quraish, dan akhirnya Allah memilihku dari keturunan Bani Hasyim".

Adakah benar Allah s.w.t menciptakan semua ciptaan-Nya kerana Rasulullah s.a.w.?

Ungkapan-ungkapan seperti itu harus difahami dengan benar dan jangan semudahnya menuduh kafir, fasiq, sesat dan bid'ah.

Ini kaedah yang harus dipegang oleh umat Islam ketika mendengar ungkapan apapun dari saudara-saudara mereka yang seagama.

Contohnya, seseorang beragama kristian ketika mengungkap bahawa Nabi Isa a.s dapat menghidupkan orang mati, maka jangan cepat menuduh syirik kepada orang muslim yang senada dengan orang kristian tersebut, sebab orang kristian menyakini bahwa Nabi Isa a.s memiliki kekuatan yang tulen tanpa sumber, sementara orang muslim menyakini bahwa kekuatan itu murni dari Allah dan berlandaskan restu atau izin Allah s.w.t.

Keyakinan sebahagian umat Islam bahawa penciptaan Allah SWT terjadi hanya kerana Rasulullah s.a.w sama sekali tidak mengandung nilai syirik. Di manakah letak kekufuran itu apabila seseorang menyakini bahawa Allah menciptakan suatu ciptaan kerana seseorang ?

Keyakinan tersebut sama sekali tidak kontra dengan Islam, prinsip-prinsip akidah maupun dasar-dasar tauhid. Keyakinan tersebut sungguh benar apabila difahami dengan benar pula.


Allah berfirman: "Sungguh Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdi kepada-Ku". Pengabdian tersebut tidak dapat direalisasikan kecuali melalui Rasulullah s.a.w. Maka, Rasulullah merupakan satu-satunya rujukan atau sumber bagi umat manusia.

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, February 19, 2010

MAULIDURASUL 2010


Maulid Nabi atau Maulud, adalah peringatan hari lahir Nabi Muhammad SAW, yang disambut pada 12 Rabiul Awal tahun Hijrah. Perkataan maulid atau milad, dalam bahasa Arab bererti hari lahir. Perayaan Maulid Nabi sudah menjadi tradisi masyarakat Islam setelah Nabi Muhammad SAW wafat. Sambutan ini adalah merupakan penghormatan kepada Rasulullah SAW.

Perayaan Maulid Nabi pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang pemimpin di Iraq pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193). Tujuannya adalah untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum muslimin pada ketika itu yang sedang terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristian Eropah dalam merebut kota Juruselem.

Masyarakat muslim umumnya menyambut Maulid Nabi dengan mengadakan perayaan-perayaan keagamaan seperti pembacaan selawat nabi, pembacaan syair berzanji, pengajian, perarakan (di P.Pinang dibatalkan (?)) serta ceramah.

Marilah kita sentiasa memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW, tidak hanya di bulan maulud ini sahaja.

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, February 13, 2010

ONG TAHUN BARU


Di atas tu gambar ikan flower horn yang seksi.
Tuan punya ikan sangat sayang kepadanya kerana ianya sangat bertuah.
Apatah lagi ianya mempunyai sisik hebat dengan tertera tulisan "ONG" yakni bertuah dibadannya.


Semua yang melihat tersangatlah kagum.
Mata tertumpu ke badan ikan
...kot-kot terlihat digit-digit bertuah.


Alangkah hairan semua yang melihat,
kerana sang ikan seperti tidak mahu menonjolkan dirinya.
Asyik menyorok di celahan rumpai air.


Sesekali, geram orang ramai tak tertanggung lagi.
Seseorang mengetuk dinding akuarium.
Air berkocak kuat.
Sang flower horn lari ke sisi.....


Terbaca tulisan....agak kabur tapi boleh dimengertikan.


Jangan percaya pada "ONG" semata. Percayalah pada rezeki Allah.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, February 11, 2010

APPLE EATING KNIFE


Jika ada kemahiran....yang tajam itu tidak melukakan..

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, February 9, 2010

LIMAU MANDARIN


Hari Raya Cina dah dekat, maka akan berlambak-lambaklah limau mandarin di pusat beli belah dengan pelbagai harga dan pelbagai rasa yang dibeli bukan bangsa Cina sahaja. Orang Melayu, India pun beli juga kerana rasanya yang sedap dan murah.

Tetapi untuk tahun ini, berhati-hatilah jika anda hendak membeli limau mandarin tuh, takut terbeli limau mandarin berulat! Di negara China, pengeluar telah menghapuskan beribu tan buah limau mandarin tetapi dikuatiri ada juga peniaga yang mengambil kesempatan. Peniaga yang tak beretikala nih!

Tadi Sayarikat pembekal Peralatan Sekolah datang dan membekalkan 2 kotak Limau Mandarin untuk staf sekolah. Aku menghampiri kotak itu. Huh tinggal kotak je.... Tak sempat aku nak merasa yang free punye tu.

Kalau takde lagi yang free...aku kena beli sendirik la jawabnya.

1 Malaysia kan!!!!

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, February 7, 2010

TAK NAK





KENAPA TAK NAK MEROKOK?
BOLEH ANDA BERIKAN SEBAB MUSABABNYA??

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP