MUTIARA KATA HARI INI

Thursday, May 26, 2011

KEMBANG


kembang
dia datang
tak mahu pulang
walau tak diundang
berbulu hitam tanpa belang
laksana harimau kumbang
buat nen terbang
melayang
hilang




terkadang
kaki bersilang
bila mula meradang
sambil pandang-pandang
marah anak di padang
dirayu pulang
pulanglah sayang


terkadang
waktu petang
tidur terlentang
siling dipandang
fikiran melayang
menerawang


anak dibelai sayang
membersihkan sesawang
dibawa dari bendang
yang ditandang
di kandang

hati jadi senang
walau berang
keletah kembang
buat jiwa tenang

selamat bercuti. cuti-cuti ni mengupdate blog jadi jarang-jarang

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, May 24, 2011

SAYONARA

Tirai MSSM 2011 telah berlabuh dengan rasminya semalam. Olahragawan dan olahragawati kejohanan telah dinobatkan kepada :




Pungutan pingat adalah seperti berikut :

Tahniah kepada semua pemenang.

Jumpa lagi pada Tahun 2012.

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, May 20, 2011

MISI BERJAYA DILAKSANAKAN

10 ribu cahaya perpaduan 1Malaysia beransur-ansur menerangi Stadium Perak.



Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, May 16, 2011

Terima Kasih Atas Ucapan



Moga aku kan lebih tabah, insyaAllah.

Klik pautan ini jika ingin turut merasakan kemeriahannya.



atau kat sini : facebook sksg

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, May 11, 2011

10 RIBU CAHAYA PERPADUAN 1MALAYSIA







KEDAP SK Sungai Galah komited untuk menjayakan acara Perasmian MSSM pada 20 Mei 2011 dalam 10 RIBU 'CAHAYA PERPADUAN 1MALAYSIA', yang bakal menerangi Stadium Perak serta mencatat sejarah dalam THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS.

"PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN"

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, May 9, 2011

Lagu Thema Hari Guru 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Bersatu kita menuju paradigma yang baharu
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
Pendidik berkualiti demi mencapai visi
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia

Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti
Bersedia hadapi cabaran
Arus tanpa sempadan

Pendidik yang berkualiti
Membentuk akhlak terpuji
Mengimbangkan rohani
Jati diri dan jasmani

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia
Satu Malaysia... Satu Malaysia

Lagu & Lirik : Rosman Adam

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP