MUTIARA KATA HARI INI

Tuesday, November 1, 2011

TERIMA KASIH ATAS DOA KALIAN

Blogger yangbaik said...

insyaAllah ada kelapangan nanti singgah jugak nak tengok wayang free...

October 12, 2011 6:16 AM

Delete
Blogger Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Moga cikgu sihat hendaknya dengan izin~Nya..

Terima kasih atas jemputan cikgu. Insya Allah jika berkesempatan ke Semenanjung masa tu bolehlah saya singgah sebentar..

October 12, 2011 6:39 AM

Delete
Blogger IMANSHAH said...

tahniah cg dapat menantu

October 12, 2011 6:48 AM

Delete
Blogger ibuintan said...

tahniah bakal menjadi pak mertua


terima kasih atas jemputannya cikgu, tentu penuh panggung nanti tu maklumlah dapat menantu sulung

October 12, 2011 7:35 AM

Delete
Blogger orang muo said...

Tahniah tuan dapat menantu..smoga cpt dapat cucu :)

October 12, 2011 7:52 AM

Delete
Blogger aby said...

salam AH ..
selamat menjadi bapa mertua yg sporting ..
mana tau hari tu free ..
boleh berjalan jln ke Kg Gajah ..

October 12, 2011 9:06 AM

Delete
Blogger Fara said...

Yeay!

October 12, 2011 7:16 PM

Delete
Blogger Kakzakie said...

Cantik kad jemputan cikgu. Sayangnya terlalu jauh buat kakak. Perak tu....

Moga majlis berjalan lancar.

October 12, 2011 8:01 PM

Delete
Blogger - GC - said...

sedapnya nama anak cikgu!

October 12, 2011 8:21 PM

Delete
Blogger ainhany said...

terima kasih cikgu,

cantikla design kad nie..
Saya terima jemputan kad ini namun mhn diampun tak dapat mnghadirinya..Muga majlis sempurna dan pengambaran pun bermula. Satu penceritaan yang hebat dan membawa berkat. Amin

selamat pengantin baru kepada
pengantin diraikan.

October 12, 2011 8:53 PM

Delete
Blogger zue said...

tahniah utk cikgu yg akan dpt menantu.

mmg cantik kad jemputan tu...sygnya x dpt pergi jauh sgt klu sekitar johor nak juga dtg dpt prkenalan dgn cikgu.

October 12, 2011 9:44 PM

Delete
Blogger MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Cikgu,

Ingatkan konsert apa tadi. Alhamdulillah syukur dan tahniah buat cikgu dan keluarga dpt ahli keluarga baru!

October 13, 2011 1:59 AM

Delete
Blogger Daddy Cool said...

Best..nak dapat menantu...nak timang cucu...

p/s : Cikgu Myri, aku terjun semula dalam dunia blogging..hahahaha!

Nanti mintak tolong add link baru aku ya..

http://dcj-online.blogspot.com

October 13, 2011 9:12 PM

Delete
Blogger Mohamadazhan.com said...

salam kembali ke sini, tahniah cikgu =)

October 14, 2011 4:49 AM

Delete
Blogger Temuk said...

Assalam CIKGU HUMAIRI
Tahniah! Syukur, bakal bermenantu rupanya Cikgu. Insya-Allah bakal penuh pawagam, utk saksikan ikatan murni di Lorong Murni, Taman Murni, itu nanti.

Kepada ArdyShazril dan NurFaszrina, diucapkan tahniah & selamat pengantin baru. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Terima kasih di atas jemputan. Semoga majlis diberkati Allah.

October 15, 2011 6:49 PM

Delete
Blogger Amy Syaquena said...

wah nak terima menantu ye , tahniah! cikgu orang kg gajah ke atau memang duduk kat sana..kalau balik perak boleh pergi...

October 17, 2011 6:52 AM

Delete
Blogger sahromnasrudin said...

tahniah cikgu dpt menantu..sy ingat cikgu buat time cuti skolah....rupanya awal lagi ya

October 17, 2011 6:34 PM

Delete
Blogger Ann Huda (Ate) said...

Tahniah cikgu dapat menantu. Moga pasangan pengantin di berkahi Allah dunia akhirat. Kalau dekat boleh juga Ate menyinggah... nak rasa nasi minyak orang Perak :).

October 27, 2011 11:50 PM

Delete
Blogger ORLANDO AHMAD said...

tahniah!!!

October 30, 2011 10:04 AM

Delete
Blogger sahromnasrudin said...

ASSALAMUALAIKUM cikgu..

lama sungguh tak bersiaran.masih sibuk hal kenduri ya ....

October 31, 2011 9:29 PM

Delete
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufik dan hidayahNya Majlis Walimatulurus anak lelaki kami telah dapat dilangsungkan dengan jayanya. Terima kasih atas doa kalian. Moga pasangan mempelai ARDY SHAZRIL AHMAD HUMAIRI DAN NORFAZRINA MD YUSOF dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan moga kekal bahagia hingga ke anak cucu..... amin, ya rabbalalamin.

Tayangan mendapat sambutan 'PECAH PANGGUNG' secara live. Ulang tayang belum diluluskan oleh Pihak Lembaga Penapisan Filem. InsyaAllah mengambil sedikit masa.

Terima kasih semua...terima kasih atas doa kalian.

MAAF ATAS SEGALA KEKURANGAN

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, October 12, 2011

TIKET PERCUMA



Semua dijemput hadir.

WALIMATUL URUS ANAK SULUNG KAMI PADA

30 OKTOBER 2011 (AHAD)

BERTEMPAT DI
NO 55, LORONG MURNI 5
TAMAN MURNI
36800 KG GAJAH PERAK

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, October 3, 2011

ADIKKU MANIS

Adikku manis. Semanis sakar. Sedang menangis. Air matanya dibuang habis.

Dia menangis. Hu ...uuu..hu..uuu..hu...

Adikku meminta-minta. Minta difahami. Air matanya yang berderai.

Aku menghampirinya. Menapak di tasik air mata. Lantas terus tenggelam ke dasar tasik air mata. Baru ku faham betapa dalamnya air mata itu.


*****************


Kaunter semakin hampir. Menyalakan ketiga-tiga lampunya. Memungkinkan rehat yang panjang.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, September 28, 2011

IA SEMAKIN MENYALA

Warna alam...
Aku teruskan.

Bertukar telur mata kerbau...
Aku semakin perlahan.

Menyala saga....
Terpaksa berhenti.

Lama berhenti di lampu merah. Menunggu untuk hijau semula.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, September 15, 2011

SAKAR

Laut yang madu berpantaikan sakar. Sakar di bibir kubiar basah senantiasa. Walau sesekali pedas terasa. Pedas menyelera rasa.

Aku adalah manusia yang fasih berpura-pura. Aku bisa menuliskan bahagia pada saat hatiku derita. Aku tega mengukirkan senyum tika hatiku benci. Namun tetap ada suatu yang pasti, aku nukilkan apa yang ada kerana pujukan niat untuk berkongsi sesuatu yang aku tahu.

Aku juga adalah manusia yang dekat kepada neraka. Semua sudah melangkah sebelah kakinya ke neraka saat semua menuliskan sesuatu yang jelek dan menghitamkan hati semua pengunjung ataupun menuliskan benci yang memusnahkan bahagia.

Aku juga adalah manusia yang sudah meletakkan sebelah kakiku dalam syurga, pada saat semua mengukirkan sesuatu yang membuatkan ramai manusia berusaha menjadi hamba yang mencari reda dan rahmat Tuhan. Namun yang paling pasti, dalam semua kisahku, bukan semuanya kisah bahagia.

Sakar dan upas, perlu perlukan kupasan nan teliti.

***klik pada KAMUS DEWAN di sebelah untuk mencari makna perkataan diingini.

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, September 10, 2011

Hadiah Buat Pengunjung

Saudara Zulkbo dah buat.
Ramai jugak Blogger yang dah buat.
Aku pun nak buat jugak.

Perhatikan kaunter Pengunjung Blog ini di atas.
Pengunjung yang ke 300,000 akan aku berikan hadiah.
Hadiah misterilah kiranya sebab aku tak bagi tau dulu nih.

Juga ada hadiah untuk pengunjung ke 300,200.
Juga ada hadiah untuk pengunjung yang ke 300,300.

Syarat :

1. Terbuka kepada para Blogger dari Malaysia sahaja.
2. Jika anda pengunjung bertuah pada angka itu, Print Screen Kaunter di atas dan e-melkan kepada humairi@ymail.com sebagai makluman buat saya beserta alamat yang lengkap.
'Print Screen' memaparkan header blog, 'Follower' dan kaunter Pengunjung bertuah tersebut.
3. Blogger yang sama hanya layak memenangi satu hadiah. Tak aci menang dua kali. Bagi can blogger yang lain ok.
4. Jika tiada pengunjung bertuah, atau mungkin saya sendiri yang bertuah, hadiah akan saya berikan kepada sesiapa yang bertuah pada perkiraan saya sendiri.
5. Terma dan syarat mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Bukannya apa....cuma rasa terbuku di hati kalau tak beri apa-apa penghargaan buat pengunjung sebelum Bulan menyepi panjang...

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP