
Lagu ini kutujukan buat Atub.
Pertemuan kita tempoh hari membuatkan aku lebih sabar dalam melalui liku-liku hidup ini.
Senyap dan sunyi
Tabir malam menyelimuti
Isi alam dilamun mimpi
Terkenang nasib sendiri
Nak memandang tak daya lagi
Ku pandang kiri, ku pandang kanan
Hitam gelap yang kelihatan
Cantik molek putih dan hitam
Sama saja tiada beza sebarang ragam
Alam nan luas
Banyak gunung dan banyak jurang
Wahai anak, dan banyak jurang
Gunung tinggi engkau daki
Jurang dalam engkau jauhi
Kalaulah aku boleh memandang
Aku pandu engkau berjuang
Kalaulah besar anakku sayang
Sesal ayah kerana tidak dapat memandang.
(Dendangan P Ramlee)
MUTIARA KATA HARI INI
Sunday, May 23, 2010
Wednesday, May 19, 2010
SEKETIKA CUMA
seketika pejam
dada masih berolak
hampir memenuh hayat
yang kering dilembabkan cairan jernih
lembab berhabuk disisip beku ke hujung
agar dapat terus memandang
memandang ke belakang serta ke hadapan
celik tak memandang
pejam dipenuhi ilham
mampukah terus berdiam
Monday, May 17, 2010
SMS TANDA INGATAN
SMS yang pertama dari Cikgu Shamsul Azraai :
(setiap tahun smsnya yang pertama aku terima)
Jadilah seorang guru yang hadirnya ditunggu,
hilangnya dirindu,
ilmunya di buru,
nasihatnya diseru,
tingkah lakunya ditiru,
selamat hari guru.
SMS kedua dari Kakak Fatimah Razali :
SELAMAT HARI GURU
SMS ketiga dari Cikgu Kamaruzzaman :
Guru, dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam dian ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina,
Selamat Hari Guru.
SMS keempat dari Cikgu Noraini Samad :
Guru, oh guru,
bila cikgu duduk murid berdiri,
bila murid diseligi, guru pula kena gari,
murid datang naik BMW 7 siri,
cikgu datang naik motor kapcai road-tax pun dah mati,
murid pi belajar sampai phD,
cikgu baru berkira-kira nak sambung degree,
namun begitu di dunia cikgu berbakti,
moga di akhiran, syurga tempat kita kekal abadi,
Selamat Hari Guru.
SMS kelima dari Cikgu Abdul Muttalib :
Terima kasih cikgu, selamat hari guru.
SMS keenam dari Cikgu Ahmad Hamiza :
Bad teacher complains,
Good teacher explains,
Better teacher demonstrates,
Best teacher motivates,
Great teacher inspires...
Happy teacher's day.
...dan dari semua rakan maya
yang sentiasa susah senang bersama.
Moga Allah sentiasa merahmati anda semua! Baca selanjutnya Kisahku...
Wednesday, May 12, 2010
THOMAS DAN KAWAN
buat hatiku senang
luncur lancar
datang dan pergi
thomas datang
muka tetap ceria
dengan kengkawan setugas
bawa berita gembira piala thomas
tunnn, tuuunnnn
malaysia bertemu china di separuh akhir
jom, jom
malaysia boleh
pasti boleh
wahhh
sungguh bersemangat!
Sunday, May 9, 2010
sabarkah
kucuba melawan graviti bumi
aku tersungkur berpusing
bintang datang berkeliling
membawa mesej pening
ku jamah roti gardenia
nikmati ia bersama air tawar bermasak
tak habis sekeping
...burrrrr ia keluar balik
aku dibawa keklinik
baring dikatil kecemasan
mc 2 hari - isnin dan selasa
hari rabu masih tidak dapat ke sekolah
rehat bersama komputer riba disisi
sebagai terapi tambahan
jumpa tok moh
katanya aku keteguran
minum air penawar
mandi biar segar
pergi sekolah hari khamis
aku ditemuramah habis
tanda simpati kengkawan
buat aku rasa ok
tak ok jugak
jumaat aku mc lagi
sabtu ada program hari profesional
kos melepaslah jawabnye
ini yang terakhir?
harapnya tidak
kawan-kawan...doakan kesihatan aku ye!
apa khabar esok
aku ingin terus berada pada hari esok
Saturday, May 1, 2010
SATU HARI DI RESORT AIR PANAS
Seawal 9.00 pagi, 1 Mei 2010, aku dan keluarga dah sampai di Resort Air Panas, Sg. Klah, Sungkai, Perak. Yelah. Cuti Hari Pekerja. Tiada cuti tambahan sebab 1 Mei jatuh pada hujung minggu.. Parking banyak lagi yang kosong.
Kalau dulu mesti kena bawak radio transistor bergaya dengan saiz kecil kalau nak keluar bersantai. Mini Compo, walkman atau discman dah tak pandang dah. Kini mp3, mp4 dikompakkan dalam telefon bimbit menjadi pilihan. Bawa komputer riba dan broadband. Sambil santai, boleh juga bertandang ke rumah kengkawan.
Aku mencari pokok. Kusandarkan badan pada batang pokok berdaun rimbun. Spesis daun hijau kemerahan. Anak-anak dan isteri dahpun terjun ke dalam kolam air panas. Pembesar suara bersaiz telinga kusumbatkan ke telinga. Lagu beralun membawa aku ke alam lain.
20 biji telur ayam memang kubawa dari rumah. Kurendamkannya selama 4 - 5 minit di kolam itu. Tik! pecah telur sebiji-sebiji. Enak dicicah kicap dan sos cili. Perut pun lapar. Bertambah sedap jadinya.
Puas berendam air gunung - sejuk dan panas silih berganti, air sejuk dari langit pula turun. Lebat. Seronok bermain hujan pula.
Pukul 2 petang. Dah rasa nak balik. Aku ajak anak-anak dan isteri solat dulu sebelum pulang di surau resort. Pak Aji 2/3 umur mengimamkan aku dan anak-anak. Kemudian datang anak muda, juga mahu sembahyang. Gelagatnya menarik perhatian kami.
Ketika berdiri qiam, pemuda itu berhayun ke kiri dan ke kanan umpama lalang ditiup angin. Selesai sembahyang, Pak Aji bertanya kepada pemuda;
Kenapa anak sembahyang macam tu?
Oh...dah 2 tahun saya kerja kat kapal (navy)..terasa macam dipukul ombak!
Isyyhh anak ni. Pakcik dah 50 tahun kahwin ngan makcik kamu...takde pun sembahyang macam ni (sambil berdiri qiam, pakcik tu menghayun pinggangnya ke hadapan dan ke belakang. Kalo ada orang di depan, sure kena punya...)
Pakcik ni...memang banyak pengalaman. Tabik kat Pak Aji.
