MUTIARA KATA HARI INI

Tuesday, January 29, 2013

LOL

Don't get it wrong!
LOL is not that BAHLOL, TOLOL, TONGONG, BANGANG, BONGOK, BEGAP, GOBLOK and all that ridiculous meaning.

LOL here means "LOTS OF LOVE"

Time to give back.


Pada isteri tersayang, sabarlah.
Allah maha adil memberikan pengalaman ini kepada kita.
Moga penglihatan akan bertambah baik selepas operasi ini.

Ya Allah, berikan kekuatan bagi kami mengharunginya.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, January 6, 2013

iPad kini




Tengok je iPad, saya teringat kepada papan batu. Mungkin idea menghasilkan iPad dicetuskan oleh alat ini. Ianya adalah sebuah alat pembelajaran di sekolah di Malaysia sebelum merdeka sehingga tahun 1960 (Fakta yang tepat tolong kongsikan bersama). 
Saya tak merasa menggunakan alat ini bila saya bersekolah di darjah 1.

Papan Batu atau juga dikenali sebagai Papan Selisih diperbuat daripada kayu sebagai bingkai
dan lepaan permukaan batu sebagai medium tempat menulis (skrin).
Kaedah belajar ketika itu ialah salin dan hafal.
Hafal sebelum tulisan atau nota dipadam.

Penselnya dikenali sebagai Kalam Batu.
Jika menulis setiap hari, kalam ini boleh digunakan sehingga tiga bulan sehingga ianya menjadi pendek dan tidak boleh dipegang lagi.
Kalam Batu biasanya dijual bersama Papan Batu.
Kalau nak beli berasingan, harganya lebih mahal sedikit.
Ikut kata mak, 2 batang kalam ini harganya 5 duit (5 sen).


Bila bosan dengan mesyuarat, mendengarkan perkara sama berulang-ulang 
dalam mesyuarat, tangan mulalah gatal menyentuh skrin iPad
membaca berita online, melayari karenah facebook dan
update blog.

OOOPPPSSS....fasilitator dah jeling dah!






Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, December 24, 2012

ABADILAH

Anak kodok di atas batu,
Anak bubut patah kaki,
Berdagang hidup sementara waktu,
Bercerai maut berpisah abadi.

Bulan puasa memetik kelapa,
Hendak menyambut Aidilfitri,
Budi kami tidak seberapa,
Kenangan diberi kekal abadi.












Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, December 7, 2012

BERSATU


Tak pasti siapa yang lukis atau edit, tapi ini harapan seluruh rakyat Malaysia. Bersatulah untuk agama, bangsa dan negara.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, November 25, 2012

Tripod Stand


Kalau zaman saya dulu,
dawai direntang dari dinding ke dinding.
Sebaris dengan abang,
lalu benang diikat
dari dawai ke kain.

Kini,
zaman berubah.
Lebih mudah dan selesa.
Portable.
Santai sambil menonton TV...

Musim cuti ni kannnn
Ramai yang menjemput kenduri kahwin.
Tidak kurang juga
jemputan kenduri berkhatan anak-anak.

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, November 13, 2012

BA

BARISAN AZAM - maksud saya kali ini

Bersempena Maal Hijrah 1434, marilah kita memperbaharui azam memohon
kekuatan dan keredhaan Allah SWT
melayari kehidupan dengan ibadah.


Maal bermaksud "bersama".

Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".

HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (HR Bukhari).

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP