MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, July 31, 2011

Aminkan Amin

Amin buka lipatan. Lembaran di telapak tangannya. Selembar demi selembar. Amin belek. Banyak sudah Amin sentuh. Dalam sejarah di lipatan itu, Amin pernah sentuh rama-rama. Rama-rama jadi burung. Amin sentuh kertas, kertas jadi kipas. Amin sentuh itu ini, itu ini jadi apa-apa.

Hari ini, mulai malam ini Amin nak sentuh hati, biar hati jadi sakti. Hati boleh lihat. Hati boleh fikir juga serta boleh berkata-kata. Mata boleh lihat bersama hati. Otak boleh fikir dengan hati. Juga hati berkongsi berkata-kata bagaikan lidah di mulut.

Biar hati tidak mati. Biar esok pagi lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Amin mahu hati tenang di sepanjang ramadan. Amin nak hati berbakti dengan kesaktian sejati.

Amin nak kabulkan amin. Minta pada Tuhan aminkan amin.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, July 27, 2011

Kisah Singa Garang Yang Di Jinakkan

sana-sini berborak mengenai perlawanan Malaysia-Singapura malam ini.
first leg dah lepas, so aku tak nak komen sangat.
yang penting game malam ini, tak boleh bolos dan at least 2-0.
pada pendapat aku, key player untuk game malam ini adalah Amirul Hadi dan Safee Sali.


dah lama aku observe game dalam skuad kebangsaan ni.
dan aku berkenan sangat tengok dua player ni beraksi sekali dalam padang.
Amirul Hadi ada pace dalam dribble dan boleh supply bola yang baik untuk Safee.
Safee, semua tau tentang sentuhan penyudahnya.
so, tak boleh disangkal lagi kebolehannya.
tak dinafikan juga kepentingan S Kunalan di wing kiri.
kelajuan dia sangat penting untuk membantu serangan.
cuma yang penting, harap malam ini defence Malaysia mantap dan kurangkan kesilapan-kesilapan yang remeh.
teringin sangat nak tengok Malaysia menang malam ini.


cadangan kesebelasan utama aku:

Goalkeeper- Khairul Fahmi. Defence- Muslim Ahmad, Aidil Zafuan, Mahali, Asraruddin PutraMidfield- Amar Rohidan, Ismail Faruqi, Amirul Hadi, S KunalanFoward: Safee Sali, Hadi Yahya (paper hari ni kata Sharul Idalan Talaha injured, tak dapat main)

apa-apapun, aku percaya Rajagobal lebih kenal prestasi anak buahnya dan harap dia buat pemilihan yang tepat tentang player untuk malam ini.

dari sudut pandangan mr kay (klik)

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, July 25, 2011

pelesit melastik

sikit-sikit
terpalit
melekit
melilit
mengulit




lama-lama jadi konkrit

jangan jadi pelesit



jangan risau berkhidmat kat tempat baru.......kata orang lama.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, July 20, 2011

APC - Tahniah buat diri sendiri

Tahniah pada saya - Cikgu Ahmad Humairi bin Razalli kerana dianugerahkan APC buat julung-julung kalinya - Anugerah Pindah Chenderong Kelubi 2011.

Baca selanjutnya Kisahku...

Rabu Bisu - Gambarnya kat atas tu. Letak kat sini gambo kecik. Klikle kat pipike, matake, hidungke, mulutke...nanti dia ketawa, tandanya tak bisu.


mood masih tak sedap.

tension

tapi tak apa

orang asli

lebih baik

daripada

orang tiruan

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, July 18, 2011

Entri Halimunan - Nak baca kena ikhtiar (Gangguan Mood)



Cikgu Humairi Meninggal


kan SK Sungai Galah.

Bertukar ke sekolah baru

SK Cenderong Kelubi....

sekolah orang Asli.

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP