MUTIARA KATA HARI INI

Saturday, April 30, 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!


klik banner di atas untuk terma dan syarat seterusnya.




Bulan jatuh ke riba,
Cahaya tiris ditimba,
Guru utuh dibangga,
Merintis jalan ke syurga.

....terima kasih cikgu atas segalanya.


Boleh dikira pendekke abang shah?
Selamat Hari Pekerja.

Baca selanjutnya Kisahku...

Aku Kena Tembak

Sudah giliran peserta ketiga. Tit, titttt.... Cikgu humairi ye? Ye saya. Ini Zulkifli bin Osman. Sibukke cikgu?...Ermm..maaf saya tak berapa dengar., saya ada function kat sini...nanti saya call balik.

Peserta keempat mengambil giliran.
Terima kasih pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana (sayala tu)...

Kalau tak disebutnya hakim yang adil lagi bijaksana, sah markah saya potong.

Habis semua giliran peserta sesi yang pertama, saya mohon keluar sebentar untuk membuat panggilan. Rupanya panggilan dari zulkbo untuk memastikan saya yang benar.

Sambung sesi kedua untuk pidato spontan...sampailah tamat. Ada Action Song, Public Speaking. Choral Speaking, Story Telling, dan bercerita Bahasa Melayu tahap 1 dan 2, di Peringkat Daerah Perak Tengah untuk mencari wakil peringkat antara daerah dan seterusnya negeri. Klik sini

Di majlis penyampaian hadiah saya ditembak. Sekali dengan nilai RM30.00.
Isyyhh.....kata RM50.00...

Tit, tittt....sekali lagi ditembak. Kali ini dengan peluru RM20.00.

Alhamdulillah, terima kasih zulkbo...saya membalas mesej kepadanya.

Demilkianlah sibuknya saya pada minggu ini dari 26, 27, 28 dan 30 April 2011, tak sudah-sudah disebut sebagai yang arif, yang adil lagi bijaksana. Lega sebentar bila aktiviti dah tamat....yang lain sedia menanti.

Sesiapa berhajat nak sembang, bagi nombor henset, kita borak sampai habis kredit!Link

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, April 28, 2011

Rezeki Saya Jika Allah Izinkan

Selepas maghrib, seperti lazimnya, saya memanggil anak untuk membaca Quran. Ketika itu dia sedang online. Aku teringat pada pencarian pengunjung ke 300,000 di Blog Zulkbo. Lantas aku menyuruh anakku singgah sebentar di blogku untuk terus ke blog zulkbo.

Terus skroll ke kaunter. Dag, dig dug jantungku dibuatnya. Akulah pengunjung ke 300,000 itu. Apa lagi. Aku terus print screen dan menghantar e-mel kepada zulkbo untuk memaklumkan kepada beliau. Kalau saudara zulkbo percayakan aku, adalah rezekiku.....kalau tak ada, mane membuatnya..


Selepas menghantar e-mel kepada zulkbo, saya meneruskan hajat yang tertangguh...membaca Al Quran bersama anak yang bongsu. Respon pada komen-komen entri sebeluum ini esok-esok ajelah ye...

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, April 26, 2011

Skirt Anak Jengka Dua


cahaya yang tidak pernah bersilang
mengimej semula
wajah anak-anakku
di jengka dua
yang taat mencium tanganku
tika berpisah

di antara mereka
menjelma tiba
mencelah-celah sesak imejan
berlari berkejaran di depan mata

anak-anakku
yang sudah kutemu
di maya ini
Jamarulnizam Abdul Razak
Mastura Mustafar

dimana Junaidi
Sabri
Rozali
Syed Muhamad
Chandran
Norzita
Zalimah
Salinda

anak-anakku
andai ada ketentuan
isyaratkanlah kunjunganmu.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, April 21, 2011

BANGSI


Panjang-panjang ruasnya bangsi,
Lebih panjang ruasnya banta,
Kenyang-kenyang memakan nasi,
Lebih kenyang bermain mata.

Terdengar sayup merdu alunan bangsi di suatu malam terjaga. Teramat sedap. Di Bilik Sang Nila Utama, Asrama Putera Sekolah Raja Chulan, Ipoh. Begitu menarik hati untuk mempelajarinya. Bangsi saya beli lalu belajar bersama sifu. Kini boleh mengalunkan beberapa lagu syok sendiri.

"Orang lain pun dengar syok jua...", terdengar suara.

Kembang hidung saya. Bangga juga. Hanya saya boleh meniup bangsi secara muzikal dalam komuniti saya.

Saya tak boleh berpisah daipada perkara-perkara lepas. Saya tetap saya yang dahulu. Kadang-kadang seperti anak-anak. Dah tua. Masih beraksi. Meniup bangsi. Lagu-lagu kini. Biar Cikgu Sida beraksi gaya sendiri.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, April 14, 2011

SEMINAR


klik banner di atas untuk terma dan syarat selanjutnya


Pakngah : Abang ada 'Si Minah' malam ni......tak dapat balik rumahla.....

Mankngah : Kalau ada seminar pun takkan sampai tak balik bang......


*******************************

Idea sarkastik Usman Awang
(Mari Hayatinya)

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
jangan mati anak
Dalam sejarahnya

Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP