AYUH BERHENTI MEROKOK

Jom berhenti merokok.
Jom, jom, jom.
Cari tempat parking.
Kita 'take-five' dulu.
Makanya seruan berhenti merokok pun disambut!
GONG XI FA CHAI.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA.
SELAMAT BERCUTI!!!
Berhati-hati di jalan raya.
...Bulan Jatuh Ke Riba...

Jom berhenti merokok.
Jom, jom, jom.
Cari tempat parking.
Kita 'take-five' dulu.
Makanya seruan berhenti merokok pun disambut!
GONG XI FA CHAI.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA.
SELAMAT BERCUTI!!!
Berhati-hati di jalan raya.


Baru beli kat pekan Selasa. Sepasang. Namanya Pleiboi dan Pleigel. Yang putih tu Pleiboi.
Cukup kuat makan.
Kutip kangkung yang melata. Letak secekak. Hampir sekilo. Sekejap licin.
Makan banyak-banyak ye Pleiboi. Pleigel. Biar cepat besar. Nanti beranak pun banyak-banyak. Boleh buat hadiah.
Klik header ini untuk maklumat selanjutnya.

MEDITASI ANEKA KUIH
Kuih talam milik siapakah,
Karipap-karipap di dalam balang,
Apam cawan merah merekah,
Lepat ketayap berbatang-batang.
Idea sampai tak kunjung padam,
Bergurau sampai naik mual,
Pabila semuanya bergurindam,
kuih mengundang gangguan seksual.
Apa sahaja boleh difikirkan,
Makna kembiri pun menjadi ilham
Jangan difikir yang bukan-bukan
Fikir permata hati sebagai saham.
Kalau nak makan halwa maskat,
Kakcik seroja boleh sediakan,
Gurau senda sakat menyakat,
Jangan sampai hati termakan.
Siap pakaian untuk mendaki,
Sajak ulang tahun kelahiran dideklamasi,
Di puncak gunung bergema sepi,
Aneka kuih turut bermeditasi.
Di puncak gunung asyik bertafakur,
Zombi kampong pisang pula menjelma,
Karipap, apam, kelapa kukur,
Di sentap zombi yang dah jeling lama.
Jika terdengar suara azan,
Bergema sayup menjelang pagi,
Bangunlah wahai kawan,
Mentafsir mimpi sambil gosok gigi.
Untuk mengakses sistem ini, anda boleh klik pada pautan ini di Jabatan Akauntan Negara ataupun pada banner yang ada di bawah laman blog ini.
Kepada pengguna baru, berikut adalah cara-cara untuk mengakses maklumat tersebut.
1. Taipkan alamat berikut http://www.anm.gov.my dan paparan berikut akan muncul.
2. Kemudian klik pada pautan yang disediakan disebelah kiri. Klik pada pautan e-Penyata Gaji dan Laporan
3. Setelah itu, paparan di bawah akan muncul. Klik pada pautan seterusnya, Akses Sistem.
4. Kemudian, paparan ini akan muncul. Untuk pengguna yang telah punya kata laluan, anda hanya perlu memasukkan no Mykad anda serta kata laluan tersebut.
5. Bagi pengguna baru, klik pada pautan Pertama Kali Mendaftar.
6. Isi borang ini dengan lengkap, dan kembali pada langkah 4 untuk mengakses maklumat gaji anda.
***Jom Lawat Blog Sekolah Sg Galah, klik sini
Aku baca surat khabar. Tengok gambar. Ada banyak gambar kapal layar.
Habis baca. Aku ambil lidi dua batang. Ikat bersilang. Ambil gunting dan gam. Pakai nasi je. Ambil surat khabar yang sudah dibaca, sudah tengok gambar kapal layar, buat layang-layang.
Surat khabar melayang. Kapal layar belayar di udara. Aku gembira.
Ada kawan-kawan yang ambil poster parti - juga buat layang-layang. Sungguh harmoni bersama berlenggang di angkasa raya.
Angin semakin kencang. Layang-layang berpusing. Tersangkut pada pokok durian. Pokok durian Mekah di tepi padang. Atau nama lainnya Pokok Durian Belanda.
Aku kejar. Tak sedar aku sudah berada di pucuk pokok durian belanda. Wah! aku sudah pandai panjat pokok!. Terima kasih kapal layar kerana mengajarku cekap memanjat sampai ke pucuk pohon. Aku akan selamatkan kamu kapal layarku....ataukah kau akan menyelamatkan aku? Isssyyyhh....kat pangkal pokok durian belanda ini pun dia orang tampal poster. Ada gambar kapal layar, gambar roket, gambar kulit kerang - terpaksa kupijak kesemuanya. Maafla. Itu laluanku.
************
Kisah berputar kembali di kepala ketika menikmati sepotong durian belanda pemberian kakak saudara petang tadi.
© Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP