MUTIARA KATA HARI INI

Thursday, April 8, 2010

BULAN OH BULAN

Hari ini hari Jumaat. Baru je baca Yaa-sin ngan murid tahun 6 sebentar tadi. Saya masuk ke bilik. Saya didekati bulan. Bulan dipagar binatang. Memang cantik, tapi hati sakit. Sebab dia sombong. Mengada-ngada.

Saya jadi bengang. Otomatik. Bila pagaran binatangnya mengayat.

Saya panaskan sejuk pagi dengan ayat berapi. Sungguh saya tak percaya pada diri. Maaf. Benar-benar otomatik. Mengeluarkan asap bila ia semakin menyejuk. Saya dapat lihat asap itu ditelan bulan dipagar binatang. Berlalu dengan sombong sambil diekori asap itu.

Bulan dipagar binatang kuharap kau kan dipagari bintang.

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, April 6, 2010

GURINDAM SANG NYAMUK



manusia memanglah
suka memusnahkan diri
juga
memusnahkan sesama makhluk

dia bernyawa
aku jugak bernyawa
tak tahukah
harga sebuah nyawa

nyawa makhluk sama harganya

aku tersangat-sangat hairan
padamu wahai manusia

kehadiranku di sepak tala
ketiadaanku ditangisi

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, April 5, 2010


waduh
malam nan dingin
sejuk sampai ke tulang
membekukan
lelemak mentega

lalui liku-liku harian
hairan
penuh terasa

sungguh santan sangat lemak
lama-lama basi juga
sungguhpun rajin memangkas semak
tidak lawas, merimbun pula

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, April 4, 2010

HITAM PUTIH KEHIDUPAN

DARI HITAM
BERTUKAR PUTIH...
BUKANNYA APA....
SEKADAR MENGEMASKAN
SESAWANG
YANG BERSARANG..

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, April 1, 2010


2 April, Jumaat - Pada 30 Mac dan 1 April yang lalu, Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Tengah telah pun berlangsung di padang SK Titi Gantung, Bota di bawah penyeliaan SMK Layang-Layang Kiri.

Kejohanan bagi kategori Sekolah Rendah kali ini menyaksikan Zon PKG Kg Gajah dengan cemerlangnya menjuarai dengan memungut 14 Emas diikuti Zon Bota dengan hanya 10 Emas.

Beberapa orang murid dari SK Sungai Galah turut dipilih mewakili Zon PKG Kg Gajah. Antara mereka yang terlibat adalah Adik Mohd Zikry, Adik Mohd Hakim, Adik Abdul Kamil dan Adik Mohd Azmir.

Ke semua peserta lelaki dari SK Sg Galah yang mewakili Zon PKG Kg Gajah telah berjaya menghasilkan pingat dengan cemerlang. Berikut adalah pungutan pingat yang diperolehi oleh peserta dari SK Sg Galah.

1. Adik Mohd Zikry - Emas (Lompat Jauh B11)
2. Adik Mohd Hakim - Emas (Lontar Peluru B11)
3. Adik Mohd Azmir - Emas (4 x 200 m)
4. Adik Abdul Kamil
- Emas (4 x 100 m)
- Emas (4 x 200 m)
- Perak (100 m)
- Gangsa (Lompat Jauh)

Kenangan paling manis pada kejohanan kali ini ialah apabila Adik Mohd Hakim Salleh dinobatkan sebagai Olahragawan Daerah (Bawah 11) setelah berjaya memecahkan rekod lepas untuk acara Lontar Peluru.

Baca selanjutnya Kisahku...

1 APRIL BERLALU






Tanggal 1 April
berlalu tanpa gurauan
walaupun penuh debaran
anak-anak tadika berentap
dalan pertandingan
mencari wakil kelompok
ke peringkat daerah

Aku jadi hakim
dalam pemilihan tersebut

1 April berlalu
tanpa April fools
Alhamdulillah.

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP