MUTIARA KATA HARI INI
Thursday, March 17, 2011
Sunday, March 13, 2011
FINAL IMPIAN - Dato' Lee Cong Wei Juara

Birmingham - Lee Chong Wei mempertahankan gelar juara tunggal putra All England setelah dia mengalahkan pesaing terkuatnya, Lin Dan, juara Olimpiade, dari China, pada pertandingan final yang berakhir 21-17, 21-17, Minggu.
Kemenangan unggulan teratas asal Malaysia itu mengejutkan banyak orang karena sebelumnya Lin Dan sudah memenangi 15 dari 22 pertemuan mereka dan yang terakhir terjadi di turnamen Korea Terbuka Januari lalu, demikian AFP melaporkan.
Tapi Lin terlihat jarang berusaha melakukan serangan dahsyat yang menjadi ciri khasnya, sementara Lee melakukan pergerakan dengan luar biasa dan pengendalian bola yang sangat bagus dalam pertandingan tersebut.
Bagi Lin Dan, dengan kekalahan tersebut berarti dia gagal meraih gelar All England kelimanya, yang akan menjadi pencapaian yang unik dalam era Open.
All England berikutnya, tidak lama sebelum Olimpiade 2012, akan menjadi penampilan terakhir dia sebelum pensiun.
********************************************
Chong Wei berentap Lin Dan final Seluruh England hari ini
PERTEMBUNGAN ‘final impian’ antara dua seteru utama - Lee Chong Wei dan Lin Dan - menjadi kenyataan apabila masing-masing melepasi halangan separuh akhir kejohanan badminton Seluruh England di Arena Tertutup Birmingham, malam tadi.
Begitupun, pemenang pingat emas Sukan Olimpik dan juara dunia tiga kali, Lin Dan, terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan pemain yang digelar ‘pembunuh gergasi’ Marc Zwiebler dari Jerman 21-9, 16-21, 21-11 dalam tempoh 63 minit.
Pertemuan kedua-dua seteru itu mengulangi pertembungan final 2009 yang menyaksikan Lin Dan unggul untuk memenangi mahkota kejuaraan kejohanan tertua itu buat kali keempat selepas 2004, 2006 dan 2007.
Kedua-dua pemain itu pasti mempunyai alasan tersendiri untuk keluar sebagai pemenang dan sudah tentu saingan berlangsung sengit dan menarik dengan rekod kemenangan memihak Lin Dan yang merakam 17 kemenangan daripada 22 pertemuan.
Chong Wei pasti turun dengan tekad untuk mempertahankan kejuaraan, selain menebus kekecewaan tewas di tangan pemain kidal itu di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu.
Sementara itu, pasangan emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menentang pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng untuk merebut tiket ke final yang berlangsung awal pagi tadi. Baca selanjutnya Kisahku...
Thursday, March 10, 2011
A Doctor In The House

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menandatangani buku kepada peminatnya pada pelancaran buku memoir beliau, A Doctor In The House: The Memoirs Of Tun Dr. Mahathir Mohamad di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, 8 Mac.
Cadang nak beli.
Sunday, March 6, 2011
Masih Belajar Menembak
*******
Ada orang-orang di tengah sawah yang sedang menakutkan burung-burung yang hinggap, anjing yang singgah kencing.
"Tengok kakak saya, semua cepat, semua tepat. Malahan sangat cantik."
Saya dah dengar dari semalam lagi.
Hari ini dengar lagi :
"Tengok kakak saya, semua cepat, semua tepat. Malahan sangat cantik."
Saya menahan perasaan, tapi dia terus mengasak :
"Tengok kakak saya, semua cepat, semua tepat. Malahan sangat cantik......buat macam dia!"
Saya berpaling. Seluk poket. Berpaling semula dan terus menembak ke arahnya.
Tummm! bidikan yang menepati sasaran. Lalu mati.
Saya penembak tepat sekarang.
Wednesday, March 2, 2011
HIJAU WARNA ALAM
Acummm!
Aaaaaacumm!!
Selamat pagi. Hijau warna alam. Hijau juga cairan yang terleleh. Ceria. Namun tak bermaya.
Lip lap batang lilin menyerakkan cahaya. Cahaya yang tidak pernah bersentuhan. Fizikalinya. Cahaya yang bergerak lurus. Kata cikgu sambil membuktikan dengan eksperimen. Konfius bila ada cahaya yang bersilang. Melintang. Owh...dari dua sumber rupanya! Patutla.
Menjelang tengah hari, saya di ajar menembak. Sikit je. Selebihnya saya belajar dengan sendiri. Saya dilarang membedil sebenarnya. Tetapi saya masih tidak reti membuat penyelarasan sebenar antara sasaran dan orang awam.
Ingatkan panas sampai ke petang. Cahaya yang tidak pernah bersentuhan, dari lilin lip lap terus menerangi petang. Telalu banyak telah dilalui. Banyak lagi yang perlu dihadapi. Saya buat kira-kira.
Maghrib telan petang yang gelap. Mulanya maghrib telan orang yang main bola di padang. Lepas itu kereta di parking. Lepas tu dengan saya sekali maghrib telan. Gelap sekali. Namun masih boleh nampak cahaya yang tidak pernah bersentuhan itu.
Esok start boxing. Glove masih tiada.
Tuesday, March 1, 2011
KIRA-KIRA
Buat apalah hendak berkira.
Tapi kiralah :
1 + 1 = 2
2 - 2 = 0,
2 x 5 = 10
5 x 2 = 10,
2 / 2 = 1
satu angka (sebarang angka),
darab dua,
tambah dua,
bahagi dua,
tolak dengan angka yang pertama,
jawapannya satu.
kena ambil kira kesemuanya.
Ada jawapannya di sini (klik)
(lihat juga di kotak komen - Laman Temuk)

