MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, January 24, 2010

GAMBAR BARANGAN RASULULLAH SAW

Berikut beberapa keping gambar Barangan Rasulullah yang saya terima daripada John Ryzall melalui e-mel dalam minggu ini untuk dikongsi bersama....

nikmatinya..


Subhanallah, kita beruntung dapat menatap gambar barangan Rasulullah SAW. Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Muzium Topkapy di Istambul Turki, Jordania, Iraq dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelazatan menatap peninggalan- peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Nabi Muhammad S.A.W, Kekasih Allah.Insya- allah.


Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah


Sandal Rasulullah




Sebahagian Baju Gamis Rasulullah yang telah robek



Baju Gamis Rasulullah

Terdapat 66 keping kesemuanya...jika ada kelapangan waktu...saya poskan lagi untuk tatapan anda...insyaAllah.

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, January 19, 2010

SANTAI HARIMAU

Dalam sebuah kelas, cikgu sedang menjalankan pengajaran dan pembelajaran sains yang bertajuk nama-nama haiwan. Agak mudah kerana ramai murid berjaya menyenaraikan nama-nama haiwan yang mereka kenal.

kucing, singa, harimau, gajah, semut, burung....dan banyak lagi yang mereka sebut.

Seorang murid India yang sudah berjaya menyenaraikan beberapa nama binatang bangun lagi dan menyebut satu lagi nama binatang.

"Cikgu...ada lagi satu nama binatang cikgu, saya ada dengar..."

"Ok, apa nama binatang itu?

"Hari-hari-mau cikgu"

"Hari-hari-mau????" hairan cikgu mendengarnya. "Macam mana kamu tahu yang itu adalah nama binatang?", tanya cikgu.

"Saya ada dengar cikgu, emak saya cakap dalam bilik........binatang!!!...., hari-hari-mau...
aaa..itu binatangla cikgu..!!!"

Oh! binatang tu rupanya..cikgu senyum...murid melopong..

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, January 17, 2010

2010 - TAHUN HARIMAU


Ramalan mengatakan Tahun Harimau yang berelemenkan logam akan mengundang suasana 'keras' dan sukar untuk menghadapinya.



Dari 12 ikon haiwan yang ada, harimau yang terkenal ganas, mudah marah dan tiada rasa takut terhadap lawan. Ia sering melakukan serangan yang membabi-buta demi melampiaskan hasratnya.



Peramal menyatakan, Tahun Harimau merupakan tahun yang mengalami berbagai masalah besar dan banyak terjadi persaingan yang tidak sihat, baik di bidang ekonomi, politik dan hukum alam. Siapa pandai, dia selamat.



Di bidang ekonomi, manusia akan mengejar wang, walau dengan cara curang. Berhati-hatilah kerana segalanya seperti tiada kepastian kerana ia didorong atas dasar mengejar nikmat semata. Dinasihatkan agar tidak melakukan bisnes yang banyak spekulasi, sebaliknya sentiasa bersyukur. Kesulitan ekonomi akan semakin terasa. Jenayah berleluasa.



Dikhabarkan, pada Tahun Harimau ini juga keadaan politik semakin panas. Cantas mencantas menjadi amalan. Bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tanah runtuh serta kemalangan pengangkutan menelan korban yang ramai.

Adalah diharapkan agar di tahun 2010 ini, kita banyak melakukan kegiatan kerohanian dan keagmaan kerana Allah satu-satunya pelindung kita dan segalanya ditentukan olehNya. Allah menjadikan setiap sesuatu itu berpasangan. Jika ada kecelakaan, ada juga nikmat di sebaliknya.

Selamat menelusuri Tahun Harimau.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, January 11, 2010

BANDAR KAMPONG GAJAH


Kampung Gajah terletak di tepi tebing kanan Sungai Perak, Perak, Malaysia. Kampung Gajah terletak kira-kira 75 km di barat bandar Ipoh. Bandar Teluk Intan terletak di selatan Kampung Gajah, kira-kira 25 km. Jika anda dari Teluk Intan hendak ke Pulau Pangkor dan Lumut melalui jalan lama, anda akan temui Kampung Gajah.


Nama Kampung Gajah


Ramai orang luar yang keliru antara Kampung Gajah dengan Batu Gajah dan Alor Gajah. Alor Gajah terletak di negeri Melaka. Batu Gajah terletak di Perak juga.

Ada beberapa versi nama Kampung Gajah ini.

* Kampung Gajah ini mendapat nama kerana banyak gajah di hutan rimba berhampiran dengan Bukit Tunggal, Kampung Gajah. Gajah-gajah ini berkeliaran mencari makan dan makan pokok pisang, umbut kelapa dan buah ketior yang dipunyai penduduk kampung. Oleh itu kawasan ini dinamakan Kampung Gajah.

* Kampung Gajah mendapat nama dari kesan tapak kaki gajah yang banyak dilihat di tepi-tepi sungai dan di dalam sawah-sawah padi. Sebenarnya tapak kaki gajah itu adalah tapak kaki manusia iaitu manusia yang mendapat penyakit untut. Sesiapa yang mendapat penyakit untut, akan mendapati kaki dan tapak kaki menjadi besar dan menggerutu, ada bintil-bintil besar yang menjijikkan. Penyakit untut berpunca dari nyamuk elephantiatis yang banyak terdapat di hutan paya tropika. Jadi pasukan Siam yang hendak menyerang negeri Perak tidak jadi menyerang kerana takutkan banyaknya gajah di kawasan ini.

* Kampung Gajah mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Sang Kelembai ialah makhluk ghaib yang mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada d dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu. Dalam masyarakat orang Asli di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.

* Kini Kampong Gajah dah membangun. Nama Kampung Gajah pernah hendak ditukar dengan nama lain kerana perkataan 'kampung' tidak sesuai lagi. Hal ini timbul semasa Dr Mahathir bin Mohamad datang ke majlis Semarak peringkat negeri Perak pada tahun 1986. Namun begitu ramai yang membantah dan tidak ada nama yang sesuai.

Ada cadangan Nama Baru Kampong Gajah?

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, January 7, 2010

MAKLUMAT BIAR TEPAT

Dalam suatu majlis ilmu, seorang bertanya,

"Ustaz...apa hukumnya seorang yang bersembahyang memakai tali leher?"

"Sah sembahyangnya asalkan kebersihannya terpelihara"

"Boleh ustaz berikan maksud hadis atau al-quran yang menyatakan boleh atau sah sembahyang seseorang itu jika memakai tali leher?"

"Secara tepat...tiada.."

"Kalau tak ada... bermakna tidak boleh!!"

"Boleh.... apsal lak tak boleh???"

"Mana boleh ustaz.....kalau dia pakai tali ler jer, yang lain tak pakai!!!"

.....maaf, bukan mempermainkan majlis ilmu, tapi itulah yang saya dengar, terkadang kita gelak....lucu sahaja yang kita dapat jika ilmu tidak dicerap sebaiknya.

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, January 5, 2010

HANGAT MINGGU PERTAMA





Dah hampir seminggu bersekolah di tahun 2010.

Semuanya hangat.
Murid-murid bersemangat.
Ibu bapa sentiasa ingat.
Guru-guru mengerah keringat.

Aku...tak berapa sempat...
nak masuk kelas..

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP