MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, December 23, 2009

SAMA-SAMA BERJAYA

Nostalgia itu menghantui fikirannya. Tak boleh jadi. Memang tak patut. mana mungkin si pantas kilat keturunanku boleh tewas dengan silembab. Tak boleh jadi....memang memalukan.

Lalu yang arif lagi bijaksana ditemui untuk membuat perhitungan. Setuju akhirnya dengan perlu mendaki bukit, menuruni lurah serta merenangi sungai lagak 'trofi unta'.

Saat tiba. penghuni berbilang spesis berhimpun untuk menyaksikan rekod baru yang bakal dicatat, tapi bukan sebagai 'Guiness World Of Records'.

Pheewitt..., bersiul yang arif setelah arahan ke garisan...tunduk sipantas di mana ketika itu silembab mengambil kesempatan melompat di belakang sipantas.

Zzzzuuusss...berdesup larian sipantas membawa bersama silembab. Ah!, biarkan, ini mungkin taktik silembab, aku harus waspada, hati sipantas berkata-kata. Terus berlari...tak mahu lagi tidur sebentar seperti dalam cerita nenek.

Gunung sudah didaki, lurah sudah dituruni. Kini sungai perlu direnangi. Garisan penamat ada di seberang sana. Apakan daya, sipantas tidak pandai berenang!!!

Silembab senyum. Perlahan, namun berkeyakinan...Burrr..timbul di permukaan air dan terus berenang.

Tap! tiba-tiba sebuah mentol menyala terang di atas kepala sipantas tanda idea datang! Sipantas melompat di belakang silembab...terhoyong hayang dibuatnya...kontrol...

Dibawanya sipantas bersama merenangi sungai sehingga sampai ke garisan penamat.

Pheeewiittt!!!! Siulan panjang dari yang arif tanda perlawanan tamat. Kedua-duanya menang. Rekod lama tidak dapat dipadam. Kisah kura-kura menewaskan arnab tetap menjadi teladan.

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, December 22, 2009

ADA JAWAPANNYA


Suatu petang yang redup
aku keluar menjala
mencari lauk untuk malam.

Sampai di tepi perparitan,
airnya mengarus perlahan.
Kulihat kocakan dipermukaannya.
Wah! sungguh riang ikan bermain.

Kutebarkan jala,
kembang tak seberapa,
belum sempat kutarik,
berkeliling sepasang dari tiga buah motor enam orang,
berhenti melihat aku.

Jala terus ku angkat...
hampir penuh
ikan sepat ronggeng
kukutip semuanya.

Issyyhhh....keciknya..kata mereka.
Alhamdulillah......sahutku,
ikan bilis lagi kecik....pun orang ambik!!!

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, December 19, 2009

HARIMAU KAYU



Ianya memang harimau,
bukan sembarangan harimau
Bukan pulak ukiran kayu harimau.
Tapi memang kayu

Telah menampakkan belang,
Gah di padang,
Juga di ranjang,
Kini semua memandang,
sentiasa diundang.

Harimau kayu,
atau pun

Tiger woods,
Itulah yang dimaksudkan,
kayu kan????

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, December 17, 2009

RENUNGAN AWAL MUHARAM

45 minit pertarungan separuh masa perlawanan bola sepak terasa singkat berbanding 45 minit berwirid dan membaca kitab Al Quran.

RM50.00 terasa besar untuk didermakan ke tabung masjid, tetapi begitu kecil nilainya untuk dibelanjakan di supermarket.

2 jam menonton wayang terasa cepat berlalu, hati teruja serta ingin kembali menonton. 2 jam mendengar ceramah pengajian cukup lambat sampai penghujungnya.

Tekak perit dengan sorak-sorai menyokong pasukan kegemaran tetapi tidak keluar suara langsung melihat kemungkaran di depan mata.

Punggung terasa panas serta gelisah duduk di karpet masjid berpenghawa dingin tetapi begitu selesa dan seronok tidak terhingga menonton konsert di padang berkerikil.

Renung-renungkan dan selamat beramal. Salam Maal-Hijrah buat semua.

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, December 15, 2009

SELAMAT BERTARUNG


Termakbul sudah impian rakyat menyaksikan pasukan bola sepak Malaysia ke pertandingan akhir sukan SEA di Vientian, Laos. Tahniah.

Kini, peluang keemasan membuktikan anda semua sememangnya hebat! Jangan hampakan rakyat Malaysia.

Berjuanglah!!

Baca selanjutnya Kisahku...

KASIH AYAH 2

Lulus SRP di SMR Tanjong Tualang. Sambung ke tingkatan 4 di SMJK Sultan Yusuf Batu Gajah. Ayah menghantarku ke asrama. Waktu menunggu teksi, ayah mengajarku beberapa doa untuk di amalkan. Dalam masa menunggu (lebih kurang 20 minit) aku dapat menghafalnya.

Malam pertama di asrama. Terasa sayu, lebih-lebih lagi terdengar wisel keretapi sayup ditelan malam.

Suatu hari di asrama, seorang kawan tetiba meraung di tengah malam. Dirasuk makhluk halus. Aku jadi takut.

Pada hujung minggu aku balik ke rumah. Kuceritakan pengalaman itu. Ayah berusaha membekalkan aku 'tangkal' dan dipakai di pinggang, walau hatinya tidak setuju.

Suatu malam aku ke tandas.."...isyyhh, apa nak takut..aku ada ni....", bisikku.
Aku balik ke bilik. Sambil baring aku tersentak dan beristighfar.

"Astaghfirullahal azim....., tak baik aku ni, bukan benda ni yang tolong aku..."
Aku sentap dan terus aku buangkannya ke lubang tandas.

Kuceritakan kepada ayah. Ayah mengangguk bersetuju.
"Bagus anakku..kuat semangat kamu...", sambil memeluk dan menepuk belakangku.

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP