MUTIARA KATA HARI INI

Friday, July 10, 2009

TAHNIAH


Tahniah
YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak di atas pucuk pimpinan anda untuk 100 hari.

Malaysia telah melakar satu detik bersejarah - implementasi konsep 1Malaysia.

1Malaysia memupuk semangat untuk menjana kejayaan kita sebagai seorang insan dan juga sebuah negara. Pada masa akan datang negara ini pasti akan mencapai prestij dan prestasi yang lebih cemerlang. Dengan itu marilah kita bersama-sama meraikan kegemilangan 100 hari pertama bersama Perdana Menteri Malaysia.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, July 6, 2009

MEI 1969


Tahun 1969.
Ketika itu umur sudah menjangkau 9 tahun.
Berada di darjah 3 SK Sungai Galah.
Poster ditampal di sini sana.
Hinggakan di pangkal pokok nangka di depan rumah pun mereka tampal.

Ada gambar kapal layar, gambar roket dan kulit kerang.
Aku dengan kawan-kawan pergi koyakkan poster-poster tersebut.
Bebudak...
Manalah tahu peraturan dan undang-undang

Esok lusanya riuh-rendah suara...
Hooi.... kapal layar sudah tenggelam!!! roket sudah naik!!!!

Berlaku perintah berkurung.
Suatu malam aku bertandang ke rumah kakak di sebelah.
Nak tengok tv.
Ada 'askar' berkawal dan dia cuba menyorok bila melihat aku keluar.

Bebudak....
Tak tau apa sangat ketika itu
Tak takut kene tembak ke!!?? kata ayah.
Aku dah lupa...
Aku takut ke tidak waktu itu...

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, July 5, 2009

RUKUNEGARA






Saya dah menghafalnya ketika saya berada di darjah 4. Bukan setakat yang 5 rukun tu...tapi keseluruhan falsafahnya. Cikgu kata sesiapa yang menghafalnya akan diberi hadiah. Saya membacanya di hadapan perhimpunan sekolah dengan bangganya..tapi...hadiah cikgu tak bagipun!!!

Namun yang lima itu tetap menjadi amalan sehingga kini.

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, July 4, 2009

MERDEKA!!!

SATU MALAYSIA..... LOGO HARI KEBANGSAAN MALAYSIA YANG KE 52. SENANGJE NAK LUKIS KAN?? UNTUK LOGO-LOGO HARI KEBANGSAAN TAHUN-TAHUN YANG SEBELUMNYA, BOLEHLA LAYARI http://ahmadhumairi.blogspot.com. CEPAT!! BLOG INI SEMAKIN SAYA TINGGALKAN..PASTU NAK PADAM TERUS.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, July 2, 2009

MELODI INDAH


lama kuberpusing di tepian galaksi
yang belengkok berseni
terperasan aku
rupanya diri tak setinggi mana
lantas aku turun dari galaksi
menari-nari di tepian
sambil menatap muka depan akhbar hari ini
ahh... bertelagah lagi pemimpin
semua cakap dia dibetulkan
yang salah jadi tepat
namun kebenaran tersingkap

kucampak akhbar
ditarik graviti mentari
terbakar, hangus, hilang
berhenti menari, dahaga sebentar
rehat di tepi kali yang punca airnya makin kering dan tandus

hari ini aku seorang sendiri
kaki menemani kaki dan badan menemani badan
aku mencari pokok
aku bersandar di bawah rimbunan hijau dedaunnya
kepala dan badan kusandar terus ke batang pokok
tiada buah, cuma daun hijau-kuning pucuk pisang
pembesar suara bersaiz telinga kusumbat ke dalam telinga
kedua belah telah tersumbat
lagu beralun kupasang
tenang dan melapangkan
kubiarkan melodi indah itu menyeret aku ke alam lain

alam yang jauh berlapis-lapis
aku akhirnya hilang lagi
hilang dalam melodi indah mengasyikkan
sedarkah aku..

from "melodi memuji" @ http://ismiaku.blogspot.com

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, July 1, 2009

SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA


Sekolah Vernakular (SJKC dan SJKT) adalah punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum di negara kita tercinta.

Fenomena ini adalah unik di dunia ini dan telah menjadi suatu barah yang kian menular dalam kancah kerapuhan masyarakat Malaysia. Jika gejala Sekolah Vernakular ini tidak dibendung, negara kita akan terus bergerak ke ambang kehancuran.

Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber di mana segelintir masyarakat kini mempamerkan sikap anti-negara yang semakin ketara dan berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip perlembagaan negara Malaysia, tiada rasa cinta kepada tanah air dan juga menonjolkan penulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali.

Secara lantangnya, puak ini mempertikaikan segala unsur yang melambangkan kedaulatan dan intipati negara kita tercinta.

Kami menyeru agar gejala Sekolah Vernakular ini di hapuskan secara total.

Komuniti Demi Negara.

SUMBER : BLOG DEMI NEGARA

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP