MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, June 9, 2010

MARI TENGOK NAGA

Hari masih gelap.

Subuh itu, setelah kucapai auroranya, aku bagai diseru. Tika itu, aku asyik meraikan para malaikat beserta nyanyiannya diikuti ucapan kalimah toiyyibah pancaran bibir seperti yang disarankan Ustaz Eds di laman.

Aku menyapa sang kembang. Berayun dihujung julai setelah disambar bayu mesra.

Wah! cantiknya...

Assalamualaikum cikgu..

Ya..eh...salam...

Terima kasih cikgu. Belaianmu. bajaanmu menjadikan aku bertambah sihat. Aku kembang dan akan berbuah nanti. InsyaAllah.

Subhanallah! Cantik sungguh kembangmu. Besar!! Alhamdulillah, syukur. Tidak pernah kuduga akan pertemuan ini. Ini pertemuan kita yang pertama. Bersejarah.

Lantas, kucapai olympus u1070. Kusetkan pada format 2 megapixel pabila storannya hanya tinggal beberapa kilobytes sahaja. Bimbang. Peluang pertemuan ini tidak dapat ku abadikan. Alhamdulillah, kau sempat ku abadikan.

Buah Naga. Dari Negeri Sembilan. Hadiah dari Boi, dibawa oleh Mr Kay ke rumah dan kutanam di hujung laman. Bunganya hanya kembang sekali pada waktu malam, tidak pada siang hari.

12 comments:

sahromnasrudin June 9, 2010 at 11:58 PM  

salam cikgu..kat N9 mmg byk org tanam buah naga..maklumla, tanah berbukit kan..memang sesuai la..klu tanah pamah, kureng menjdi kot....

CS June 10, 2010 at 4:17 AM  

Assalamualaikum cikgu..
suka membaca coretan cikgu...walau kadang tak tercapai akal memahami maksud...tapi tetap membuat mata ini terus membaca patah demi patah kata..ayat demi ayat...hinggalah noktah terakhir.
pssst...tp entry kali ini sudah dapat dicerna isi ceritanya..InsyaAllah. ^_^ teruskan menulis cikgu!

ahmad humairi June 10, 2010 at 6:38 PM  

sahrom,

kalau kena gayanya...di padang pasir tandus pun ia boleh hidup subur.

ahmad humairi June 10, 2010 at 6:39 PM  

CS,

terima kasih atas sokongan dan dorongan..terus berkunjung. Ceria selalu!

Maiyah June 11, 2010 at 1:21 AM  

berkembang selari ngan kembangnya hati cikgu ngeeeeee

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE June 11, 2010 at 5:27 AM  

Salam...

Subhanallah...begitu indahnya setiap kejadian Allah..manusia mmg tak mampu melakukannya, hatta tak terjangkau pun dek akal fikiran. Alhamdulillah, dgn sgala kejadian itu, dapat lah kita berfikir & bersyukur atas limpahan nikmatnya.

Err..ana suka mkn buah naga, kat kg ada la sbtg pokoknya, tapi stiap kali berbuah, hnya ada sebijik saja. Semua pakat menunggu buah tu mmbesar. Bila masak aja, berebut-rebut kami adik bradik nak memetiknya, (masa dlu2 laa). Sudah la ramai, buah yg sebijik tu trpksa pula dibahagikan 7. Ckgu nk tau sbb apa smua berebut? sebabnya Allah jadikan buah tu maaaaaanis sgt2..jarang ana jmpa kat kedai rasa yg mcm tu. Alhmdulillah walaupun sikit, smua dpt mkn...

Skrg, bila dh merantau kat KL ni, beli aja lah jwbnya ya..sbb pokok tu pun dh tak ada lg...

ahmad humairi June 11, 2010 at 7:13 AM  

salam kembali aliaazuan,

Alhamdulillah, anta lebih berpengalaman dengan pokok naga ini dari ana. Ana memang terkejut bila terserempak dengan kembang ini pada kali pertama. Bimbang tak bertemu lagi, ana terus rakamkannya. Ana berharap ia kembang lagi, tapi hampa...kena tunggu lagi pertemuan seterusnya jika diizinkan Allah.

Beli? Boleh saja asalkan ada ongkosnya. Memang maaaaaanissss....dan lebih maaaaaaasssssiiiiisssss lagi jika dipetik terus dari laman sendirik.

Temuk June 12, 2010 at 6:03 PM  

Salam Cikgu Humairi
Ayunya si kembang yg mekar malam! Pilunya, pertemuan itu awal perpisahan. Tapi tak mengapalah. Si kembang, 'mun kada apa aral', akan menjadi buah - satu hadiah, utk penjaga yg budinya melempah. Insya Allah. Semoga si pohon yg punya kembang bakal muncah dgn kembang-kembang baru, berbondong-bondong membugarkan malam tamanmu!

ahmad humairi June 13, 2010 at 5:14 AM  

salam kembali Abang Temuk,

Memang penantian suatu siksa yang tidak tertanggung, namun kepastian itu merupakan penawar dalam suka dan duka.

Pertemuan pertama itu memang mengujakan...rasa seperti saya dipanggil untuk bertemu dengannya...terima kasih atas pengalaman.

Moga doa Abang Temuk didengar jua oleh naga saya. Ceria selalu.

Temuk June 21, 2010 at 2:30 AM  

Salam Cikgu Humairi
Benar. Yang ayu-ayu begitu, kalau tak pasti padai menjaga, janganlah dipetik dari tangkainya.

Kembang mengembang, menggoda memang!

ps. Sebelum cikgu sendiri sebut, dgn maaf, nak beritahu ada kesilapan teknikal dlm saya merespon kpd blog Daddy Zuky sehingga ia jadi paparan baru saya pula! Paparan itu telah saya padam. Dgn maaf juga kpd sdr Daddy Zuky.

ahmad humairi June 21, 2010 at 6:55 PM  

salam kembali Abang Temuk,

Saya dah cuba klik ke entri terbaru tu. Pertama saya klik pada Blog Nukilan - paparan Alahai Kenanga terpapar. Saya cuba skrol ke bawah, kot-kot dia menyorok di mana-mana macam entri Bidan Kampung tu. Tak jumpa. Saya klik pula pada isi kandungan. "Blogger does not exists" terpapar. Ingat nak mail Abang Temuk...tertangguh kerana aktiviti lain. Tak mengapalah, saya setia menunggu apa-apa sahaja berita dari Abang Temuk.

Saya rasa Entri Mak Bidan tu di savekan dalam draf dan bila dipublishkan dia diterbitkan mengikut tarikh dalam draf, wallahualam.

Buatkan Shout-box di laman Abg Temuk...senang nak chat...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP