MUTIARA KATA HARI INI

Friday, March 14, 2014

HIDUP BERJIRAN



Walau api sudahpun terpadam, puntungnya tetaplah berasap.
Hati tetap berperi, walau maaf sudahpun diucap.

Maaf mudah diucap, namun sukar dimengertikan. Kisah jiran saya. Sangat rapat. Sangat akrab. Ya, jiran sebelah kiri dan jiran sebelah kanan saya. Begitu cekap dalam membuat pemerhatian. Tersangat cekap mengalahkan poslaju. Pos hari ini, semalam sudah sampai!. Apa sahaja yang saya fikir, dia sudah tahu. Dia menguasai nawaitu saya. Bila saya buat dia rakamkan semuanya. Ya. Semuanya. Pernah saya fikir nak buat kenduri doa tanda kesyukuran, dia dah catat walau saya belum melaksanakannya. Dia tak pula mendesak. Tapi bila saya fikir nak buat kenduri grand ala-ala tujuh hari tujuh malam...tidak pula dia mencatat item itu......Maafkan aku Raqib dan Atid kerana hanya pantas beranganan.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, March 5, 2014

MASEH

Aku menulis bukan kerana nama
aku menulis bukan kerana warna
aku menulis kerana ada
ya, aku maseh ada
ada perkara
ada kesempatan

masuk hari ini
sudah dua puluh satu hari tidak hujan
tidak berhenti panas berhabuk
berlarutan dan bersambung
menjadikan rumput dan pepohon
separa pening
akibat mentari perang
termasuk aku

lalu cepat-cepat aku menelan kapsul terkandung bintilan puteh
yang berpasak percaya di dalamnya
ada bancuhan seribu penawar

dalam jerebu yang masih muntah-muntah
aku mencari urat-urat darah yang bersimpul
cuba membetulkan
agar tiada terasa sakit pinggang atau kepala.

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, January 24, 2014

KUDA


SELAMAT TAHUN BARU CINA
BUAT RAKAN TAULAN
YANG MENYAMBUTNYA.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, December 25, 2013

TIRAI DILABUHKAN

Tirai labuh, berlabuh.
Di pengakhiran kalam,
bercambah pembenihan baru.
Sekuen infiniti.
Bak putaran ferris.
Naik turun tiada hentinya.
Selagi hayat ada.

Di kaki langit, sang rawi tenggelam.
Selamat tinggal 2013.
Di timur suria mulai terang.
Cahaya fajar 2014.

5...4...3...2...1...
Kiraan mengundur.
Undur ke hadapan,
mengimbas dan menapak.
Maju ke belakang,
Prestasi dikekalkan, gagah melangkah.


Ahlan Wasahlan Wa Marhaban 2014.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, December 8, 2013

Dekat tapi lambat

Gambar: Ternyata jalan Ipoh to Kuala Terengganu paling dekat ikut cameron, gua musang, Kuala terengganu

Ahmad Khir, Akimah Emy Aeyman Syafiq 10jam (ikut kuantan), 8jam (ikut Grik) perjalanan , singkat ckit jadi 5-6jam kot

Dari Kg Gajah
ikut Cameron Highland
ke Gua Musang
pilih jalan pintas ke Kuala Berang
menelusuri Tasik Kenyir
lebih kurang 420 km
sampai ke destinasi.
Jalan rosak teruk di Felda Aring.
Jalan perlahan-lahan.

Balik ikut Kuantan..
Meter mencapai 470 km
Masih belum sampai rumah (Baru exit Tol Genting Sempah).
Lagi 200 km lagi.

Sampai rumah
dengar berita banjir
dan jambatan runtuh di Chukai - Kemaman
Sempat dilalui dengan selamat.

Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan ini.

Di kem kem perpindahan mangsa banjir
jangan leka pada perintah Allah.
Lalui hikmah ini dengan sabar!

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, December 1, 2013

Sambil menyelam xdapat minum air



Ke Kuala Terengganu.....




bermalam di Resort Pantai Batu Buruk


Steamboat and grill - D Ganu Cafe


menghadiri konvokesyen anak di Taman Tamaddun Islam




......tak sempat pulak nak minum air...
di mahligai Al Manar....





Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP