JANJI PRU 13
Ditakdirkan Alah, aku jadi terpinga-pinga, terkebil-kebil. Terjaga dek alunan muzik yang sungguh sedap. Sumpah. Sungguh teramat sedap. Di syurga logakah aku? Aku bertanya. Aku jawab sendiri. Aku masih di sini.
Cadangnya nak ambil angin sepoi-sepoi berbahasa yang nazak bersyair. Bersama awan hitam yang menurunkan salji. Sebutir-sebutir. Bulat-bulat. Buat aku tidak lagi alergik pada matahari. Sejuknya terasa.
Tak apalah. Ada paracetamol penenang dua butir. Aku teruskan bernyanyi. Bersama angin yang nazak dibawa sandal asadi ke bawah sepohon pokok. Ahh...lega punggung kerana dapat duduk.
Sambil duduk, memandang salji yang turun yang menjanjikan kesejukan nyaman selesa. Benarkah kau salji atau hanya tinggal janji.
16 comments:
Assalamualaikum Cikgu Humairi
seumpama
menjanjikan bulan jatuh ke riba...
adalah lebih baik merendah diri dengan Insyaallah
Wassalam
Menerawang terus-terusan menikmati sejuknya salji dlm mimpi... tetiba dikejutkan bongkah salji nak menghempap, cepat elak!!...
Bak menanti buah yg tak gugur-gugur, bimbang dah busuk di atas pokok.
w/salam atuk,
Ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya, insyaAllah.
Kakzakie,
Begitulah bahayanya kenikmatan yang keci-kecil tu... Bila dah membongkah, ha, rempuh sahaja apapun jua halangannya.
Assalamualaikum Cikgu Humairi, pe kabor? Wei salji lebat dok? Sini, kat Sah Alam, baru 28 C, ari tu kat kampong mak di Parit kekadang turun sampai 26 C memalam.
w/salam yong mohkembara,
teman sehat je. lebat jugele seleji tu, takyah pakai ekon. pake je baju tebai..hehe
salji dkt sini tak tebal, tp kerap
w.pun tak tebal tp masih banjir jugak ermmmm..
pekena ubi rebus cicah kelapa sedap juga, kena pulak ada kopi o kan?
kat sini hujan mencurah-curah, sesetengah tempat dah banjir!
Di sana jangan leka dibuai ayunan lembutnya salji, takut lemas dalam timbuhannya nanti!
Kasihibu,
Ada salji jugak kat sana yek. Kat sini kena beli. Semangkuk RM2.50....ermmm...makan ngan ubi rebus sdap jgak kan?
Teratai,
Terima kasih sudi singgah di musim hujan ni. Apa nak buat....kita sering tertipu, kecuali sentiasa berwaspada. Itupun sesekali jatuh jugak tupai ke tanah.
assalamualaikumcikgu..
lama sungguh tidak bersiaran....semoga cikgu dan keluarga senantiasa mendapat rahmat Allah SWT...
semoga cikgu ceria2 selalu ya
w/salam sahrom,
ermmm...dah bersawang nampaknya....sengaja tinggalkan blog atas urusan yang lebih penting.
Assalamualaikum
PRU juga = pilihan rakyat umum. Maka, usahlahlah rakyat khusus pula yang beroleh salji, rakyat umum dikenyangi janji.
Kita amat perlu fikir dalam-dalam semasa PRU, siapa PRU yang wajar dipilih - Pemimpin Radikal Ummah. Yang radikal mestikah yang baharu?
Alahai, bila kita merungut nanti orang kata saya tak bersyukur. Tapi saya manusia yang ada hak untuk bersuara, kan Cikgu?
w/salam Abang Temuk,
Terasa nak makan salji...jom pekena ABC.....betapa harmoninya...ada kacang, jagung, lengkong...air gula berwarna.....ermmmm...lama dan baru - di ganding bersama!
mommy fara,
merungut menambah baik diri sendiri...apa salahnya.
Post a Comment