Bila Dah Sampai Lapan
Sudah sampai lapan.
Saya berhenti.
Pap, paap, paaaapp.
Karpet saya tepuk.
Dia merangkak datang.
Bersama kunci moto ayahnya.
Kami main tepuk karpet.
Karpet baru.
Karpet raya.
Orang pandang-pandang.
Pandang mengancam.
Bila saya beterawih bersama Aiman.
Aiman adik Amin.
Saya tak percaya yang saya pernah macam Aiman.
Aiman tak kisah, jadi jangan pedulikan saya dan Aiman.
Saya dan Aiman berterawih.
Sambil main tepuk-tepuk karpet.
****************************
Ya Haiyyum, Ya Qayyum,
Saya berhenti.
Pap, paap, paaaapp.
Karpet saya tepuk.
Dia merangkak datang.
Bersama kunci moto ayahnya.
Kami main tepuk karpet.
Karpet baru.
Karpet raya.
Orang pandang-pandang.
Pandang mengancam.
Bila saya beterawih bersama Aiman.
Aiman adik Amin.
Saya tak percaya yang saya pernah macam Aiman.
Aiman tak kisah, jadi jangan pedulikan saya dan Aiman.
Saya dan Aiman berterawih.
Sambil main tepuk-tepuk karpet.
****************************
Ya Haiyyum, Ya Qayyum,
dengan rahmatMu daku memohon pertolongan.
Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata,
******************************
Lapan ramadan kini.
pap, pap, pap, tepuk tiga kali.
Mungkin selepas ini.
Tiada entri terkini.
Sehingga aidilfitri.
pap, pap, pap, tepuk pula dahi.
Agar tak terus bermimpi.
Selamat menyambut Aidilfitri.
Maafkanlah lahir dan batin.
32 comments:
Selepas lapan buat lagi witir dah amat baik cikgu. Syukur diberi kesihatan yg baik utk menjalankan ibadah yg masuk 8 hari ini dan moga dipertemukan Hari Raya juga...
Maaf Zahir & Batin dari kakak ye cikgu. Walau tak pernah bertemu rasa dekat dihati....
lapan lapan dua ribu sebelas.
Hingga itu Maaf zahir & batin juga dari kami sekeluarga. Tunggu masa bila nak bersua, doak asyik kat alam maya jer...mungkin raya ni kot... hehehh
Kakzakie,
Moga bertemu di aidilfitri,
dengan wajah berseri-seri.
Selamat hari raya, maaf zahir batin dari saya juga.
YB,
Ko datang je....rumah aku sentiasa terbuka...tapi tertutup rapat untuk perompak...hehe
Selamat hari raya buat YB, maaf zahir dan batin.
buat masa ni sya gighkan lagi lebih dari lapan..
semoga berterusan insya'allah...
Betul ke takkan ada lagi entri smpi raya nanti?
Rindu dengan karya cikgu.
Maaf Zahir dan Batin.
sayang-sayang ibu,
Tahniah atas kegigihan itu...moga berterusan dan pahala mencurah, insyaAllah.
Mommy Fara,
InsyaAllah.
Kemungkinannya kecil.
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Buat masa nie masih gigih buat 8 lagi cikgu , insyaallah semoga berterusan hendaknya..
assalamualaikuj cikgu...
ini entri terakhir ke?? surau sy mmg buat lapan pun..pas tue witir..
selamat hari raya utk cikgu..selepas ini, jangan berhenti bersiaran ya
Amy Syaquena,
Tahniah. Selamat memburu Lailatul Qadar. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
w/salam sahrom,
Ini berkemungkinan kecil sahaja yang terakhir, bergantung pada apa yang ada.
Selamat menyambut lebaran, maaf zahir dan batin.
SALAM,
SELAMAT BERPUASA CIKGU.
assalamualaikum cikgu,
lapan je...eee sama je sy :)
apa2 seronok bila mmbaca sajak/puisi dari cikgu...selamat berbuka dan selamt hari raya.
w/salam musollahehan,
Selamat berpuasa buat anda juga.
Selamat menyambut lebaran,
Maaf zahir dan batin.
w/salam zue,
Jadile had lapan...terdaya tambah lagi...selamat menjalani ibadah puasa, selamat menyambut lebaran, maaf zahir dan batin.
owh rinduu...
Assalamualaikum...
Buat lapan rakaat terawih pun sudah cukup baik daripada tak buat langsung..
Kemudian buat 8 utk tahajud dan tutup dgn witir 3 rakaat...
Selamat hari raya maaf zahir dan batin..
kat surau tempat saya, dari 20 dah jadi 8... ye lah kan, bila dah 8, dari 10 saf dah tinggal 1 je.. (",)
Orlando,
Owh.....
Saya akan sentiasa berzirahan, insyaAllah.
w/salam Abd Razak,
Kalau sudah dibuat witir, adakah boleh kita buat tahajjud selepasnya?
Selamat berpuasa dan selamat hari raya juga buat saudara, maaf zahir dan batin.
Fuad ansari,
Mungkin sama sahaja suasananya di mana-mana pun. Pada hari pertama, hampir penuh masjid, nampak meriah. Bila dah penghujung....semakin lengang.
Selamat berpuasa buat fuad sekeluarga, selamat hari raya serta maaf zahir dan batin.
Assalamualaikum Cikgu,
Pap, pap, pap...selamat berpuasa, selamat emnyambut hari raya!
assalamualaikum cikgu Humairi
selamat beramal di bulan ramadan
segala salah silap mohon dimaafkan
samada disedari atau tak tersedarkan
sepanjang berkunjungan
di alam siber ini
wassalam
Assalamualaikum cikgu.
Selamat bertarawikh dgn jayanya. moga Allah menganugerahkan nikmat kesihatan kepada cikgu utk terus menghidupkan ramadhan.
Aslmkm Cikgu.
Cikgu mahu menyiapkan diri & seterusnya menumpukan sepenuh penghambaan kepada Allah SWT untuk mendapat kebaikan Lailatul Qadar tahun ini?
Semoga dipermudahkan kepada kita. Amin.
Selamat beribadah.
Ucapan Raya, tunggu dulu! :)
Insya Allah, panjang umur bertemu lagi nanti.
w/salam yong Mohkembara,
pom, pomm, pommmm!!!!
bunyi merocon pulak.....
w/salam ummu,
...saya pun begitu,
mohom ampun dan maaf dari ummu, juka saya tersanggah emosi ummu....maaf zahir dan batin.
w/salam shameel,
terima kasih atas doa, begitu juga doa saya buat shameel...insyaAllah dimakbulkan.
w/salam kak G,
xder la,
sebab banyak masa mengantuk je ni....
moga bertemu lalatul qadar yang diburu, insya Allah.
lama tak singgah sini. muga amalan diterima tuhan, adanya!
ramadhan dah lalu separuhnya...
harap2 bisa bersua kembali sehabis raya...
salam :)
Post a Comment