xxx sempat
Aku tak punyai emas yang banyak. Walau pun kubelikan isteriku rantai leher, cincin, subang dan gelang. Aku tetap tak punyai emas. Tentang segala yang tak terurus seperti lauk pauk, kuih pencuci mulut, siapa yang datang makan, nak makan kat mana, cat rumah, cadar langsir, pinggan mangkuk, bawah kerusi yang berhabuk tebal, rumput yang memanjang, bau busuk sampah sarap semuanya akan kuurus sesempat mungkin.
Sumpah, aku tak ada banyak emas dah. Kecuali berangan dan berlagak. Kau kata itu. Aku kata ini. Kononnya gah. Esok. Lusa. Bila-bila. Engkau semua tak tahu. Entah-entah pasir bertukar emas bergemerlap.
24 comments:
Kebanggaan apakah yang ada pada emas?
Assalamualaikum...
Cikgu jangan bimbang ya akan dapat juga emas tu nanti bila sampai umur cikgu kepada warga emas, insya Allah dengan izin Allah Taala...:)
Kakcik,
Ada perumpamaan pada emas.
w/salam Abd Razak,
InsyaAllah,
Emas itu pasti datang dengan sendirinya. Mohon pada Allah agar tidak menjadi warga emas yang menyusahkan anak-anak, isteri atau orang lain.
Assalamualaikum cikgu,
Biarlah yg gah berkata sana-sini cikgu. Kalau macam kakak ni dapat makan pisang emas pun dah bersyukur...
w/salam kakzakie,
Yelah kak....oang laki-laki mana boleh pakai emas ponn.
Mahal pisang emas tuuu.
bukan "pasir bertukar emas bergemerlap."
tapi...
emas2 bergantungan di tubuh....entah-entah, esok lusa ditiup taufan angkara tiupan sangkakala....
subhanallah!
Eiiiyyy...
takutnya saya Mommy Fara!!
Moga Mommy Fara sihat hendaknya. Kemana bercutinya?
apa yang nak di banggakan dengan emas tue bukan boleh di bawa mati pun...
Assalamualaikum Cikgu, kawan saya tokeh mah kata, mah mahei skrang nih!
Amy Syaquena,
Ye laa..
Sekurang-kurangnya adalah harta yang ditinggalkan untuk diwarisi anak-anak, jangan anak-anak bergaduh sesama sendiri sudah!
w/salam Mohkembara,
Saya setuju, sebab kawan saya yang bukan tokeh mah pun kate sope....
mahei gile!, leh beli berah begantang-gantang.
hmmm entah..susah nak terkesan dengan emas ni..cincin kahwin tahun lpas yg tertanggal batu pun, x dibetulkan sampai skrang..hmmm nnt la bila2 ada masa lapang...
bukan ke masa = emas ..
tk de emas tk pe,
jgn tk de mase,
tk de emas tk menjerumuskan kite ke neraka .. tk pernah kt kuliah ustaz kata org masuk neraka sbb tk ada emas ..
tp tk ada mase,
boleh bakal penghuni neraka ..
lambat nak dihisab kat padang mahsyar nanti kalo emas banyak sangat huhuhu
emas sebungkal takkan jadi segunung... he ehhh... boleh ker??
harta selalu menguji...yang lemah terus tersungkur..
CS,
Kalau ada emas, betulkanlah ia, sayang cincin tuu.
aby,
Itulah yang saya maksudkan - 'masa itu emas'. Gantikan perkataan emas dalam entri saya itu.
Mudah-mudahan saya bukan bakal penghuni neraka, nauuzubillahimin zaalik.
Orlando,
Emas yang banyak, diurus secara islamik yang total, pasti diterima Allah.....dihisab.. +, -, x, %, pasti cepat dapat jawabnya di mahsyar nanti. InsyaAllah.
YB,
Emas jadik gunung?????
hissyyhh...taknaklah saya, emas jadi gunung....
Mohamadazahan,
Saya di antaranya insan yang lemah itu. Sering berdoa kepada Allah agar tidak mudah tersungkur.
semua orang sukakan emas kerana kecantikannya..:)
Nik Thoha,
Benar, namun ramai yang suka membuang emas (masa).
Post a Comment