MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, July 31, 2011

Aminkan Amin

Amin buka lipatan. Lembaran di telapak tangannya. Selembar demi selembar. Amin belek. Banyak sudah Amin sentuh. Dalam sejarah di lipatan itu, Amin pernah sentuh rama-rama. Rama-rama jadi burung. Amin sentuh kertas, kertas jadi kipas. Amin sentuh itu ini, itu ini jadi apa-apa.

Hari ini, mulai malam ini Amin nak sentuh hati, biar hati jadi sakti. Hati boleh lihat. Hati boleh fikir juga serta boleh berkata-kata. Mata boleh lihat bersama hati. Otak boleh fikir dengan hati. Juga hati berkongsi berkata-kata bagaikan lidah di mulut.

Biar hati tidak mati. Biar esok pagi lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Amin mahu hati tenang di sepanjang ramadan. Amin nak hati berbakti dengan kesaktian sejati.

Amin nak kabulkan amin. Minta pada Tuhan aminkan amin.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, July 27, 2011

Kisah Singa Garang Yang Di Jinakkan

sana-sini berborak mengenai perlawanan Malaysia-Singapura malam ini.
first leg dah lepas, so aku tak nak komen sangat.
yang penting game malam ini, tak boleh bolos dan at least 2-0.
pada pendapat aku, key player untuk game malam ini adalah Amirul Hadi dan Safee Sali.


dah lama aku observe game dalam skuad kebangsaan ni.
dan aku berkenan sangat tengok dua player ni beraksi sekali dalam padang.
Amirul Hadi ada pace dalam dribble dan boleh supply bola yang baik untuk Safee.
Safee, semua tau tentang sentuhan penyudahnya.
so, tak boleh disangkal lagi kebolehannya.
tak dinafikan juga kepentingan S Kunalan di wing kiri.
kelajuan dia sangat penting untuk membantu serangan.
cuma yang penting, harap malam ini defence Malaysia mantap dan kurangkan kesilapan-kesilapan yang remeh.
teringin sangat nak tengok Malaysia menang malam ini.


cadangan kesebelasan utama aku:

Goalkeeper- Khairul Fahmi. Defence- Muslim Ahmad, Aidil Zafuan, Mahali, Asraruddin PutraMidfield- Amar Rohidan, Ismail Faruqi, Amirul Hadi, S KunalanFoward: Safee Sali, Hadi Yahya (paper hari ni kata Sharul Idalan Talaha injured, tak dapat main)

apa-apapun, aku percaya Rajagobal lebih kenal prestasi anak buahnya dan harap dia buat pemilihan yang tepat tentang player untuk malam ini.

dari sudut pandangan mr kay (klik)

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, July 25, 2011

pelesit melastik

sikit-sikit
terpalit
melekit
melilit
mengulit




lama-lama jadi konkrit

jangan jadi pelesit



jangan risau berkhidmat kat tempat baru.......kata orang lama.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, July 20, 2011

APC - Tahniah buat diri sendiri

Tahniah pada saya - Cikgu Ahmad Humairi bin Razalli kerana dianugerahkan APC buat julung-julung kalinya - Anugerah Pindah Chenderong Kelubi 2011.

Baca selanjutnya Kisahku...

Rabu Bisu - Gambarnya kat atas tu. Letak kat sini gambo kecik. Klikle kat pipike, matake, hidungke, mulutke...nanti dia ketawa, tandanya tak bisu.


mood masih tak sedap.

tension

tapi tak apa

orang asli

lebih baik

daripada

orang tiruan

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, July 18, 2011

Entri Halimunan - Nak baca kena ikhtiar (Gangguan Mood)



Cikgu Humairi Meninggal


kan SK Sungai Galah.

Bertukar ke sekolah baru

SK Cenderong Kelubi....

sekolah orang Asli.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, July 17, 2011

Contest Aku Berpuisi - Debunga Pudu


klik banner untuk terma dan syarat selanjutnyaLinkDEBUNGA PUDU

Halus debu berterbangan
membawa mesej merdeka
merdeka!
merdeka!!
dan imej kolonial terpadam
kesan sejarah hilang
demi pembangunan

teramat indah
lebah mendebunga kembang
kembang kembung jadi buah
mengandung zuriat penerus diri
hidup bebas di belantara
cagar alam nan ria

belantara batu di kota
nampak cantik
sukar dipredik
terkadang jelek
penuh abu
bila pudu didebu
persis pendebungaan
menjadi debu-debu permata
puaka jadi syurga

esok kan datang jua
eterniti yang tak pasti
pasti terus berpusing
bak putaran roda ferris
membandingkan naik turun kehidupan
sejarah menjadi sejarah
sejarah merdeka
yang bakal dideklamasikan.


Saya jemput mereka yang hebat berpuisi ini untuk turut sama memeriahkan kontes ini :

Kakzakie

Fuad Ansari
Yang Baik

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, July 14, 2011

xxx sempat

Aku tak punyai emas yang banyak. Walau pun kubelikan isteriku rantai leher, cincin, subang dan gelang. Aku tetap tak punyai emas. Tentang segala yang tak terurus seperti lauk pauk, kuih pencuci mulut, siapa yang datang makan, nak makan kat mana, cat rumah, cadar langsir, pinggan mangkuk, bawah kerusi yang berhabuk tebal, rumput yang memanjang, bau busuk sampah sarap semuanya akan kuurus sesempat mungkin.

Sumpah, aku tak ada banyak emas dah. Kecuali berangan dan berlagak. Kau kata itu. Aku kata ini. Kononnya gah. Esok. Lusa. Bila-bila. Engkau semua tak tahu. Entah-entah pasir bertukar emas bergemerlap.

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, July 12, 2011

SEE YOU SEE I

i see you,
you see i,
see you see i

....dibaca secara alphabetic code :

I C U,
U C I
C U C I

benar,
gantikan aje
BERSIH yang ternoda
kepada CUCI nan murni


suci fikiran
suci perkataan
suci perbuatan

see you, see i...jom bincang!


Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, July 10, 2011

Panas


**Foto hasil karya Daddy Cool
(Klik pautan untuk cerita selanjutnya)

panaskah panas
sejukkah sejuk
kotorkah kotor
bersihkah bersih




alami
sejuk di sahara
panas di artik
ubat pada tinja
haram pada bersih





Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, July 6, 2011

Keputusan Showdown 2011






Showdown 2011 dah pun tamat malam tadi. berlangsung di i-city dengan penuh meriah, crowd yang happening dan krew2 yang perform dengan penuh gaya.


juaranya ialah:






memang aku dah jangka the final battle mesti antara HMC Phlow dan ECX. sebab dua2 ni pada aku memang dah otai dah, dan nampak macam diorang dua ni dah memang outstanding dari yang lain. tapi aku lagi suka HMC Phlow dari ECX ni, sebab ECX punya performance macam banyak style sama je. tak sekreatif HMC Phlow.


apa2pun, ECX agak gempak dalam top 3 performance. movement yang sharp, kena dengan lagu yang fast, memang menarik, tapi dalam final battle, HMC Phlow lagi dominate kot, sebab HMC Phlow battle lagi kemas, teratur dan synchronize. tapi still, aku x kisah sape menang sebab kedua-dua krew ni pada aku memang setanding.


tahniah jugak pada Bounce Stepperz sebab tampil dengan performance unik. sebelum ni pun diorang memang suka buat combination dengan element traditional. memang style. dan pada Rokusteps yang satu2nya bBoy yang masuk Showdown, tahniah sebab masuk final. huhu.


...bukan aku yang post, klik je memana pautan di atas tahula siapa punya entri. Ini cerita orang muda...siapa tak klik dia tua hah ha....sesambil layan bola di tv2 dan astro arena.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, July 4, 2011

Tanya Jawab Pantun

Jenjalan ke Blog Kakcik Seroja, lalu terpandang kontes ini. Berbalas pantun...ermmm minat gak lalu terus menderaf. Tak berapa sempat rasanya memblog sebab ada beberapa perkara yang perlu dibereskan dahulu. Tapi kan, kalau dibiarkan aje masa berlalu, pasti ia akan berlalu.

Ayuh kengkawan, jangan biarkannya berlalu begitu sahaja. Klik banner di bawah agar sama-sama kita dapat memeriahkannya.

Kesiannnn AL....
Dah dapat gading bertuah....diusung pula ke sana ke mari....sampai tak tahu nak letak kat mana tanduknya......Jangan sampai hanyut dibawa arus dah la ye....


(Tanya)
Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?

(Jawab)
Nyiur meleding sudah berbuah,
Rimbun senduduk berbunga pagi;
Digenggam gading yang sangat bertuah,
Pastilah tanduk tak berguna lagi.


(Tanya)
Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?

(Jawab)
Dahan meranti hanyut terapung,
Hanyut sampai ke Pulau Jerjak;
Jangan nanti kemas digendong,
Tak capai dikejar cicir dipijak.

(Tanya)
Anak senangin anak tenggiri

Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?

(Jawab)
Mudik berakit kelong berkapai,
Dayung langsung dari hulu;
Badan sakit hajat tak sampai,
Bunga diusung tinggallah dahulu.


Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP