MUTIARA KATA HARI INI

Tuesday, August 31, 2010

POKOK SUJUD - TANDA TURUNNYA LAILATULQADAR


Menjelang Asar. Langit menjadi kelam. Angin kencang. Mencabut cengkaman skru dari pasaknya lalu menerbangkan atap-atap bazar ramadan. Jalan raya dibanjiri daun-daun kering. Guruh berdentum. Hujan turun dengan lebatnya.

Atap di restoran Bunga Tanjung rebah ke bumi. Beberapa batang pokok di kiri kanan jalan tersembam jatuh menghalang lalulintas. Pokok-pokok bunga di lamanku sujud menyembah bumi. Kata ustaz, bila turunnya lailatulqadar, pokok akan sujud. Pokok sujud. Pokok tumbang. Berbezakah?.Wallahualam.

Aku berdoa. Agar Allah mengampunkan dosa-dosaku. Agar Allah ampunkan dosa-dosa kedua ibubapaku. Agar Allah mengampunkan dosa-dosa isteriku. Agar Allah ampunkan dosa-dosa anak-anakku. Agar Allah ampunkan dosa-dosa seluruh umat islam di dunia ini.

Mungkinkah. Malaikat berkunjung ke dunia makhluk. Di gelita malam. Di benderang siang. Satu masa. Dua dunia. Andai kau turun di malam hari di dunia sebelah, sedarkan aku di dunia aku yang siang ini.

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, August 28, 2010

KUMPUL DUIT RAYA


Aman adik Amin. tapi dia kecik je. Kecil sedikit daripada Faiq, cucu Tok Temuk. tinggal setaman dengan Alif yang baik. Aman memang berkawan dengan Aeyman tak kesah. Mereka hanya ditemukan di dunia antah berantah. Aman juga agak sebaya dengan anak buah Aliaazuan.

Aman dah boleh kayuh basikal yang rodanya ada empat. Dekat hendal depan dia pasang bendera Malaysia. Dekat lanting belakang dia pasang dua bendera Malaysia. Hari raya dia nak kumpul duit raya. Hari raya di bulan merdeka dia nak kumpul double.

Sambil nyanyi lagu tanggal 31, Aman kayuh basikal beroda empat. Pergi ke rumah Opah Edah.

"
assalamualaikum opah. saya datang nak raya ni.

erm...aman. masukla. kamu tak puasake?

dah raya opah. mana boleh puasa.

ya tak ya jugak. hari ini kan hari merdeka? selamat hari raya merdeka aman. "

Opah Edah melayan Aman. Bercerita kisah merdeka. Kisah sengsara Zaman Jepun. Pernah atuk menikam seorang tentera Jepun dengan benet yang opah edah tunjukkan. Opah edah bangga. Aman cuba angkat benet. Tak terangkat.

"
bagi kat aman benet ni boleh tak opah? aman nak buat koleksi kenangan cerita opah ni.

jangan...opah nak buangkannya kat dalam lombong, berhantu benet ni.

oklah opah, aman mintak diri dulu. "

Amanpun bersalaman dengan Opah Edah.

Opah Edah mengeluarkan sampul hijau untuk Aman.

" Terima kasih opah. selamat hari raya...selamat merdeka! ", ucap aman sambil menggenggam tangan ke udara.

Sampul hijau pertama aman dapat...lima keping duit kertas. gambar pokok pisang.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, August 23, 2010

MENYAHUT SERUAN


AL FATIHAH

BELANGSUNGKAWA
MOHD TERMIZI TAHIR
RAKAN SEPASUKAN YANG KINI TELAH KEMBALI MENYAHUT SERUAN ILAHI.
KAMI AKAN MENYUSULIMU

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, August 21, 2010

Setangkai Mawar - buat En. Ahmad Suziman b. Ahmad Muzni

Aku dapat permintaan dari Kedah melalui handset, (21 Ogos 2010 : 2.10 petang) minta carikan muzik lagu Setangkai Mawar. Katanya puas dia Google tapi tak dapat. Sebenarnya bolehje tu En.Ahmad Suziman. Cuma kita perlukan kesabaran mencarinya.

Aku dah upload lagu tersebut khas untukmu. Nikmatinya (tapi kena download dulu).


Setangkai Mawar

Harum wangi dan bersinar
Setangkai mawar dijambangan
Dipuja-puja dalam jambangan
Idaman rindu sang kumbang

Tetap teguhnya ditangkai
Melambai ditiup sang bayu
Tak gugur bunga jangan dicapai
Indahnya menjadi ilhamku

Berjiwa suci dan beramal damai
Itulah ajaran yang benar
Aman dan tenang hidup yang permai
Dikeliling setangkai mawar

Tetap teguh hidup kita
Sebati membela negara
Dijunjung tinggi dipuja-puja
Harapan kita di Malaysia

Klik link ini untuk Download muzik lagu Setangkai Mawar.

Pastu klikje Click here to start download.

Maaf, muzik persembahanku tidak seberapa.
Namun diharapkan agar dapat memenuhi permintaanmu.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, August 18, 2010

AMIN DI BULAN PUASA

Kemahuan Amin banyak sangat. Semuanya dia nak. Pantang terdetik.
Terlaksana semuanya.


Amin genggam ular lidi. Ular lidi menjadi naga. Amin hembus naga. Naga ditelan labah-labah. Lenyap.


Tika iftar, Amin jamah tamar. Tersendorong bazar ramadan. Amin beri pada jiran.


Amin, Amin. Boleh jadi apa sahaja. Genggamlah apa-apa. Hembuslah apa-apa. Jamahlah apa-apa. Kesemuanya Ya. Segera atau sebaliknya. Tuhan confirm.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, August 16, 2010

7 RAMADAN - Hari Ini Dalam Sejarah


Rama-rama berbentuk hati itu terbang. Berlegar mengeliling pintu. Kemudian masuk. Terus hinggap di atas Sony Ericsson, Handset dalam rumah. Di atas meja. Meja kacang. Dari kayu jati.

Lima puluh dua saat dia hinggap.

Dalam mud gegar, ia bergegar. Mengeluarkan cahaya dan memeranjatkan rama-rama berbentuk hati yang leka hinggap. Baru dia tahu. Handset akan bergegar serta mengeluarkan cahaya apabila mesej masuk ke handset.

Rama-rama berbentuk hati terbang dan hinggap pula di atas nokia 3120 disebelahnya. Baru tujuh saat dia hinggap. Kali ini bergegar lagi. Mengeluarkan cahanya dan kali ini diiring ringtone lagu doraemon.

Mesej terpapar.

"SELAMAT HARI LAHIR ABAH UNTUK KALI KEDUA TAHUN INI. SELAMAT PANJANG UMUR SERTA DIMURAHKAN REZEKI"

.....dulutu, opah kata abah dilahirkan seminggu di bulan puasa. Tok takde pada mase tu dan pakcik Zie melaungkan azan ke telinga abah....

Aku check kat sini. Betul. Hari ini memang aku dilahirkan mengikut kalendar hijrah...Rupa-rupanya umurku sudah bertambah 2 tahun lagi berbanding kalendar Masehi.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, August 12, 2010

APA ADA PADA ABC


berbuka nanti pekena ABC....


Rakyat Malaysia sukakan ABC.

(Jika anda bukan rakyat Malaysia, atau telah lama berada di luar negara dan tidak mengetahui apa maknanya, ABC adalah Air Batu Campur)

Sekiranya anda suka kacang, ada kacang di dalamnya. Kalau anda sukakan rasa manis, tiada apa yang perlu dirisaukan, kerana ada sirap, susu cair dan ais krim di bahagian atasnya.



Dan di tengah terik matahari, tiada yang lebih menyamankan daripada semangkuk ais yang diparut.

Isinya yang lain juga menambahkan kelazatan. Jeli yang berwarna-waini, kacang besar dan buah pala, kacang tanah dan jagung penuh berkrim...mmmm....


Setiap satunya sedap, tapi hanya apabila mereka dicampur bersama - menjadikan semangkuk ABC begitu istimewa. Itulah yang kita paling suka tentang ABC. Ia mengingatkan kita tentang sesuatu yang menyeronokkan. Di mana setiap satunya berbeza, namun menjadi yang terbaik apabila bersama.

Kita mungkin tidak bersefahaman tentang sesuatu - seperti kacang manakah yang lebih digemari - tetapi setuju dengan banyak lagi perkara lain. Umpamanya, betapa kita semua sukakan ABC.


DALAM MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 53 SEBAGAI 1 NEGARA, 1 RAKYAT, KEKUATAN KITA YANG PALING UTAMA ADALAH SATU SAMA LAIN. SEMOGA SEMANGAT PERPADUAN YANG DIKONGSI BERSAMA INI AKAN TERUS MENJADIKAN MALAYSIA PALING ISTIMEWA.

....seperti yang diiklankan.

Salam Merdeka!


mohon menyepi seketika

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, August 10, 2010

PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN 2010 DI SK SG GALAH

Tuesday, August 10, 2010

10 Ogos, Selasa - Pada perhimpunan rasmi Isnin semalam, satu majlis perasmian ringkas Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkar sekolah bagi tahun 2010 telah pun diadakan.

Majlis ini dirasmikan sendiri oleh Guru Besar SK Sungai Galah, En. Abd Razak b Haji Adam.

layari : blog sekolah SK Sungai Galah (Klik sini)


Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, August 9, 2010

SELAMAT MEMBURU LAILATUL QADAR


tiba masanya kini
seketeng loga terkembang
sedia merayu kumbang
mencicip manis madunya
seiring pejamnya
dedaun albab jahanam
menampak jelaskan
kembang-kembang loga firdausi

spesis azazil
yang terikat paltu
berseru-seru pada nafsu


al mubarak di ramadhan

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, August 5, 2010

KETUK PINTU INI

tok, tok, tok

ding dong

ada pesta kecil di situ
tak grand mana
yang aku buat
namun semua dijemput

jemput masuk ramadhan
di hatiku
di hatimu

pom!, pom!!, pom!!!
bunyi mercun pula


SEKILAS INFO BUAH TAMAR YANG JANGAN DIBELI

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel. ....dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.

Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Israel yang bersempadan dengan Palestin.

Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.

Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.


dari : blog yang baik



Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, August 2, 2010

IKLAN RAMADHAN


Selamat datang Ramadhan Al Mubarak. Rebut peluang tersedia. Siapa cari dia dapat, InsyaAllah. Tampal iklan ini kat masjid atau di mana-mana tempat sesuai...jom hebohkannya.

Salam Merdeka di Ramadhan al-Mubarak!

Baca selanjutnya Kisahku...

PENCIPTA BENDERA MALAYSIA


Inilah dia Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.



Pemilihan Jalur Gemilang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri Malaysia melalui Musyawarah Kabinet tahun 1997. Pengumuman nama Bendera Malaysia Jalur Gemilang telah diadakan pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 malam oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia di Dataran Merdeka.


Buat pertama kalinya Bendera Malaysia di naikkan pada 31 Ogos 1957.




Surat dan lakaran Bendera Malaysia oleh Mohamed Hamzah:

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, August 1, 2010

KUMPUL LOGO MERDEKA



Tanah Melayu telah menerima pengisytiharan kemerdekaannya tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia.

Laungan "MERDEKA" telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman sebanyak 7 kali,Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama keesokan harinya tepat 9.30 pagi di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
"BAPA KEMERDEKAAN DAN PENGASAS PERPADUAN KAUM"

...Let no one think we have reached the end of the road : independence is indeed a milestone, but it is only the threshold to high endeavour - the creation of a new and sovereign State. At this solemn moment therefore I call upon you all to dedicate yourselves to the service of the new Malaya : to work and strive with hand and brain to create a new nation, inspired by the ideals of justice and liberty...

(Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra 31 Ogos 1957)


Jom kumpul Logo Merdeka!!!
Klik kat sini : Logo Merdeka

Baca selanjutnya Kisahku...

1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI


"1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI"
TEMA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-53


KUALA LUMPUR, (Bernama) -- '1Malaysia Menjana Tranformasi' menjadi tema sambutan bulan kemerdekaan sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-53 tahun ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan dari 1 Ogos hingga 16 Sept ini.


Kempen kibarkan Jalur Gemilang telahpun dilancarkan....

MERDEKA!!!

Ayuh kibarkan Jalur Gemilang

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP