MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, April 28, 2010

POLIS DATANG - MESTI ADA KES



Polis datang! Mesti ada kes!!

Itulah tanggapan umum. Bila dibawa polis ke balai...mesti ada kes salah laku yang telah dibuat.

Aku telah mengalaminya. Aku bersama lima orang kawan seasrama (Tingkatan 5, SMJK Sultan Yusuf, Batu Gajah) di bawa ke balai....

Suatu petang..selepas balik dari sekolah, tiba-tiba sebuah Land Rover polis datang ke asrama bersama warden - Cikgu Hakim. Warden menyuruh semua pengawas asrama setiap Dorm (termasuk aku) untuk dibawa ke balai untuk menyelesaikan
satu kes rogol. Kami pun dibawa ke balai (5 orang)dengan seorang yang dituduh untuk kawat cam.

Balik ke sekolah - kami dicop budak jahat. Kami dituduh bersubahat atas kesalahan yang tidak kami lakukan. Walhal kami telah membantu pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut.

Waktu perhimpunan pagi Isnin lalu, polis tiba-tiba datang. Guru Besar terus menjemput mereka untuk turut serta. Sarjan Mejar Izzahar dan Lans Koperal Cornleus telah dijemput menyampaikan ceramah mengenai kes salah laku.

'Murid Jahat' sekolah jadi kecut perut. Mesti kena ni.....

Selepas sesi perhimpunan, seramai 5 orang murid telah dipanggil untuk sesi kaunseling.

Alah...kes biasa je. Bukannya macam kes aku dulu tu...Kes ponteng sekolah je..

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, April 27, 2010

BULAN PERNYATAAN KASIH



(Dedikasi buat Bonda Rokiah Yeop Idah, arwah ayahanda Razali Mat Bidin serta semua guruku)

Terima kasih ibu.
Terima kasih bapa.
Terima kasih cikgu.


Ibu mahu anak mendengar kata. Ayah menginginkan anak yang memelihara maruah keluarga. Guru mendidik anak menjadi orang berguna. Bila anak berada di puncak tinggi, jangan lupa menunduk ke bumi. Jangan tamak rezeki.

Ibu bapa yang kasihkan anak-anak, rela berkorban nyawa. Guru yang prihatin, sabar menangani karenah anak didik. Ibu bapa, juga guru bertungkus lumus memerah tenaga. Apakah balasannya?

Wahai….sayu menyapa. Pilu mendayu. Sedih. Hiba. Bila di sana sini, anak belum tanggal uri, ditinggalkan sendiri. Yang belum kenal erti, didera mati.

Menambah pedih, bila direncahkan yang anak pula menerajang ibu. Menghalau bapa. Membunuh keluarga. Mengherdik guru. Tergamak mereka menggigit tangan yang menyuap nasi. Berseteru pada pentauliah ilmu.

Saatnya tiba kini. Bulan 5 dan 6. Ya, Mei serta Jun yang dikhususkan sebagai Bulan Pernyataan Kasih kepada ibu, kepada bapa dan kepada guru. Perlukah kita bulan ini atau menunggu titik tarikhnya tiba untuk menyatakan terima kasih? Raikanlah mereka setiap masa, di mana jua.

Kasih ibu membawa ke syurga. Kasih bapa berkorban nyawa. Kasih guru mekar sentiasa. Andai masih bersama, isyaratkanlah pernyataan kasih ini. Biar nyata di mata. Biar diserap jantung dan arteri, rasa dihargai. Andai telah tiada, curahkanlah pahala di pusara. Walau dalam sepi. Tanda kasih abadi.

Ibu, kau ratu hatiku. Ayah,kau mahkota jiwaku. Guru, kau pelita hidupku. Bak bulan, bintang dan mentari. Tiada galang ganti. Mentari, bintang dan bulan jatuh ke riba. Segalanya kubawa mati. Bukan kemewahanmu aku hormati, tapi keikhlasanmu aku sanjungi. Bukan kehebatanmu aku kagumi, tapi kesabaranmu yang aku hargai. Terima kasih ibu. Terima kasih bapa. Terima kasih cikgu.

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, April 23, 2010

AKAL HEYQAL (VERSI 2010)


wa, wa wa.... tu bulan,
atas pucuk kayu ara......

atuk mengagah cucunya
sambil main tepuk-tepuk tangan

pok ame-ame belalang kupu-kupu
siang makan nasi kalau malam minum susu

(atuk memegang kedua-dua tangan heyqal
sambil mengarahkannya ke dagu)
por tok por
(tampar atuk tampar)
heyqal terasentak dek janggut atuk
yang tak dicukur sejak 2 hari

besar esok nak jadi ape?
nak jadi anjing!
petah heyqal menjawab.

haa?? terlopong atuk.

bes jadi anjing tuk.
leh kejo orang jahat.
leh gigit kaki dia.
anjing kuat lari.
garang tukkk...

ishh, cucu atuk...
(tak sempat fikir...heyqal sambung)

tapi tuk
jadi rama-rama lagi bes kan

tengok tu
seronok dia terbang tinggi
sampai ke awan

budak ni... kata atuk dalam hati
memang tak tahu apa-apa

kita kena mengiyakan
penuh berhemah
dan berhikmah

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, April 22, 2010

LAGU THEMA HARI GURU 2009 / 2010



Guru Pembina Negara Bangsa

(klik tajuk lagu untuk download muzik, vokal & minus one)

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demumu ibu pertiwi
Sumpahku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru pembina negara bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru pembina negara bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

SEJARAH HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh tersebut iaitu pada 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatan kuasa Pelajaran (Report of Education Comittee) sebagai dasar pelajaran negara kita.

Dokumen tersebut juga dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) dan sejak itu telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan.

"HAPPY TEACHERS DAY"

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, April 20, 2010

APA YANG AKU FIKIR..TENTU TAK SERUPA


Ini keje jurukamera sekolah - Daddy Cool.
Tergamak dia publishkan gambo ni.
di merata maya..
fesbukla, blogla...
Pastu suruh orang fikir apa yang aku fikir.

Anak ini penerima anugerah olahragawan tempohari.
Suka beno dia.
Warga sekolah turut bangga.

Kalau nak turut serta santai...
silalah,
sajeje...

tulih dialong tu
antara cikgu myri ngan murid tu.

kalo berjaya mencuit hati aku,
10x akan ku sorak...

yey !
seraya bertepuk tangan.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, April 19, 2010

SK SG JUARA

Alhamdulillah. Bangga. Kembang dada aku. SK Sungai Galah [SKSG] (Sekolahku) di war-warkan sebagai juara Bola Baling dalam akhbar KOSMO semalam (19 April 2010 - rujuk muka surat 15). Heh!! ini bukan kali pertama tau. Dah beberapa kali SK Sg Galah ini mengharum namanya di dada akhbar dalam bidang sukan, akademik dan kokurikulum.

Tahniah SK Sungai Galah! SKSG pasti boleh!!!

Petang ini dan esok (20 dan 21 April 2010), pasukan sekolahku berentap pula untuk antara Daerah.

Semoga beroleh kejayaan cemerlang.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, April 18, 2010

TERIMA KASIH CIKGU

Mei datang lagi. Tanggal 16 Mei 2010 jatuh pada hari Ahad. Hari final Badminton Piala Thomas.

Surat pekeliling dah dikeluarkan. Suruh semua sekolah di Perak menyambut Hari guru pada 17 Mei (Hari Isnin). Pada hari Sabtu 15 Mei diarahkan untuk bergotong-royong perdana sempena hari guru melibatkan PIBG serta warga setempat.

Cikgu yang ajar aku masa darjah satu dulu namanya Cikgu Mariam. Aku ingat lagi dia lukis gambar kucing pada kulit luar buku rampaian Ilmu Kejadian (Sains). Bila dia masuk kelas, dia kata "keluarkan buku kucing.." Kami semua keluarkan buku yang tepat. Satu hari belajar bab ikan. Di papan hitam dia lukis gambar ikan haruan....aku tiru sebijik...serupa ngan yang cikgu lukis. "Bagus! cantik!!", puji cikgu. Kembang hidung aku..

Masuk darjah dua..Cikgu Hamid mengajar tulisan berangkai. Habis menyalin sebaris ayat berangkai, kami kena buat awan larat (corak) di baris akhir buku latihan. Memang menyeronokkan bila aku dapat hasilkan tulisan yang cantik serta corak yang berwarna-warni!

Hand writing aku di akui cantik sampai sekarang dan bakat melukis terserlah bila gatal tangan aku menjadi di dinding-dinding sekolah sebagai mural.

Cikgu Bahasa Inggeris - Mr. Chew garang orangnya. Dia pernah mendenda aku kerana bising dalam kelas....kawan aku punya pasal aku disuruh menjerit sekuat hati di bawah pokok ubi gajah yang meneduhi kawasan sekolah sampai daun-daun ubi itu gugur....isyy, mustahillah cikgu!!!

Cikgu Harun,
Cikgu Zan,
Ustaz Ismail... dan ramai lagi.. terima kasih cikgu kerana dengan sabarnya telah mendidikku menjadi dewasa..

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, April 17, 2010

TONG KITAR SEMULA


Kitar semula kertas,
Kitar semula kaca,
Kitar semula tin minuman.

Sediakan satu tong lagi.
Agaknya boleh menyelamatkan nyawa.
Bayi yang tidak berdosa.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, April 15, 2010

SHUTTLE EMAS


Ramai yang rimas. Angkara Sir George Alan Thomas. Sukati dia je menderma piala pada tahun 1939. Lepas tu, setiap 2 tahun, berebutlah dunia ngan piala tuh.

Tahun ni giliran Kula Lumpur jadik tuan rumah. 9 - 16 Mei 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil. Jangan kempunan lagi. Pastu nak tunggu lak tahun-tahun depan.......hisyyy, jangan buat perangai!!!Tewastu mana membuatnya, tapi biarlah tewas bermaruah.

Pecatle sapepun...lantikle sape-sape. Aku tak kisah. Asalkan semuanya ok. Piala Thomas kembali ke pangkuan Malaysia tahun ini, insyaAllah.

Mengenai Piala Thomas

1949 - 1982

Tahun[1] Tuan rumah
Akhir
Juara Mata Naib juara
1949 Preston, England Bendera Malaysia
Malaya
8–1 Bendera Denmark
Denmark
1952 Singapura Bendera Malaysia
Malaya
7–2 Flag of the  United States
Amerika Syarikat
1955 Singapura Bendera Malaysia
Malaya
8–1 Bendera Denmark
Denmark
1958 Singapura Bendera Indonesia
Indonesia
6–3 Bendera Malaysia
Malaya
1961 Jakarta, Indonesia Bendera Indonesia
Indonesia
6–3 Bendera Thailand
Thailand
1964 Tokyo, Jepun Bendera Indonesia
Indonesia
5–4 Bendera Denmark
Denmark
1967 Jakarta, Indonesia Bendera Malaysia
Malaysia
6–3 Bendera Indonesia
Indonesia
1970 Kuala Lumpur, Malaysia Bendera Indonesia
Indonesia
7–2 Bendera Malaysia
Malaysia
1973 Jakarta, Indonesia Bendera Indonesia
Indonesia
8–1 Bendera Denmark
Denmark
1976 Bangkok, Thailand Bendera Indonesia
Indonesia
9–0 Bendera Malaysia
Malaysia
1979 Jakarta, Indonesia Bendera Indonesia
Indonesia
9–0 Bendera Denmark
Denmark
1982 London, England Flag of the People's Republic of China
China
5–4 Bendera Indonesia
Indonesia

Bermula 1990

Tahun Tuan rumah
Akhir
Separuh akhir
Juara Mata Naib juara
1990 Tokyo, Jepun Flag of the People's Republic of China
China
3–2 Bendera Malaysia
Malaysia
Bendera Denmark
Denmark
Bendera Indonesia
Indonesia
1992 Kuala Lumpur, Malaysia Bendera Malaysia
Malaysia
3–2 Bendera Indonesia
Indonesia
Flag of the People's Republic of China
China
Bendera Korea  Selatan
Korea
1994 Jakarta, Indonesia Bendera Indonesia
Indonesia
3–0 Bendera Malaysia
Malaysia
Bendera Korea  Selatan
Korea
Flag of the People's Republic of China
China
1996 Hong Kong Bendera Indonesia
Indonesia
5–0 Bendera Denmark
Denmark
Flag of the People's Republic of China
China
Bendera Korea  Selatan
Korea
1998 Hong Kong, China SAR Bendera Indonesia
Indonesia
3–2 Bendera Malaysia
Malaysia
Bendera Denmark
Denmark
Flag of the People's Republic of China
China
2000 Kuala Lumpur, Malaysia Bendera Indonesia
Indonesia
3–0 Flag of the People's Republic of China
China
Bendera Korea  Selatan
Korea
Bendera Denmark
Denmark
2002 Guangzhou, China Bendera Indonesia
Indonesia
3–2 Bendera Malaysia
Malaysia
Bendera Denmark
Denmark
Flag of the People's Republic of China
China
2004 Jakarta, Indonesia Flag of the People's Republic of China
China
3–1 Bendera Denmark
Denmark
Bendera Korea  Selatan
Korea
Bendera Indonesia
Indonesia
2006
Perincian
Sendai dan Tokyo, Jepun Flag of the People's Republic of China
China
3–0 Bendera Denmark
Denmark
Bendera Indonesia
Indonesia
Bendera Malaysia
Malaysia
2008
Perincian
Jakarta, Indonesia Flag of the People's Republic of China
China
3–1 Bendera Korea  Selatan
Korea
Bendera Malaysia
Malaysia
Bendera Indonesia
Indonesia

Tahun ini Piala tu berpeluang cerah pulang ke pangkuan Malaysia. Ayuh buktikan.

Sebiji shuttle emas akan kuhadiahkan....

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

TOP VISITOR

Statistik Pelawat Hari Ini

Try us on Wibiya!

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP