MUTIARA KATA HARI INI

Tuesday, September 29, 2009

TERBANG KE BULAN


kuingin terbang jauh, sayup
tinggi sampai ke bulan.
di dingin malam ini,
gerimis mengapas halus
bak salju,
dan bulan menampakkan cahaya

aku nampak olah
di koloniku
yang juga tekad bersama
terbang tinggi sampai ke bulan

terbanglah bersama.
kini berpusing mengorbit bulan.
laron di neon,
bak bulan di kumpuan retina laron.

hangat neon,
membakar sayap laron.
laron bertaburan bersama sayap-sayap lekang
di lantai nan tiris.

Klik pada gambar Kamus Dewan di sebelah bagi mencari makna perkataan berwarna merah

Baca selanjutnya Kisahku...

SUATU KETIKA, SATU CERITA


Kelas yang tadinya bercempera kerana tiada guru, kini menjadi senyap dan sunyi. Baru sebentar tadi Pelajaran Sivik Dan Kewarganegaraan berakhir. Di papan putih masih terpampang nama-nama Parti Politik di Malaysia yang baru dipelajari. Kini giliran cikgu Bahasa pula memulakan proses Pengajaran dan Pembelajarannya. Agak garang cikgunya...

Selamat pagi cikgu.

(Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Apa, petang dan malam, saya tak selamat ke?

Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Isyy..panjang sangat!! Tak pernah dibuat orang!!! Katalah selamat sejahtera. Senang dan penuh bermakna.

Selamat sejahtera cikgu!

Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang antonim - iaitu perkataan berlawanan dan kamu perlu menjawab dengan pantas. Faham!?

Faham cikgu.

Saya tak mahu sebarang gangguan.

*****

- senyap -

Pandai!
Bodoh!
Tinggi!
Rendah!
Jauh!
Dekat!
Berjaya!
USNO! (Parti Politik Sabah)
Salah!
Betul!
Bukan!
Ya!
Oh Tuhan!
Ya Hamba!
Dengar sini!
Jangan dengar sana!
Diam!
Bising!
Itu bukan jawapannya!
Ini ialah jawapannya!
Mati aku!
Hidup kami!
Rotan baru tahu!
Akar tak tahu!
Malas saya ajar kamu!
Rajin kami belajar cikgu!
Cukup!, Cukup!
Kurang! Kurang!
Sudah! Sudah!
Belum! Belum!
Habis aku!
Kekal kami!
OK pelajaran habis!
KO pelajaran bermula!
Sudah!
Belum!
Berdiri!
Duduk!
Saya kata USNO salah!
Kami dengar BERJAYA betul!
Rosak!
Baik!
Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Kami semua dilepaskan pagi hari itu!

****

senyap

Cikgu mengambil buku-bukunya lalu keluar dari kelas. Murid lega dan rasa amat bangga kerana semua soalan cikgu tadi dapat dijawab senada dan serentak!

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, September 27, 2009

RAYA HARI KE 9

Malam dah hampir pukul sepuluh. Lampu kelip-kelip aidilfitri yang mengalu-alukan tetamu ke rumahku sudahpun kumatikan. Rumahku kian suram. Aku belum tidur lagi kerana hendak menyiapkan muzik untuk pertandingan nasyid Taska Islam Daerah Kampong Gajah yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Tiba-tiba je terdengar pintu pagar rumahku di selak. Tak sempat aku meninjau, terdengar pulak pintu rumah diketuk bertalu-talu...macam ada kecemasan je. Tebayang wajah Ardy yang dalam perjalanan pulang ke Raub , Pahang. Ah.... anak aku baru je hantar mesej yang dia dah pun selamat sampai ke rumah...ni emergency apa plak nie... bisik hatiku berdebar.

Aku meluru ke arah pintu yang diketuk bertalu-talu dengan dada yang bagai nak pecah dek degupan jantung ... dag, dig... dug!!!

Eh!!??
Pak Ya!!!
Masuk, masuk....
mana Kak Zah??
ha...kak Zah, meh masuk....pelawaku.

Aku yang tak berbaju terus meluru masuk kebilik untuk memakai baju longgar bagi menutup tubuh yang semakin kurus ini...

Hari ini dah pun masuk hari yang ke sembilan hari raya Aidilfitri. Itulah kunjungan dari warga lama SK Tok Pelita - Pak Ya and family dengan isteri, 3 orang anak beserta seorang cucunya yang sudah menjangkau umur setahun.

Isteriku...penat lamanya masih belum pulih hundered percent, yang berkira-kira nak berehat...terpaksa layan....

Pak Ya kalau datang bukan dengan tangan kosong...ade je buah tangan yang dibawanya. Malam tadi selambak buah mempelam harumanis masak dibawanya. Kalau tak lalu makan, panjang-panjangkanle....., pesan Pak Ya.

Aku sebenarnya dah nak tutup akaun...tapi malam tadi terpaksa bukak balik sebab nak kasi duit raya kat anak-anak dan cucu Pak Ya tuh.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KE SEMBILAN.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, September 24, 2009

SERUPA ATAU TAK SAMA

Salam selamat beraya hari yang ke 6 hari ini. Sesetengahnya dahpun kembali ke rumah dan mula bekerja. Aku masih bercuti. Hari Isnin 28 September 2009 barun masuk kerja balik. Rasa tak sabar juga nak mula balik pergi sekolah.

Rutin harian waktu bekerja - bangun awal bersiap, pastu ke tempat kerja jam 7.00 pagi. Sampai ofis punch-card. Time rehat jam 10.15 pagi. Lepak kat kantin...sembang ngan kawan-kawan. Masuk kelas ikut jadual. Time balik - semua pun baliklah ke rumah.

Eh... serupa je amalannya??? Ramadan telah mentarbiah kita meningkatkan 'keimanan' masing-masing. Takkan serupa je kot??? Semestinya lah ada peningkatan..insyallah.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, September 21, 2009

LAMBAIAN KEMENANGAN

Allahuakbar....
Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Besar
Allahuakbar walillahilhamd.

Ucapkanlah bait-bait kemenangan ini
Laungkanlah gema takbir ini
Kerana kita telah berjaya melaluinya
Bukan calak menang berhitung

Pejam celik pejam celik
pantas masa berlalu
Andai pejam tak celik lagi
Ucapan kemenangan ini
Tetap terpahat di sini.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, September 16, 2009

SELESAI????

orang yang menyarankan 'kalung ' tersebut dah pun memohon maaf secara terbuka - maka kes ini pun selesailah sudah....namun sukar untuk kita mengertikan permohonan maaf tersebut.

wallahualam bissawab, wailaihimarjiuu wal maab.

"SIR LUMP MUD HAIRY RARE YEAR, MY HALF TZAR HAIR BAR TEN"

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, September 14, 2009

KALUNG

Kalungkan bunga, tanda kasih selepas majlis.
Kalungkan pingat, selepas menang acara pecut 100m,
Kalungan penghargaan buat yang berjasa.
Kalung selipar - BANGANG!

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, September 13, 2009

SPECIAL RAYA CARD


Dah lebih lapan tahun aku tidak menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sanak saudara dan kawan-kawan. Aku hantarkan ucapan-ucapan ini melalui SMS dan e-mel, namun kad terus aku terima dan jumlahnya berkurang dari tahun ke tahun.

Setakat cerita ini ditulis, aku baru menerima dua keping kad raya. Satu di alamat sekolah (seperti dalam gambar) dan satu lagi di alamat rumah.

Entah ape mimpinya...Cikgu Naziruddin Hambali bagi kad kat aku. Dia sangat kamcing dengan aku.

Masa dia jadi Penolong Kanan Pentadbiran, aku guru biasa. Kini dah jadi Guru Besar, aku jadi PK dia plak di SK Tok Pelita. Lama juga kami bersama.

Masa bersama, banyak keje yang kami buat bersama-sama. Pantang ada dinding kosong kat sekolah, kami contengkan mural. Tingkat yang tinggi tetap kami capai. Bila dah siap...tengok dari jauh... Fulamak!! lawalah. Bukan aku sorang yang kata, yang lain pun cakap camtu. Cikgu Naziruddin bagi aku markah tertinggi dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan mengalahkan cikgu-cikgu senior yang lain.

Bila ada function kat sekolah (Hari Ucapan, Sukan, Merdeka, dll), akule yang teruk menyiapkan persembahan. Peel dia ni pun satu - bila buat persembahan atau sambutan, kena grand - tak mau hancai je. Bila suatu hari, dia ambik 'pemuzik luar' dalam satu acara sambutan, terasa jugak dalam hatiku nak memboikotnya... Apa boleh buat, aku cuma menurut perintah.

SK Tok Pelita, terletak dalam kawasan Kompleks Sejarah Pasir Salak. Memang teruk terlibat dengan majlis anjuran Daerah. Yang jadi mangsa, pihak sekolah. Kena buat kain rentang sambutan, buat drama, buat koir dan macam-macam aznillah.... Muke inilah yang kena jadi headnya.

Cikgu, kadmu membawa seribu satu macam nostalgia. Terima kasih cikgu. Kad cikgu dah aku lekatkan di pintu masuk bilikku di sekolah menjadikan aku sentiasa mengimbau kenangan lalu.

Selamat Hari Raya khas buat Cikgu dan semua pengunjung. Maaf Zahir dan Batin dan maaf atas segala-galanya.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, September 10, 2009

DUA DUNIA



malam kita bermimpi
di mana di dunia sebaliknya
rawi mentari tersenyum

tika dan detik itu
makhluk lena dibuai

makluk leka di waktu sedar



malaikat berkunjung ke dunia makhluk

di gelita malam

di benderang siang

dan

yogia kita sedar

siang

apa lagi malam


andai kau turun di malam hari di dunia sebelah
sedarkan aku di dunia aku
yang siang ini

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP